➡ TWO

1.6K 182 44
                                    


SELASA 💙

" Okay bagusnya . Kedudukan pokok ini memang strategik " Jimin berasa teruja ketika mengetahui terdapat sebuah rumah pokok yang dibina di atas pokok besar berhampiran dengan kedai bunga itu . 

Dia terbaring kebosanan . Tiba - tiba , dia mendapat idea . Dia mengambil sehelai kertas berwarna ungu dan beberapa batang pen yang berlainan warna lalu dikumpulkan bersama . Dia tersenyum lebar seorang diri . 

" Walaupun agak sukar untuk memahaminya , tetapi saya dah sukakan awak Kim Yuha ! " getus hatinya perlahan . Bibirnya tidak henti menguntumkan sebuah senyuman yang mampu mencairkan mana - mana yeoja yang melihatnya .

Dia mula menulis nota ringkas pada helaian kertas itu yang mengatakan bahawa dia jatuh cinta terhadap Yuha . 

Kemudian , dia mula melipat helaian kertas ungu tadi menjadi sebuah kapal terbang kertas . Hanya beberapa saat sahaja dia dah menyiapkannya . Kini , dia menunggu kemunculan gadis bunga itu . 

" Hah itu dia ! Harapnya dia baca " Jimin bersiap sedia meniup kapal terbang kertasnya itu lalu diterbangkan menuju ke arah Yuha yang sibuk menyiram bunga seperti biasa . 

" yESH JATUH BETUL - BETUL BERHAMPIRAN KAKINYA " Jimin tersenyum puas . 

Perkara indah tak selalunya menjadi ~ 

Lain yang diharap , lain yang jadi . 

Gadis bunga itu langsung tidak nampak akan kapal terbang itu ,
sebaliknya seorang kanak - kanak yang kebetulan lalu berdekatan terhibur dengannya lalu membawa lari kertas yang berisi kata - kata hati dari Jimin . 

  " hEYY PULANGKAN KAPAL TERBANG ITU !! ITU HYUNG PUNYA " Jimin menjerit kecil sambil mengejar kanak - kanak yang berlari memegang kapal terbang itu bersungguh - sungguh .

Apalah nasib .

❝ 𝗦𝗘𝗩𝗘𝗡 𝗗𝗔𝗬𝗦 ❞ ㅡ 𝗝𝗜𝗠𝗜𝗡Where stories live. Discover now