01

168 21 3
                                    

"Ahh!!" Jerit aku apabila jatuh terduduk disebabkan terlanggar seseorang. Fail - fail yang aku peluk tadi sudah pun bersepah di lantai.

"Oh! sorry - sorry saya tak sengaja" Jawab orang tersebut lalu mencangkung untuk menolong aku mengutip fail - fail tersebut. "Takpe, saya pun cuai juga sebab tak tengok depan, ye la fail ni banyak sangat." Kataku turut mengaku kesalahan sendiri.

Selepas dia bantu aku, terus dia memperkenalkan dirinya sambil memegang beberapa fail yang aku perlu hantar kepada saem. "Nama saya Lee Chan, tapi saya lagi suka awak panggil saya Dino, awak?"

"Oh! Hai Dino, selamat berkenalan, nama saya Kim Nami." kataku tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk berjabat dengan dia. "Awak ini mesti pelajar baru dekat sinikan sebab banyak fail awak bawak." Ujar Dino. "Ya, saya pelajar baru dan sekarang ini saya nak jumpa saem Shin Sora sebab nak daftar nama saya. Oh ya, awak tau tak bilik saem Shin dekat mana?" Tanyaku kepada Dino. "Saem Shin Sora? Tau. Jom, saya tunjukkan dekat mana bilik dia." Lalu aku pun mengikuti dia ke bilik saem Shin.

                        ×××××

"Nami!!" Jerit Dino. "Apa yang kau nak ini Dino?" Tanya aku sambil mengerutkan dahi bila dengar dia menjerit.

Dino menghampiri komputer yang berada di penjuru bilik latihan dan menghentikan lagu yang sedang dimainkan oleh pembesar suara bilik tersebut. "Aku panggil kau banyak kali tau tak? Sakit tekak aku jerit dari tadi. Huh, nasib baik aku masuk kelas menari bukannya kelas menyanyi. Kalau tak seminggu aku sakit tekak disebabkan kau." Bebel Dino.

"Ya, Dino, ya. Kau ni umur baru 19 tahun tapi dah membebel macam orang tua. Eh, apa kata kau ambil kelas lakonan je tak payah menari? Kau pun dah pandai berlakon macam makcik - makcik yang kuat membebel dekat rumah." Perli aku sambil jari telunjuk diarahkan kepada lelaki yang berdiri di depan aku yang sudah pun mencekak pinggangnya.

"Eeii, jahat gila mulut kau Nami. Takpe, aku baru fikir nak belanja kau makan dekat kafe sebab kau kata omma kau tak bagi lagi duit belanja untuk bulan ini, tapi tengok kau macam dah kenyang je sebab perli aku. So annyeong, Nami - ah" Kata dino lalu keluar dari bilik latihan sambil memeluk beg sandangnya.

Ya, aku dan Dino menjadi sangat rapat selepas perlanggaran hari itu. Walaupun dia ini nampak macam makcik yang suka membebel dan kuat merajuk disebabkan aku yang suka buli dia setiap hari, kitorang mesti akan bantu antara satu sama lain kalau masing - masing dalam kesusahan.

Dan ya betul, aku memang dalam kesusahan sekarang ini sebab takde duit untuk makan tengah hari. Kalau nak ikutkan bukannya dalam kesusahan sangat, tapi omma aku yang berada jauh dari Seoul belum lagi bagi duit belanja untuk bulan ini. Pagi tadi sebelum pergi ke kolej aku singgah bank sekejap, mula - mula memang bercadang nak keluarkan duit simpanan sikit tapi bila aku semak balik duit yang ada dalam bank, huhu, habis juga. Dekat situ jugalah baru aku teringat, bulan lepas aku banyak guna duit untuk bayar duit kelas tarian dan perkara - perkara tertentu yang perlu dibayar di kolej ni.

Tapi tak sangka pula mamat kuat merajuk ini baik nak belanja aku makan tengah hari. 

