[ 08 ]

3.6K 465 14
                                    

" unnieeee !! ada panadol tak ? "

aku dah berteriak teriak kat depan farmasi yang memang ada kat sekolah aku .

manusia cantik molek yang tengah santai duduk terus jeling aku bila aku datang je terus jerit jerit .

" nah "

jessica, akak farmasi bagi aku dengan muka dingin dia .

cepat cepat aku bayar dan terus lari ke bilik rehat pulak .

tempat orang sakit berehat weh, takkan untuk orang ponteng sekolah kan .

aku buka dan jenguk kepala aku ke dalam  , nak nampak sama ada bilik ni penuh atau tak  .

" hani ! "

hani toleh pandang aku, sambil naikkan kening dia.

" bilik rehat kosong tak ? "

aku soal dia kuat  .

" kau nampak macam tempat ni penuh ke apa ? "

dia soal aku pula atau lebih tepat dia tengah sindir aku.

" okay cun "

dan aku terus lari ke kelas dan terus ke meja aku .

aku hulur panadol ke arah jungkook dalam keadaan aku tercungap cungap . 
aku nampak dia ragu ragu nak ambil.

" aku tak letak racun la kat dalam ni "

aku kata bila dia masih ragu ragu nak ambil .

" weh taehyung , kau bawa jungkook ke bilik rehat . beri dia rehat. jungkook , kau pergi rehat tau ."

aku kata laju laju selaju yang mungkin.
mereka hanya angguk angguk dan terus keluar.

yerin yang kebetulan masuk ke kelas terus ke tempat aku .

" kenapa tadi tu ? "

" aku rasa aku dah nazak weh, separuh hati aku sakit ni weh "

aku kata sambil pegang dada aku.

" aku tanya kenapa bangang. bukan aku tanya kau okey ke tak "

" kekasih pujaan ku jungkook demam. dan bila dia demam, secara automatik sistem pernafasan aku terganggu. dan hati aku macam dah hilang wuwuwu"

" ceit. tak habis habis dengan over dia "

" eh betullah. aku tak tipu. alaa, tak boleh la aku nak cuci mata hari ni. jungkook takde "

aku kata sambil kusutkan rambut aku .

" dia kan tengah berehat sekarang ni, dia tak mati pun la "

yerin kata dan pandang aku menyampah.
ya aku tahu aku over tapi,

ADA AKU KESAH ??

" kalau macamtu, biar aku duduk kat sini, temankan kau "

aku angguk lemah.
tapi bila aku nampak senyum miang yerin, aku dah tahu dah niat sebenar dia.

" kau nak duduk kat sini sebab nak tenung kau punya baekhyun kan ? alaaa muka kau ni, memang tak pernah la nak caring pasal aku. "

aku kata lalu pandang ke luar.
aku terfikir juga,
apa benda yang boleh buatkan jungkook aku tu sakit weh ?

aku cantik sangat ke  ?

••••••••••


hari ni merupakan hari kedua kekasih gelap aku sakit .

dia datang ke sekolah, tapi bila aku nampak dia masih pucat serupa mayat
,
aku paksa dia berehat kat bilik rehat lagi .

aku tak tahu la apa mimpi mamat tu nak datang sekolah even sakit macam nak mampos tu .

dia nak jumpa aku kot hahahaha alaa aku perasan lagi .

awal pagi tanpa jungkook di sisi , memang sunyi gila.

walaupun ada makhluk chanbaek kat depan aku ,

tapi aku tak berapa rapat sangat dengan diorang .

chanbaek iaitu chanyeol dan baekhyun.

aku yang cipta nama tu.
so senang sikit kalau aku nak panggil diorang  kalau ada apa apa.

" eunha! apa yang kamu khayalkan tu ? fokus kat depan ni "

tetiba kim saem  iaitu saem kesayangan aku yang aku langsung tak sayang ,
tegur aku sebab aku menghayal.

saem , saya sekarang tengah khayalkan jungkook saya yang tengah terlantar kat bilik sakit tu la .

aku pandang kim saem sambil kata benda tu dalam hati.

" sekali lagi kamu tak fokus kat kelas saya, cikgu pindahkan kamu duduk kat depan ni "

terus nak gugur semua rambut aku bila dengar kim saem kata macam tu .
kalau aku pindah tempat duduk,
bermakna aku akan jauh dari jungkook aku ?

oh no !

ini adalah berita paling buruk !!

" tak saem . tak payah. nak fokus la ni "

aku kata lalu mata aku fokuskan pandang ke hadapan,

tapi fikiran aku jauh melayang.

 [ C ] Crush | jungkookWhere stories live. Discover now