PART 6

285 14 3
                                    


Helmi POV

Cik muda is calling

‘Hello Helmi’

‘Hello cik muda’

‘Aku nak kau dapatkan maklumat tentang samseng yang bergaduh dengan pelajar aku beberapa hari yang lepas..’

‘Kat mana tu?’

‘Jejantas di hadapan Pusat Karaoke. Aku nak kau tengok cctv dan bagitahu aku secepat mungkin’

‘Baik cik muda’

Aku terus menelefon yang lain supaya mencari maklumat yang telah disuruh oleh Cik Muda.

End Helmi POV

Dyan menuju ke Starbuck untuk menenangkan dirinya dengan apa yang terjadi hari ni. Sementara menunggu Helmi dan yang datang, Dyan telah memesan air kerana dirinya berasa haus setelah seharian mencari beg duit di sungai.

Tiba-tiba kepala Dyan berasa sakit tapi ditahan kerana hendak mendapatkan duit itu semula. Kerusi dihadapan Dyan ditarik secara tiba-tiba.

“ohh korang dah sampai..”Kata Dyan.

“Dah dapat apa yang aku nak tu?”Tanya Dyan.

“Dah dapat Cik Muda tapi ade yang cik muda perlu tahu”Jawab Helmi. Dyan mengangkat kepala yang berasa berat tadi sambil merenung ke arah Helmi dan yang lain .

“Apa yang perlu aku tahu?”Tanya Dyan sambil mengurut kepalanya.

“Saya dah dapatkan maklumat tentang samseng yang gaduh dengan pelajar Cik Muda tu tapi…”Syazwan lambat-lambat membagikan jawapannya.

“Tapi apa?”Soal Dyan.

“Cik Muda dah tengok maklumat Lucas..”Tanya Fairuz.

“Belum kenapa?”Soal Dyan kembali.

“Samseng yang gaduh dengan pelajar Cik Muda tu adalah Lucas”Kata Syazwan. Dyan sedikit terkejut.

“Ini maklumat Lucas”Sambung Syazwan. Dyan mengambil sampul yang berisi maklumat dan dibuka.

“Kalau Cik Muda nak tahu, Lucas ni merupakan Pengikut kumpulan Gagak Emas iaitu kumpulan yang dah lama bermusuh dengan kita”Kata Fairuz.

“Kalau macam tu, Aku nak serang diorang malam ni juga..”Sakit kepala semakin menjadi-jadi.

“Tapi Cik Muda..”Helmi ingin menghalang Cik Muda kerana dari tadi Helmi perasan yang Cik Muda asyik memegang kepalanya.

“Takde tapi-tapi”Dyan memotong percakapan bodyguardnya.

“korang dah tahukan location diorang kan?”Tanya Dyan.

“Dah. Tapi …”Kata Syazwan.

“Tapi apa lagi? Dah jom gerak sekarang”Arah Dyan.

Dyan segera bangun dah bergerak keluar daripada Starbuck tu. Helmi dan yang lain mengikutnya daripada belakangnya. Tiba-tiba perlihatan Dyan gelap dan hampir sahaja hendak jatuh tapi ada tangan yang sempat memegang bahunya.

“Cik Muda ok ke ni?”Soal Fairuz yang terkejut apabila Cik Muda hendak jatuh tetepi tangannya sempat memegang Cik Muda.

“Aku ok lah”Dyan kuatkan diri untuk bangun.

“Kalau keadaan Cik Muda macamni, kita batalkan saja pertemuan kita dengan Lucas”Kata Wan.

“Tak boleh. Aku kena dapatkan sesuatu daripada si Lucas kalau tak salah seorang pelajar aku akan dibuang daripada sekolah nanti”Kata Dyan dengan panjang lebar.

“Sesuatu apa tu?”Soal Helmi.

“Korang tak payah tahulah. Dah cepat jalan”Suruh Dyan.

Bangunan lama

Dyan dan anak buahnya telah sampai di bangunan lama dan terbiar di pinggir Bandar. Dyan terus mengajak Helmi dan yang lain untuk masuk bangunan tersebut.

Dyan melihat sekumpulan samseng tengah bermain judi dah tidah perasan dengan kehadirannya. Dyan berjalan bersahaja ke arah kumpulan tersebut.

