Part 38

485 17 0
                                    

Part 38

Setibanya di pulau

Keadaan seperti biasa ramai orang sedang bekerja dan ada juga duduk2 berehat di balkoni. Mereka semua sambut kami dengan senyuman tapi adakah kami sedang happy? Tidak.

Longlai saja langkah kaki kami, orang pertama kami cari lola. Lola duduk di meja luar. Orang pertama peluk lola min. Min menangis peluk lola. Sy terus masuk naik ke atas. Kali ini sy masuk di bilik atas. Lepas tu sy duduk di luar balkoni melihat ke bawah. Ada lola dan Min sedang menangis di sana

Lola: _@/@#&##€#%@^@*+ (pujuk min sedang menangis)

Dua2 anty datang bertanya ada apa? Dorang bercakap macam angin saja sy tidak mau dengar lagi. Sy tidak mau peduli, entah marah atau nasihat. Akhirnya mereka turun ke bawah pergi ke tempat lola dan min. Entah apa komunikasi dorang, sy hanya lihat di sini duduk dari atas balkoni

Tidak lama begitu, Ada gin datang ke arah mereka mungkin mau translate apa cerita di sini. Sy sikit tidak mau dengar lagi. Sy mahu duduk dan lihat pemandangan pantai dan pokok kelapa. Sy mahu berubah menjadi apa lagi?? Sy berubah menjadi baik tidak di hargai. Sy tidak pernah mahu di jadikan sebegini.. tapi kenapa Tuhan kirimkan sy orang2 yg salah?. Kenapa orang lain yg berbuat dosa dapat di ampunkan? Kenapa sy tidak di beri peluang biar sedikit?. Di saat2 sy jatuh cinta Tuhan tidak berikannya pada sy. Di saat2 sy bertaubat sy makin di hina, di caci. Mungkin sy harus membalasnya sedemikian rupa

Kenapa sy menyalahkan orang lain? Apa salah min dan simon? Dorang salah kerana masuk dalam diri sy yg hina ini. Sehingga tempias penghinaan dan dilema sy ada pada mereka

Simon? Sy cintakan kau! Tapi kenapa kau tidak menjanjikan sy apa2? Kau biarkan hati sy menjadi kosong.. biarlah ia nya menjadi kosong selamanya. Sy tidak mengharap jodoh lagi, sy tidak percayakan takdir! Yaa sy tidak percayakan KAU! TUHAN!

Sy benci diri sendiri.. kau yg bernama 'husband' yg memberi sy pelbagai rasa dan menyedarkan kecantikan diri sy sendiri tapi akhirnya sy adalah manusia paling jijik dan hina. Kau yakinkan sy 'beautiful lisa' tapi apa?? Ia nya hanya kata2 dusta yg menyakitkan hati sy hingga sekarang. Sy bukan saja tiada kecantikan lagi, tapi sy sampah! Sampah yg orang tidak mungkin kutip utk di kitar semula

Kenapa tanah dan langit? Jauh ka sangat utk KAU mendengar doa sy?? Sy mahukan husband KAU tidak beri! Sy cintakan simon KAU tidak bagi?? Jahat sangat kah sy di sini?? Yaa mungkin tiada manusia yg terbaik buat sy lagi

Kenapa orang berbudi? Kenapa orang baik? Semuanya ada agenda sendiri. Kenapa orang berkorban? Kerana mahukan balasan!

Berapa mata ini banjir? Berapa kali darah ini mengalir? Kenapa ia nya tidak terasa lagi? Kenapa penyakit ini tidak membunuhku ketika bayi lagi? Kenapa sy ada di dunia jika tiada ruang di sini..

Kenapa sy tidak menangis lagi? Sy tiada air mata lagi. Empangan air mata sudah kering dengan sendirinya. Rasa yg tertinggal hanyalah benci dan dendam

Sy tidak menangis, sy terus masuk di bilik. Tidur

Pagi

Tok tokk tokk

Min: lisa bangunlah anty mau bawa kita jalan2. cepat siap. Kami tunggu breakfast sama2

Sy diam tidak mau bercakap

Min: uiii buka dulu bah pintu ni..

Min: hmm bah tunggu kau okok baru kau bawa sy jalan aah? Hari ni sy ikut saja siapa2 bawa jalan ni

Min begitulah dia sanggup buat bodoh saja. Dia happy go lucky tiada apa mau di fikir. Tidak macam sy yg masalah bertubi2

Lepas saja breakfast min di bawa oleh anty2 jalan ke pulau sebelah. Kawasan tempat gin bekerja. Min memang pandai sesuaikan diri di sini.

Belle Moi par Andrea KissWhere stories live. Discover now