SP 20

5.7K 196 2
                                    

Akim hanya memerhati pergerakan isterinya sewaktu tidur. Geli hati juga. Kejap pusing sana kejap pusing sini. Mujur tak ditendang aku di sebelah ni. Dia mengerling ke arah jam telefon. 6:27 a.m.  Baru nak mengejutkan si isteri tapi Awni terlebih dulu bangun.

"Abang dah lama bangun ke. Kenapa tak kejut saya" tanya Awni. Matanya melilau melihat ruangan bilik tidur. Kenapa lain benor. Aku renovate ker.

"Baru nak kejut tadi. Tapi sayang dah bangun. Dah dah. Jom kita solat jemaah. Nanti nak keluar pulak kan" Akim yang baru hendak bangun ke bilik air duduk kembali apabila Awni memegang tangannya.

"Kenapa sayang?? Bilik ni?? Abang dah call abah bagitau yang kita bermalam dekat sini semalam. Abang tengok sayang mengemas sampai tertidur. Penat sangat. Nak kejut tak sampai hati, abang angkat jelah sayang tidur kat bilik ni."

Awni baru tersedar, dia melepaskan tangan Akim. Selepas solat subuh, mereka mambaca al ma'thurat. Selepas itu, Akim membawa Awni keluar makan sebelum mereka pergi mencari barang keperluan untuk penthouse yang bakal diduduki.

Akhirnya selamat juga sampai ke penthouse ni. Penat jugalah shopping. Tapi rasanya Ian lagi penat kot sebab dia yang memandu ke hulu ke hilir. Awni terus ke dapur. Dia membancuh dua cawan air oren sunquick. Satu untuknya satu lagu untuk Ian.

"Abang, ni Awni ada buatkan air untuk abang. Kesian abang. Penat memandu ke sini ke sana"

Awni mengambil tempat di sebelah Ian.

"Thanks sayang." Akim menghirup sekali air yang dibuat isterinya.

"Abang rasa kita patut honeymoon la. Orang kawen kan selalu bulan madu. Sayang bagitau je abang nak pergi mana. Inshaa Allah abang boleh bawakkan"

Konfiden betul gaya Akim bercakap. Remote control diambil lalu dia mencari siaran yang menarik. Matanya masih tak lepas dari memandang Awni. Menanti jawapan.

"Ermmm boleh tak kalau awak bawak kita satu family lah kan pergi buat ibadah haji. Saya dah pergi umrah dua tahun lepas. Kalau abang tak kisah la"

Akim memperlahankan suara siaran.

"Ermm boleh tu boleh tapi... Kalau nak bawak satu family pun boleh cuma sayang tanya family sayang abang tanya family abang. Setuju tak"

"Setuju sangat. Ok deal eh. Kalau cam tu sekarang jugak saya skype tanya ibu dengan abah."

Awni terus berlari menaiki tangga. Akim sempat menjerit supaya hati-hati. Entah dengar ke tak. Terlintas satu perkara di hati Akim.

Awni boleh happy sebab dia sangka aku Ian. Kalau dia tahu aku Akim, apa yang dia buat hah. Seketika perbualannya dengan along kembali semula.

'Nak menyamar tu no hal sangat. Tapi kalau boleh lepastu angah kena jujur lahh. Jangan biar sampai dia tahu sendiri. Kene dari mulut kau sendiri. Along pesan awal-awal. Nanti bila kau dah salah, jangan nak salahkan along"

Akim mengeluh berat. Suara TV dikuatkan semula. Namun pada kadar yang sepatutnya. Saat ini hanya jasad yang berada di depan TV tetapi hatinya serabut memikirkan cara untuk berterus terang dengan Awni.

******************************

"Weyh... Mana Miss Awni sekarang ehhh dah sebulan lebih aku tak nampak dia. Ke dah berhenti" Ariz yang sedang termenung berkalih apabila disoal oleh salah seorang rakannya.

"Aku dengar dia kahwin. Lepas kahwin tu laki dia bawak satu family pergi haji. Itu apa yang aku tahu la" Ariz mencampakkan botol minuman ke dalam tong sampah di hadapannya.

"Ye ke. Mana kau tahu. Kau skodeng dia eh" teka kawannya. Ariz mengambil begnya dan ingin berlalu. Malas mahu melayan.

"Mana aku tahu, apa aku tahu... Tak penting. Dah laa jom gerak. Kau nampak tu, dorang dah tunggu. Kejap lagi kalau terlewat kelas prof sape susah. Aku jugak"

Gengnya yang lain menggeleng tapi tetap mengikut. Bukan tak tahu perangai si ketua. Baik tu memang lah baik. Tapi kalau datang badmood dia, habislah.

Ariz mengeluh perlahan. Rambutnya yang sedikit terjurai ditolak ke atas. Dia sendiri tidak mengerti kenapa bila tajuk perbualan pensyarahnya yang seorang itu dia perlu serabut. Biarlah hanya dia yang tahu khabar Miss Awni dalam kalangan students.

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now