➡ SEVEN

1.6K 188 60
                                    

Ahad

" Mari , ikut saya sekejap

" Ke mana awak nak bawa saya ? " 

" Tuuu ! " Jimin menunjuk ke arah rumah pokok yang dibina di atas pokok berdekatan kedai bunga itu . Mereka berdua berjalan seiring lalu naik ke atas bersama - sama . 

" Yuha sshi , awak tahu tak tempat ini saya jumpa sebab awak

" Hm ? " 

" Tempat ini jadi saksi saya cakap yang saya sukakan awak . Saya tulis nota dekat kertas dan buat ia jadi kapal terbang dengan harapan awak baca dan tahu isi hati saya , tetapi ada kanak - kanak yang mengambilnya . Awak tak nampak pun ! Selepas itu , saya fikir macam - macam cara nak bercakap dengan awak . Mianhae sebab langgar awak hari itu . Sumpah , saya tak sengaja pun . Brek basikal saya tak berfungsi masa itu "

Yuha diam dan membiarkan sahaja Jimin meluah segala isi hatinya . 

" Dan saya nak tempat ini jadi saksi semula untuk jalinkan  hubungan antara saya dan awak . Yuha , saya sukakan awak ikhlas daripada hati saya . Awak nak tak jadi pasangan hidup saya selamanya ? " Jimin memandang Yuha sambil tersenyum sehingga mampu mencairkan hati Yuha di hadapannya itu . Yuha tergamam . Jimin betul - betul maksudkannya ? 

" Kalau awak terima , awak kena peluk saya . Tetapi , kalau awak tolak , awak boleh terus turun dari rumah pokok ini

Yuha berdiri dan bersedia untuk melangkah pergi . Jimin mengeluh  sambil tersenyum pahit apabila kemungkinan besar Yuha menolaknya . 

" Saya pun sukakan awak sejak awak selalu lalu depan kedai saya . Gumawo sebab jujur dekat saya dan tak buat saya tertunggu . Saya nak jadi pasangan awak selamanya !! " Yuha memeluk Jimin dari belakang sambil memejam matanya erat . Bahagia di hati cuma dia seorang yang tahu .

Jimin tersenyum lalu memusingkan badannya menghadap Yuha . Hidung Yuha dicuitnya perlahan . 

" Comelnya kamu ! " 

" Tengoklah siapa namchin dia ! " 

" Ewah , dah setuju terus panggil namchin ? " 

Yuha ditarik masuk ke dalam dakapannya erat . Mereka berdua menikmati saat bahagia bersama .

Sekian kisah antara gadis bunga dan jejaka basikal awww XD 

❝ 𝗦𝗘𝗩𝗘𝗡 𝗗𝗔𝗬𝗦 ❞ ㅡ 𝗝𝗜𝗠𝗜𝗡Where stories live. Discover now