2-

2K 186 13
                                    

Aku menggerakkan buah catur ke hadapan. Rasa-rasa macam tahu siapa yang menang kali ni.

"Checkmate" kata appaku.

"Ehhh alah kalah lagi" kataku

Tak apa practice je dulu. Nanti lama-lama makin okay lahtu.

"Eleh dah berapa banyak kali main. Appa je yang menang"

"Dah dah jom main lagi sekali. Minjung warna hitam pulak"

"Hm"

Kami berdua menyusun semula buah-buah catur tersebut di tempatnya.

Appaku membuat gerakan dahulu

+

"Ish kalah lagi" kataku

"Esok main lagi eh. Dah pergi tidur esok sekolah"

"Okay" aku mengemas chess set dan menyimpannya di dalam bilikku. Aku terus baring di atas katil dan terus tidur. Penat tau main catur ni. Ingat tak penat ke?

Nak kene perah otak dia tu, boleh pening kepala

+

"MINJUNG BANGUN!"

Aku membuka mata. Apa jerit-jerit ni. Aku memandang ke arah tingkap. Jap kenapa macam dah terang je ni?

Aku memandang ke arah jam.

Pukul 7!

Aku terus berlari masuk ke dalam bilik air. Mandi kerbau je lah dah lambat ni. Aku keluar dan terus memakai uniform sekolah. Aku turun ke bawah dan mengambil sekeping roti.

"Jom appa" kataku dan masuk ke dalam kereta.

Dalam 10 minit. Aku sampai di sekolah.

7:30

Aku betul-betul dah lambat ni. Aku lihat ramai pelajar sedang menulis nama di dalam buku rekod di sebelah dewan. Betul-betul sebelah dewan

"Ramainya" kataku perlahan. Aku melihat pengawas sedang sibuk menjalankan tugas. Tapi tiada cikgu disini.

Aku tersenyum. Jujur aku tak pernah buat kerja macam ni. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Line clear!

Dengan lajunya aku pergi ke tempat lain tanpa pengawas nampak. Hehe jujur aku tak pernah buat benda macamni. Walaupun ada sedikit rasa bersalah, tapi siapa kesah?

Aku berjalan dan terus memasuki kelas. Nasib cikgu tak masuk kelas lagi. Aku duduk di tempatku iaitu berada di hadapan kelas. Tak lama lepastu cikgu masuk dan sesi pembelajaran pun bermula.

+

"Masa last aku tak masuk kelas seni" kataku mengejek kepada kawanku.

"Kau ni!"

"Eleh taulah jeles. Kau belajarlah seni tu ya. Kau perlu menghayati seni-seni tersebut" kataku.

"Pergi lah kau pergi" katanya fed up.

"Lek ah. Ni pun sebab training je bukan sebab apa pun. Lepas ni sama je kene jugak hadap kelas seni ni"

"Weh Minjung dah pukul berapa ni. Kata nak buat training" kata bobby tiba-tiba.

"Kau ni tunggu la cikgu masuk dulu"

"Ha yelah"

╮(╯▽╰)╭

Maafkan patik jika part ni membosankan. Sorry.

Chess- J.J.K✔Where stories live. Discover now