[ 15 ]

3.4K 501 66
                                    

motif ?

apa motif diorang nak bohong aku ?

aku dah naik pening , aku pandang chanyeol yang tengah berduka cita kat hadapan aku.

takkanlah chanyeol nak tipu aku ?
OHHH NOOOO ada something yang aku tak tahu ke ?

takkanlah nayeon suka jungkook , ke jungkook suka nayeon ni ?

serta merta otak aku terimbas kembali memori pagi tadi di mana aku melihat jungkook yang tengah pandang nayeon dikala aku dalam penderitaan .

aku terus pejam mata dan geleng geleng .
tak , maybe jungkook ternampak tahi mata nayeon ke pagi tu ?

atau pun jungkook perasan yang nayeon tu jongang sikit ke ?

kan ?

" nayeon tu yang ulzzang femes tu kan  ? kat kelas depan kan  ? "

aku terimbas kembali perbualan aku dan jungkook ketika jungkook memuji , ehemm bestie aku.

oh, takkanlah—

" eh mana boleh ! kau dah pilih dare kan ?! " aku dengar suara taehyung yang dah bising bising kat tempat dia .

eihh , monyet betul.

tengah aku dok sakit jiwa sambil memikirkan apa yang akan jadi dengan perasaan dan hati aku ni , mereka boleh pulak bergembira dan enjoy happy go lucky .

aku hanya pandang mereka yang tengah bermain apa entah, main pusing pusing botol kat dalam bulatan tu .

aku nampak jungkook hanya duduk dan lebih senang memerhati .

kenapa aku rasa jungkook ni macam tengah sembunyikan sesuatu ?
perangai dia lain la sejak kedepan kebelakangan ni .

yerin pulak hanya duduk kat tempat dia dan hanya perhati taehyung dan member member dia tengah main permainan yang langsung tidak menjamin masa depan .

iaitu banghatan .

tetiba  taehyung terus pandang aku , dan dia lambai lambai tangan dia .

" eunha, jom la join kitorang ! "

dan serentak itu semua member dia turut pandang aku ,

termasuk jungkook AHAHAHAHHHAHA cair sekejap dengan pandangan dia yang menawan tu erghhhh  ,

k stop jadi gedik .

aku pun hanya angguk dan join mereka , daripada aku tak habis habis memikirkan sesuatu yang tidak pasti kebenarannya ,

better aku relaks dengan diorang ni , tak gitu ?

aku duduk kat sebelah jungkook , even taehyung yang duduk dekat dia tapi aku tolak taehyung ke tepi dan duduk kat tengah tengah tu .

pandangan pelik dari jungkook dan member dia aku hiraukan .

" so, apa yang korang main sekarang ni ? "

" truth or dare "  jin kata sambil pusing pusingkan botol yang ada kat tengah meja .

aku angguk angguk .

" biar aku mula dulu " aku kata lalu capai botol dan pusingkan.

aku dah seru nama jungkook dalam hati aku sebab aku nak tanya dia something  ,

dan sebaik sahaja botol tu berhenti, aku tetiba nak pecahkan meja bila botol tu tak tujukan ke arah jungkook tapi ke arah jimeng !

adehh, apa nak soal mamat ni ?

 [ C ] Crush | jungkookWhere stories live. Discover now