Lantas aku ambil beg aku lalu aku mengejar Dino yang sudah pun keluar dari bilik latihan. "Yah, Dino! Tunggu aku!"

                        ×××××

- Di kafe kolej

Fuhh, nasib baik dapat pujuk budak ini, kalau tak kebulur aku hari ini. Tiba - tiba beg yang aku letak dekat sebelah aku diangkat oleh seseorang. Lantas aku mengangkat kepala untuk melihat siapa yang berani angkat beg aku, tapi bila aku tahu siapa dia, aku merenung mata manusia yang berdiri sebelah bangku yang sedang aku duduk.

"Ha, kau dah kenapa pandang aku macam itu? Kau patutnya bersyukur aku ni kawan baik kau, aku je kawan kau yang sanggup belanja kau makan, belikan makanan untuk kau yang pemalas ini, dan tahan perangai kau yang macam lelaki. Ha, lagi satu, kerja kau yang suka membuli aku 24 jam itu aku je yang layan. Aku rasa kalau orang lain yang jadi kawan baik kau, agak - agaknya dah terlantar dekat hospital sekarang ini."

"Aigoo, Dino - ah. Aku tak sengaja lah pandang kau macam itu. Kau pun satu, kenapa nak mesti duduk sebelah aku? Bangku depan aku nikan kosong. Dah la bebel je dari tadi kerja kau, macam makcik dah aku tengok kau ni." Kali ini dia pula yang merenung mata aku menahan marah. "Yah, Kim Nami! Yang kau daripada tadi panggil aku makcik ini dah kenapa? Aku ini lelaki lah. Kau pun sama je dari tadi kerja nak membuli aku je." Nasib baik sekarang ini tak ramai yang duduk dekat kafe sebab aku dengan Dino habis kelas awal kalau tak aku yang malu disebabkan mamat ini menjerit tak fikir tempat. "Hehe, mianhei Dino - ah. Aku saja je kenakan kau. Kau jela satu - satunya kawan yang aku ade dekat Seoul ini." Kataku memujuk.

"Oh ya, kau dah fikir ke belum pasal yang aku cerita semalam?" Soal Dino menukar topik. "Ha? Yang mane satu? Semalam?" Soalku bila tak ingat cerita apa yang dia suruh fikirkan.

"Kau ini kadang - kadang macam nenek jugakan, cepat betul lupa sesuatu bende tu. Tak tau lah aku nak buat ape dekat kau. Pasal kelab menari tu lah. Aku ajak kau sebab kelas kita tak semestinya seharian ada. Kau yang kata kau nak fikir dulu malam tadikan?"

"Alaa, tapi aku..."

"Kalau kau nak kata pasal kau takde duit sekarang ini, kau tak payah risau, kau cuba dulu hari ini lepas itu kalau kau rasa macam tak minat ke apa, aku tak paksa. Tapi aku rasa kau suka je sebab menarikan? Kau datang sini pun memang itu jekan cita - cita kau." Potong Dino bagi memberikan kepastian.

"Yela - yela, aku ikut kau petang nanti." Kataku bila sudah mengalah dengan Dino. Dah memang betul pun apa yang dia cakap, aku sambung belajar dekat Seoul ini pun sebab menari je.

"Okay, good, kau balik bilik kau dulu mandi ke apa, sebab kau pun memang dah busuk sebab tadi kau dah menari sakan kat depan cermin sampai tak ingat kawan. Petang nanti aku datang ambil kau dekat bilik. Kita pergi sama - sama. Annyeong, Nami - ah." Kata Dino lalu beredar.

"Okay, bai Dino, jumpa petang nanti." Kataku sambil melambaikan tangan ke arah jejaka tersebut dan pulang ke bilik untuk membersihkan diri serta merehatkan badan yang menunggu masa nak tumbang.

Unknown Dancer || HoshiWhere stories live. Discover now