*Part 3*

1.1K 71 3
                                    

"Jungkook..."

Aku duduk sebelah dia. Cuti lagi mamat ni. Mentang-mentang syarikat appa dia, boleh lah cuti sesuka hati. Ciss.

"Hmm"

"Awak tak masuk office ke hari ni?"

Dia geleng dan teruskan menonton televisyen.

"Ok.. Kalau macam tu.... Jom teman saya shopping?" ajakku teruja.

"Taknak. Aku nak rehat. Esok kena pegi outstation kat Jejju-do. Nak jumpa client dari Japan." dia capai epal dan gigit. Pandang lah diri ini.

"Apesal kat Jejju-do?"

"Client kan.. Banyak sangat songeh. Bigboss diorang malas nak teruskan perjalanan ke Seoul. Terpikat agaknya kat pulau tu"

"Berapa hari kat sana?"

"Dalam seminggu macam tu?"

Aku anggukkan sahaja dan pandang kertas kerja yang bertimbun atas meja. Life dia ni asyik kerja dan kerja dan kerja. Bukan nak merungut, ya aku tau dia kerja keras pun sebab nak bagi aku or dia senang.

Laparlah pulak..

"Awak..."

"Apa lagi?" dia pandang aku geram.

"Lapar." aku sengih busuk.

Dia gulingkan mata ke atas.

"Pegi besiap."

"Nak pegi mana??"

"Nak pegi kilang besi, makan besi tu banyak-banyak. Banyak tanya pulak"

Tanpa banyak bising, aku terus masuk bilik and besiap.

____

Yeayyyyy steam boat!!!!!!!

Punya teruja aku bila masuk je kat dalam, hanya Tuhan je lah yang tau apa perasaan aku sekarang ni.

Jungkook melihat list makanan dalam menu dan oder ikut kemahuannya. Ahhh tak kesah lah, janji makan!

"Kau nak minum apa?" dia angkat sebelah keningnya.

"KITCHAI PINK SATU!"

"Nak merdu suara ke apa ni? Kitchai pink satu and lemon tea ice satu." dia tutup menu dan senyum pada waiter itu.

"Jungkook.. Awak sayang saya tak?" soalku gedik. Terlampau excited agaknya aku ni.

"Sayang? Perlu ke aku sayang kau?"

Aku cebikkan bibir. Pandai dia ehh sakitkan hati aku.

"Mestilah perlu. Saya kan isteri awak..."

"Isteri tak bermakna aku perlu sayang kau, Jeon Yura."

"Habistu kenapa lamar saya?"

"Bersyukurlah orang kacak lagikan cool macam aku ni nak kat kau yang hodoh lagikan burukkkk."

"Perasan! Followlah instagram and see saya hodoh ke cantik!" aku jengilkan mata. Ingat aku ni takde FANS ke?! Aku bekas modeling cekup tau!

"Mari aku follow. Bagi ig kau. Jangan kau pulak yang ternga-nga suami kau ni banyak peminat!"

"Yura_5678" aku sebut ig aku dengan angkuh. Kita tengok siapa nga-nga siapa!

Dia senyap lalu off phone.

"Aku dah follow" mendatar sahaja nadanya.

Hekelehh terpegun cakap lah!

Aku on phone dan buka ig aku.

He Is My Mr J.J.KOù les histoires vivent. Découvrez maintenant