empat

28.8K 1.1K 46
                                    

TENGKU MIKAEL melangkah menuruni anak tangga menuju ke ruang makan

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

TENGKU MIKAEL melangkah menuruni anak tangga menuju ke ruang makan. Tubuhnya terasa agak sengal kerana memandu semalaman. Tidurnya juga tidak nyenyak. Di dapur kelihatan Mak Mah sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. Dia tercari-cari Umairah, malangnya tiada. Pasti perempuan ini tidur lagi. Dasar pemalas. Tengku Mikael melangkah ke daput lalu mengeluarkan sekotak susu segar daripada peti sejuk. Dia menuangkan susu itu ke dalam gelas lalu diteguk perlahan.

"Mana perempuan tu Mak Mah?" tanya Tengku Mikael.

"Err... Puan ada dalam bilik. Mungkin dia sedang solat," jawab Mak Mah.

Kepala Tengku Mikael diangguk perlahan. Langkahnya kini dibawa ke arah bilik tidur yang berada di sudut dapur. Dia nak tahu apa yang sedang perempuan itu lakukan. Pintu bilik ditolak perlahan dan dia ternampak Umairah sedang menunaikan solat subuh.

"Kau ni dahla pandai berkata-kata. Hipokrik pula kan." Tengku Mikael menghempas kuat pintu bilik itu.

Langkahnya terus dibawa ke arah meja makan. Mak Mah sudah siap menghidangkan sarapan pagi di atas meja. Tengku Mikael tersnyum senang melihat makanan yang terhidang. Ada nasi lemak yang sangat dia sukai. Sudah lama dia tidak merasai air tangan Mak Mah. Dahulu dia akan pulang ke rumah ini apabilamahu menenangkan fikiran sahaja.

"Tengku nak sarapan sekarang?" tanya Mak Mah.

Tengku Mikael tersenyum. Dia terus mengambil tempat di meja makan. Sebenarnya dia nak keluar bersenam. Tapi niatnya dibatalkan begitu saja. Mana mungkin dia bersenam kalau sarapan saja dah sedap begitu. Mesti sia-sia saja.

"Tengku nak saya panggil Puan Umairah?" soal Mak Mah perlahan.

Tengku Mikael terus berhenti menyenduk nasi ke dalam pinggan. Seleranya terus sahaja mati apabilamendengar nama perempuan itu. Marahnya datang secara tiba-tiba.

"Mak Mah tolong jangan sebut nama perempuan tu kalau saya sedang makan. Jijik tahu. Lepas ni kalau dia nak makan, suruh dia makan dekat dapur saja. Semua kerja mengemas dan mencuci suruh dia yang buat. Mak Mah cuma perlu masak sahaja. Dia bukannya puan besar dalam rumah ni. Ingat ya Mak Mah, jangan cuba ingkar arahan saya," jerkah Tengku Mikael lantang lalu meninggalkan meja makan tersebut.

"Maafkan saya Tengku." Mak Mah menundukkan wajahnya.

Dia tidak sengaja membuatkan majikannya marah. Umairah yang dengar perbualan tadi terus berjalan ke arah wanita separuh abad itu. Tangan wanita itu diraih lalu diusap perlahan.

"Maafkan Maira Mak Mah. Semua ini salah Maira. Tengku takkan marah kalau saya tak ada. Mak Mah pergi rehat ya. Biar saya yang buat semua kerja hari ini. Lagi satu, tolong jangan panggil saya puan. Mak Mah panggil saya Maira ya," ujar Umairah lembut. Masih ada senyuman yang mampu terukir pada wajah itu.

Umairah melangkah ke arah stor peralatan yang berada di pintu belakang. Dia mengeluarkan sebatang mop dan baldi. Setelah selesai mengisi air sabun ke dalam baldi. Umairah bergegas ke arah ruang tamu. Selendang yang menutupi kepalanya dikemaskan. Perlahan-lahan dia mengemop lantai tersebut sehingga bersih. Setelah itu dia membilas lantai itu dengan air bersih. Setiap tingkat rumah itu dilakukan perkara yang sama. Langsung dia tidak mengeluh. Hari pertama bergelar isteri sudah banyak dugaan yang dia alami. Sesungguhnya dia sangat rindukan ayah dan ibu di kampung.

UMAR MIKAEL ©Donde viven las historias. Descúbrelo ahora