“Well well… seronoknya korang bermain”Tegur Dyan. Kumpulan tersebut terkejut dengan kehadiran Dyan disitu.

“Siapa kau ?”Tanya salah seorang samseng tersebut.

“Sebelum korang tahu siapa aku. Aku nak tanya mana satu yang namanya… Lucas?”Tanya Dyan.

“Aku Lucas”Jawab lelaki yang memakai jaket dark blue yang bercokak tengkorak.

“Kau Lucas. Aku ni ade dua benda nak tuntut dengan kau sebelum aku bunuh kau kat sini”Balas Dyan.

“Kau nak bunuh aku kat sini. Jangan mimpilah”Kata Lucas. Dyan ketawa sedikit kerana Lucas sememangnya tidak kenali siapa dia yang sebenarnya.

Dyan sudah malas untuk berkata-kata lagi. Tanpa berlengah-lengah Dyan dengan pantas mengeluarkan pistol daripada belakangnya dan tanpa rasa takut Dyan telah menembak kedua-dua lutut Lucas.

“Arghhhhhhhhhh….arghhhhh…”Jerit Lucas. Serentak itu anak buah Lucas segera mengeluarkan pistol daripada baju masing-masing. Begitu jugak dengan Helmi serta yang lain.

“korang semua jangan campur hal aku dengan dia kalau korang taknak jadi macam dia”Dyan bagi amaran terlebih dahulu.

“Kau…kau si…a..pa? dan kau nak ap….apa dari a…aku?”Tanya Lucas sambil menahan sakit.

“Kan aku dah cakap yang aku nak tuntut dua benda daripada kau”

“Yang pertama aku nak duit yang kau ambik dengan budak yang kau gaduh beberapa hari yang lalu dan yan kedua, aku nak kau berhenti jual dadah kat kawasan aku , kumpulan naga merah”Beritahu Dyan.

“Dah dapat agak siapa aku ni?”Dyan menujukan ayat tersebut kepada Lucas.

“Kau ni De…demon  Girl kan? Cu..cu mafia kumpulan Naga Merah”Kata Lucas.

“Pandai pun. Sekarang ni aku nak duit 50K tu now!!”Jerkah Dyan. Dyan tidak dapat menahan lagi kemarahan dan sakit yang dia alami sekarang ini. Dyan mahu cepat-cepat menyelesaikan perkara ini supaya dia dapat berehat.

“Duit tu ade kat  dalam almari usang kat hujung sana”Lucas menunjukkan kearah almari tersebut.

Dyan menyuruh Helmi pergi mengambil duit tersebut. Setelah itu Dyan terpaksa mengundurkan diri kerana sakit kepala semakin menjadi-jadi. Helmi kembali dengan membawa beg yang berisi duit tu. Dyan sempat berjalan beberapa langkah sebelum rebah menyembah bumi.

“Cik Muda bangun!!”Jerit Syazwan sambil mendukung Dyan. Dyan membuka mata sedikit.

“Wan su…suruh di..orang hapus…kan mereka semu…a. Jangan tinggal satu pun”Dyan menguatkan diri untuk berkata-kata.

“Baik Cik Muda. Saya mengikut perintah”Blas Wan.
“Bunuh mereka semua!!!”Jerit Syazwan.

“Baik!!!!”Maka berlakulah sesi tembak-menembak.

Syazwan yang mendukung Dyan pulang terlebih dahulu kerana risau akan kesihatan Cik Muda. Dyan dibawak pulang ke rumah.

Di villa angel..

Syazwan meletakkan Dyan dan berlalu untuk memberitahu Mak Mah iaitu orang gaji di villa itu supaya membersihkan Dyan.

Tubuh badan Dyan dibersihkan dan diletakkan sehelai kain diatas kepala Dyan kerana Dyan telah demam panas akibat tidak cukup rehat keran hampir dua hari Dyan tidak tidur awal kerana menguruskan masalah yang berlaku di kawasan Naga Merah.

“Kesian kamu Dyan”Kata Mak Mah dengan perlahan supaya tidak mengejutkan gadis yang berada dihadapannya. Tidak dinafikan Mak Mah merupakan salah seorang yang rapat dengan Dyan sejak kecik lagi dan sebab itulah Mak Mah mengambil berat tentang Dyan.

my love gangster teacher Where stories live. Discover now