13

223 18 0
                                    

Wajah berang Nadzim menjadi santapan mata Dya . Gadis itu berdiri layu sambil menekur lantai . Tak sanggup mahu bertentangan mata dengan abangnya itu . Meremang segala bulu yang ada .

" Apa nak jadi dengan Dya ni ?! Hari itu pergi kelab malam , sekarang belasah senior sampai nazak budak tu ?! Nak tunjuk samseng ke ?! " Tengking Nadzim kuat sehingga terhinjut bahu Dya akibat terkejut .

" Dya , Dya tahu tak Dya makin teruk sekarang ? Perangai makin menjadi jadi . Dulu , masa Dya kat Dhubai Dya okay je . Abang tak ada pun dengar Dya buat masalah . Tapi lepas je pindah sini , lepas berkawan dengan diaorang Dya terus berubah . Dya perasan tak ? "

Dya diam tak berputik .

Bum !

Tiba tiba pintu bilik mesyuarat JPP yang didiami mereka berdua terbuka luas membuatkan tumpuan mereka berdua beralih ke pintu untuk melihat gerangan mana yang tidak beradab buka pintu kasar tanpa salam .

Bersama sengihan tak bersalah , Wahie melangkah masuk diikuti Arishah , Zafira , Syira , Aisyah dan akhir sekali Adawiyah .

" Ops terkuat pula . Sorry . " Ucap Wahie dengan nada bersalah dibuat buat .

" Sampai pun . Ingatkan takut nak datang tadi . " Perli Nadzim . Hampir satu jam dia menunggu enam gadis itu di dalam bilik mesyuarat ini tetapi tidak muncul langsung ! Dan sekarang baru muncul .

" Tch , tak ada benda yang perlu aku takutkan . Sengaja aku ajak diaorang datang lambat . Makan lu . So apa dia nak panggil kitaorang ? Hm let me guess pasal tu kan ? Tak payahlah kau nak marah Dya , kesian adik kau tu . Memang patut minah minah tu kena pun . " Salah satu bangku dalam bilik itu ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya selamba .

Nadzim memandang Wahie tajam . Ewah dia ingat ini rumah nenek dia ? Selamba derk dia je macam tak bersalah .

" Tapi korang tetap bersalah dan aku akan masukkan nama korang dalam kesalahan berat . "

" Okay . I don't mind . Itu je eh ? Okay aku chaw dulu . Jom girls . Dya , jom . "

Nadzim tercengang . Seriuslah dia tak kisah nama dia kena masuk dalam kes kesalahan berat ? Weh boleh kena berhenti kolej kot !

Gamble gila minah ni . Budak Korea memang macam ni ke ?

-

" Wahie , kau seriuslah tak kisah nama kena masuk dalam online kesalahan berat tu membuli sampai nazak apa jadah tah . Boleh kena gantung tau ! " Kata Adawiyah risau

" Aku takutlah . " Ujar Dya dan disambut dengan anggukan Arishah . Jelas riak muka mereka menyatakan apa yang dikatakan oleh mereka .

Wahie menyedut air kotak milonya tenang . Dia menghirup udara segar ditaman mini kolejnya ini sambil pejam mata menikmati alam semulajadi .

Pap !

" Oi orang tengah risau dia boleh buat muka nikmat pula . " Adawiyah menayangkan muka tak berpuas hati .

Wahie mencebik . Bahu yang sengal dipukul oleh Adawiyah digosok . " Pehal kau ni pukul pukul aku ? Kau boleh lek tak ? Bukan nama kau pun yang kena masuk kes kesalahan berat tu . Nama aku , Dya , Rishah dengan Syira je . Hekla kecoh beria . "

" Memang bukan nama aku tapi aku kesian kat diaorang ni ha . Diaorang mana pernah buat kes ni lainlah kau , berlambak kes dah . Naik muak computer tu nak baca nama kau . Lagi pun nama aku masuk sekali oleh atas kesalahan bersubahat . " Adawiyah memuncung .

Eh kau fikir comel ? Aku letak pasu bunga yang bergantung gantung tu kang .

" Semaklah kau ni , Adaw . Kat rumah ada kau , kat sekolah pun muka kau . Potpetpotpet tak habis . Ish aku tahulah nak buat apa kau boleh diam tak ? " Donut milik Zafira diambil lalu disumbat ke dalam mulut Adawiyah . Bisinglah sia minah ni .

" Kau nak buat apa ? " Soal Syira .

Wahie memandang Aisyah dan Zafira . Kening mereka terangkat sebelah dengan sengihan sinis dibibir masing masing .

-

Bukk !!

Sekujur tubuh jatuh meleret sehingga terduduk di atas lantai setelah belakang badannya terhentam kuat permukaan dinding .

