😈9😈

17.2K 823 9
                                    

Aku yang sedang duduk di antara rak-rak buku di dalam perpustakaan terasa seperti ada mata yang memandang. Meliar mataku mencari siapakah yang memandangku tapi aku abaikan kerana mungkin hanya perasaan sahaja.

Danny yang melihat dari tadi si Intan asyik dengan membuat latihan di sebalik rak buku hanya diperhatikan sahaja. Sekarang  gadis itu terbaring sandar di rak buku kerana penat belajar untuk PT3 yang akan dihadapi dalam beberapa minggu lagi. Danny membuat keputusan untuk mengangkat gadis itu ke bilik kesihatan dimana ada tilam yang boleh membenarkan gadis kecil itu tidur dan rehat lebih selesa. Pelajar yang terserempak dengan Danny terkejut melihat aksi berani lelaki itu mendukung Intan.

Aku menggosok mata selepas sedar dari lena. Badan direnggangkan menghilangkan rasa sengal-sengal. "Eh, macam mana aku boleh ada dekat sini?"

Aku melihat Danny yang tertidur duduk di kerusi. Rupanya aku berada di dalam bilik kesihatan. Tapi, bila aku sakit. Bukankah aku ada dekat di perpustakaan. Tak mengapalah nanti aku akan minta penjelasan dengan Danny. Aku turun dari tilam itu.

"Seronok tilik muka hensem aku ni?" Kata Danny sambil matanya terpejam. Aku terus menjauhkan wajah dari dia.

"Bukan sekarang waktu kelas ke? Kenapa kita ada dekat sini?"

"Aku malas nak masuk kelas. Tak ada mood."

"Danny, masuk kelas sekarang. Jom."

"Tak nak." Danny mematungkan tubuhnya di kerusi itu. Tangannya dihulurkan kepada aku. Keningku diangkat menanyakan kenapa.

"Sambut tangan aku." Arahnya.

Aku pun terpaksa meletakkan tanganku ditangannya. "Ini bermaksud kau sambut cinta aku."

Selepas sahaja mendengar katanya, terus aku menarik tangan. Tapi, sempat dia genggam. "Meh, aku hantar kau pergi kelas."

"Tak perlu nak susah-susahkan diri."

"Ok, janji lepas tu. Kau masuk kelas kau?" Tambah aku lagi cuba berunding dengan dia.

Sepanjang perjalanan aku kelas, dia tak melepaskan lansung genggaman itu. Entah kenapa aku rasa senang dan selamat dengannya. Walapun, ada ketika masa tu aku rasa sangat annoying dengan perangai tak semegahnya tapi itu yang menghiburkan aku. "Hah  berangan apa lagi tu. Sampai kelas kau dah ni." Danny menjentik dahiku.

"Sakitlah gila."

"Ehem." Cikgu Ferdi yang mengajarkan aku subjek Matematik sudah berdehem.

"Maaflah cikgu. Girlfriend saya ni tak nak lepas pula dari saya. Ajak kahwin, kata muda lagi." Jawapan Danny kepada cikgu Ferdi bagi pihakku membuatkan aku malu dan terdiam seribu bahasa. Rakan sekelasku sudah tersenyum-senyum dan ada juga yang berbisik-bisik, mungkin mengata aku.

"Bye, baby. See you after class." Danny boleh lagi membuat flying kiss kepada aku depan cikgu Ferdi.

"Masuk, Intan. Awak kalau dah gatal sangat berhenti sahaja sekolah." Perli cikgu Ferdi.

"Saya tak gatal. So, tak perlulah saya berhenti sekolah kan?" Jawab aku sedas kepada cikgu Ferdi.

"Along rasa kan ada juga yabg langkah bendul kita semua. Kan, angah, Iman?" Kata along Amir sewaktu kami sedang makan malam.

"Langkah bendul apa pula ni?" Rayqal tanya anak sulungnya apa yang dimaksudkan dengan kata-kata itu.

"Abah tak lama lagi berbesan lah dengan daddy Qorisy." Kata Iman pula menjawab soalan abahnya.

Aku dah berhenti suap apabila sedar topik yang dibualkan melibatkan aku.

Can I Kill Him ?Where stories live. Discover now