14-

1.2K 130 9
                                    

Semasa aku menjemur kain, aku nampak susuk tubuh seseorang yang aku kenali.

Jap, tu Jungkook kan?!

Apa dia buat ni?!

Aku nampak dia sedang berjalan bersama rakan-rakannya. Alah dia dah nak dekat. Aku terus menyorok di belakang semak yang ada di rumahku.

Semasa dia berjalan betul-betul dihadapan rumahku, aku rasa ada sesuatu yang pelik di kaki ku. Rasa dia menggelikan. Mataku hanya fokus pada Jungkook, tanganku mula merasai benda tersebut.

Panjang dan keras? J-jap jap. A-apa benda ni?!

Aku memandang ke bawah.

Lipan! Masa ni, aku betul-betul dah tak kisah pasal Jungkook.

"Omma!!! Tolongg!!"  Aku terus berlari ke dalam rumah. Lantak lah diorang nak kata apa.

+

"Omma!!! Tolong!!"

Aku terdengar suara seorang perempuan menjerit. Aku mencari sumber dari mana suara tu datang.

Oh rumah ni. Aku nampak seorang perempuan berlari ke dalam rumahnya.

Macam kenal. Siapa eh?

Minjung? Ke salah orang?

Aku hanya merenung rumah tersebut.

"Eh Jungkook, kau apasal? Tersangkut kat perempuan tu ke?" Kata salah seorang rakanku.

"Takdelah hyung. Macam pernah kenal budak tu"

"Oh"

Aku jalan kat sini saja je nak ambil angin dengan kawan aku. Dah lama tak keluar dengan diorang. Sebab ada yang dah habis sekolah, ada yang tengah belajar kat Universiti.

+

"Apalah Minjung ni, lipan je kut. Dah pergi sambung jemur kain" kata ommaku.

Lipan je dia kata? Kalau benda tu sengat mampus aku.

"Hmm yelah" kataku dan terus keluar. Jungkook dah takde kan?

Apasal ayat aku macam dia dah meninggal. Haha

Aku mengambil langkah berhati-hati semasa keluar. Yelah takut terserempak dengan Jungkook.

Mesti diorang ingat aku ni gila kan? Tiba-tiba je menjerit. Aih malu betul. Aku sambung menjemur kain dengan hati yang pasrah.

Setelah siap, aku menyimpan bakul semula dan masuk ke dalam bilik.

Ok, sekarang nak buat apa?

Tidur!

Teruk,teruk tidur je kerja.

"Minjung, tolong omma lagi! Tolong beli barang"

Alah omma ni, spoil lah!

╮(╯▽╰)╭

Chess- J.J.K✔Where stories live. Discover now