" Apahal kau tak bagitahu perkara yang sebenar ? Kau memang cari nahaskan ? Kau lupa apa aku pesan ? "

Wahie mencangkung dihadapan perempuan itu . Perempuan yang pernah teruk ditampar oleh Dya . Setelah sebulan perempuan ini cuti , akhirnya hari ini dia masuk ke kolej semula . Ingatkan dah mampus dah . Baru kena tampar sikit dah amek cuti sebulan . Lembik ! Ejek Wahie dalam hati .

Pipi perempuan itu di cengkam kuat lalu wajahnya diangkat agar mata mereka bertemu .

" Asal diam ? Dah bisu nak jawab ? Baru kena tampar dah bisu ke ? "

Perempuan itu masih lagi diam .

" Oh kau time mengadu boleh pula bersuara ya ? Time dia tanya tak nak pula bersuara ! Kau pekak ke bodoh ?! Orang tanya tu jawablah cibai ada mulut kan ?! " Zafira berang . Tudung perempuan itu ditarik sehingga terdongak kepalanya dan hampir tercabut .

" Fir- " Baru Dya mahu membuka mulut untuk bersuara tiba tiba terdengar satu suara garau menegur .

Ah siapa pula yang kacau waktu aku beraksi ni ? Bisik Zafira .

" Membuli uh ? "

Tujuh kepala berpusing ke arah punca suara itu . Dah kata suara garau , sahlah lelaki . Tetapi agak tidak familiar . Tak pernah nampak , budak barukah ?

" None of your business . Macam mana kau boleh sampai sini ? " Marah Aisyah . Dia berpeluk tubuh memandang lelaki itu . Muka tak payah cakaplah , kerek gila bhai !

" None of my business ? Seriusly ? Aku pelajar sekolah ni , takkan aku nak biarkan budak kolej aku kena buli depan mata aku ? " Bidas lelaki itu berani .

" Oh ya , actually aku cari kelas aku but bila aku lalu sini tiba tiba aku dengar bunyi bising so aku pun cubalah cari punca suara itu then hm now , aku jumpalah samseng ni . " Sambungnya lagi .

Heh ingat korang ramai semua buat muka kerek , muka samseng aku takut ? Korang tu cuma insan yang lemah je . Heh perempuan . Bibir lelaki itu tersumbing senyuman sinis . Dia turut berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding .

" Pardon ? Sebab kau budak sinilah kau tak perlu masuk campur urusan orang lain . So , kau budak baru tapi dah tunjuk hero ? Seriusly ? Tch . " Masing masing merenung tajam lelaki itu .

Baru masuk hari ini dah berlagak macam dia tahu semua benda padahal kawan pun tak ada lagi . Geli .

" Whateverlah . Aku nak kau lepaskan perempuan tu . " Jari lelaki itu menunjuk ke arah perempuan itu . Tangan Zafira masih lagi tidak melepaskan tudung perempuan itu .

Zafira mengangkat keningnya sebelah . Pandangan dijatuhkan ke bawah . " Perempuan ni ? " Ditarik lagi sekali tudung perempuan itu kuat sehingga tercabut dari kepalanya .

Zafira buat buat terkejut . Tangan yang menarik tudung perempuan itu dibawa ke mulut . Mulutnya sedikit melopong yang dibuat buat ditutup dengan tangan . Sengaja . " Opss , sorry sengaja tarik tapi terkuat pula . Hm . " Ucapnya dengan riak kasihan yang mengejek .

Perempuan itu tertunduk memandang lantai .

" Apa- "

" Kali ni aku lepaskan kau disebabkan mamat acah romeo nak jadi hero untuk kau . Aku tahu kau bagitahu cerita sebenar pada orang yang kau mengadu . Bersihkan nama baik Dya . Cerita yang kau cari pasal dengan Dya dulu . Kalau tak , nazak aku kerjakan kau nanti . Faham ? " Wahie memotong kata kata yang ingin keluar dari mulut lelaki itu cepat . Dia memandang tajam perempuan itu .

Cepat perempuan itu mengangguk . Heh bisu ? Tahu takut !

" Dah jom . Ingat eh apa aku cakap dan kau kalau nak selamat lain kali jangan jaga tepi kain orang atau kau yang akan kena macam dia , kau tu baru masuk hari ini . Pengetahuan kau dalam kolej ni zero . Kosong tahu kosong ? Okay kitaorang chaw dulu . " Mereka bertujuh terus berlalu . Wahie melanggar bahu lelaki itu kuat sehingga terganjak sedikit kedudukkan lelaki itu semasa mereka lalu disebelahnya .

Reaksi lelaki itu ? Ah apa mereka kisah pula ?

Vote / Comments ? :p

Bad Girl .Where stories live. Discover now