SP 33

6K 174 2
                                    

"Aku tak sangka dia sanggup buat macam tu dekat kau. Apa motif dia hah!? "

Reaksi Syiera selepas mendengar cerita Awni. Awni menceritakan apa yang terjadi kepadanya selepas puas dipaksa. Pada mulanya, dia juga mahu menceritakan kepada Syiera, tapi sahabatnya itu terlebih dahulu bertanya.

Air mata diseka dengan hujung lengan baju tidurnya. Setiap kali bercerita mengenai Akim, air matanya selalu memaksa untuk keluar.

"Dah la tu Awni. Tak guna la kau mambazir air mata untuk dia. Kalau kau nak aku face to face ngan dia boleh je. Aku geram nih" penumbuknya dikepal bagai seorang ahli tinju.

"Tak perlu la Syiera. Hal rumahtangga aku biar aku dengan dia je lah settle kan. Aku tak nak Akim fikir bukan-bukan. "

"Kau pun dah banyak sangat tolong aku. Buat masa ni dalam dua tiga hari aku tumpang rumah kau eh. Nanti kalau kau dah jemu, aku booking hotel "

Peha Awni ditepuk. Mimik muka Syiera juga berubah mendengar ayat terakhir dari mulut Awni.

"Kau ni!! Tak usah la cakap macam tu. Apa guna aku sebagai kawan kau kalau tak tolong. Nanti bila aku susah kau pulak tolong aku. Kan??"

Awni mengangguk lantas tersenyum. Dia bangga mempunyai sahabat seperti Syiera. Yang tak jemu menolong. Yang selalu ada waktu susah dan senang.

Tekaknya lagi sekali berasa loya. Bebelan Syiera tak dihiraukan lagi. Yang ada di fikirannya sekarang hanya tandas. Syiera turut ke bilik mandi apabila melihat Awni berlari ke situ. Dia menutup matanya apabila terlihat Awni sedang muntah. Terbit rasa kasihan di lubuk hatinya. Belakang badan Awni diusap berkali-kali.

"Tengoklah. Sebab lelaki tu kau jadi macam ni. "

"Apa maksud kau??" sebab lelaki tu!?? Akim !?

Syiera memimpin Awni ke katil. Minyak panas dihulur kepada Awni.

"Kau kan selalu fikir pasal dia . Pastu mula la serabut. Makan tak lalu. Pening kepala la. Dah lepas ni kau jangan fikir pun pasal dia tau "

"Ouh sebab tu ke. Aku terfikir benda lain pulak " Awni ketawa perlahan. Muka Syiera berkerut dengan jawapan daripada Awni.

"Kenapa? Kau ingat kau mengandung ke? "

Awni menggeleng sambil tersenyum-senyum penuh makna. Syiera menepuk dahinya.

"Weh. Aku lupa la kau dah nikah. Memang patut la kau fikir kau mengandung. Aku ingat kau couple je ngan Akim tu. Alahai. Dah tua kau eh"

Kata-kata Syiera membuatkan Awni tergelak kecil. Itulah satu-satunya sahabat yang dia ada.

"Kau tu yang belum nikah sebenarnya. Aku pulak yang tua apahal "

"Lek ahh baru 25 doh. Nak cepat gi mana? Lagipun sape je la yang nak kan aku ni. Kau lain la. Cantik molek je"

Pipi Awni dicubit kasar. Awni mengaduh kesakitan. Dia menggosok tempat Syiera mencubit pipinya. Kuku ketam betul.

"Kau tu dulu masa Haikal nak kat kau, buat jual mahal. Dia tu dah la jejaka idaman. Kan dah rugi"

Syiera mencebik.

"Alaa kan orang tua-tua kata, kalau jodoh tak ke mana. Aku tunggu je lah. Kut lah dia nak aku balik kan. Sape tahu? "

Bantal ditepi diambil Awni lalu dibaling ke muka Syiera. Syiera ketawa mengekek. Bantalnya juga diambil dan dibaling ke arah Awni. Bilik Syiera yang tadinya sunyi berganti dengan gelak tawa mereka berdua.

******************************

"Angah, kau kemas katil. Along nak pergi letak beg ni dalam kereta"

Akim membalas dengan anggukan. Susuk tubuh abangnya yang keluar diperhati. Dia kembali mengemaskan katil yang akan ditinggalkan sebentar lagi.

Apabila menerima panggilan daripada abangnya supaya turun ke bawah, dia terus keluar ingin berjumpa dengan doktor yang merawatnya.

"Doktor. Saya ucapkan terima kasih sebab rawat saya"

"Ya Encik Aryan. Bantuan dari Allah jugak kan. Lagipun dah memang kerja saya sebagai doktor merawat pesakit. "

Akim tersenyum mendengar kata-kata doktor aleef. Ubat yang dia makan sebelum ini hanyalah perantara sahaja. Selebihnya, bergantung kepada Allah.

"Lagi satu, thanks jugak sebab sorokkan 'hal tu' daripada family saya. Nanti saya akan tetap beritahu diorang cuma bukan sekarang"

Doktor Aleef menunduk. Dia sendiri berat mulut untuk memberitahu Akim. Bila difikirkan semula, dia perlu jugak memberitahu. Nafas dihela perlahan.

"Sebenarnya ada seorang daripada mereka yang dah tahu Encik Aryan."

Muka Akim jelas menunjukkan riak terkejut. Doktor Aleef yang bagai faham soalan dari riak wajah bekas pesakitnya itu terus memberitahu.

"Isteri Encik. Saya kasihan tengok dia. Encik cuma berpura-pura lupakan dia seorang sedangkan ahli keluarga dan mertua Encik boleh ingat pulak. Waktu Encik tak sedar kan diri, dia yang paling banyak jaga Encik. Masa Datin suruh dia balik pun dia taknak. "

Akim kelu untuk berkata apa-apa. Kata doktor muda itu dihadam sungguh-sungguh. Terbit rasa kasihan akan Awni. Jujurnya dia begitu merindukan wajah itu. Seksanya hati sewaktu nak berpura pura seolah lupa akan Awni. Sedangkan hati memaksa dirinya untuk mendakap tubuh itu. Tapi ego menjadi benteng antara kasih mereka.

Tanpa disedari ada sepasang telinga yang mendengari setiap butir perbualan mereka. Dia bersembunyi di sebalik dinding. Dia mengukir senyum sinis sebelum berlalu.

"Takpa lah doktor. Saya mintak diri dulu. Terima kasih" dia bersalaman dengan doktor tersebut lalu segera turun ke bawah menggunakan lif. Rambutnya diraup kasar. Dia sendiri buntu memikirkan apa yang perlu dilakukan. Memang itulah perkara utama yang dia mahu elakkan. Dia takut Awni mengetahui cerita sebenar. Mungkin Awni akan pergi lagi sekali dari hidupnya.

'Tak... Tak!! Aku takkan biarkan Awni pergi untuk kali kedua!!! Never '

Langkah dilajukan ke arah along yang sedang menunggu di kereta.

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now