😈10😈

17K 772 2
                                    

"Nak apa lagi, Danny?"

"Saja tengok kau. Aku bosanlah."

"Bosan, studylah."

"Tak nak, tak seronok."

"Ya Allah, dah pergi main jauh-jauh. Aku lagi beberapa hari ada PT3 ni."

"Tak apalah. Aku bagi semangat dekat kau. So, I will always be there for you." Kata Danny sambil mengangkat-angkat keningnya.

"So, let's make a deal."

"What kind of deal?"

Aku dah rasa tak selesa dengan pandangan Danny. Siap menongkat dagu pula tu. Tahulah aku lawa, tapi beragaklah pun. Mata-mata pelajar dalam perpustakaan semua ni dah habis bagi free pahala sebab kutuk dan duduk mengumpat aku.

"Kau nak bercinta dengan aku kan?"

"Haah."

"Kau tak kacau aku tiga minggu. Termasuk minggu PT3 aku, aku akan couple dengan kau."

"Tak menarik."

"Kau nak apa sebenarnya?"

"Aku tak suka kau menyerah macam ni. Ini bukan Intan Xavia."

"Aku serius dengan kata-kata aku, Danny."

"Aku pun sama, baby."

"Don't call me that. Geli loya tekak."

"Baby." Aku menepis tanga Danny yang cuba menyentuh pipi aku.

"Kau ganas macam ni, aku suka. So, bye-bye. Kau yang minta aku hilang. So, kalau rindu pandai-pandailah cari ye." Dia mengusap kepalaku kasar.

"Tak hingin pun. Uwekk." Aku menjelir lidah.

Buku latihan matapelajaran sains aku hadap semula. Baru ingin membuat soalan ni aku blank. Aduhai, kepala dah digaru. Kalau ada Danny boleh juga tanya. Sebab selama ni walaupun mengacau aku sahaja kerjanya tapi apabila ada soalan untuk aku tanya atau minta tunjuk ajar pasti dia tunjuk caranya. 'Kau boleh buat, Intan. Kau boleh.' Bisik aku pada diri sendiri.

"Argh! Kenapa susah sangat?!"

"Jangan buat bising. Ini perpustakaan." Malu aku apabila ada pengawas perpustakaan yang menegur tingkahku.

"Maaf." Aku keluar dari perpustakaan menyarungkan kasut dan berlalu pergi ke kantin. Tiba-tiba, rasa lapar pula.

Selesai sahaja aku beratur membeli makanan, aku berjalan kearah taman bunga sekolah. Memang aku lebih memilih untuk disini jika waktu rehat kerana suasananya yang sunyi, kalau berada di kafe suasana bising semua bersembang macam riuh satu kampung. Buat semak kepala sahaja, cukuplah dia semak dengan satu soalan yang tidak dibuat lagi kerana tidak tahu.

Aku mendengar suara Danny. Bangku di taman itu cuba aku panjat untuk melihat di sebalik taman hiasan itu. Kelihatan seorang perempuan sedang berbual dengan Danny. Selamba sahaja perempuan tu mengusap-usap lengan yang lelaki. Si lelaki pun senyum je suka dibelai dengan perempuan cantik macam tu. Dasar mata keranjang pantang nampak yang berdahi licin sikit. Ingatkan aku je dia ngorat rupanya perempuan lain dalam sekolah ni pun dia try. Telinga cuba dipasang untuk mendengar perbualan Danny dan budak perempuan yang sebaya dengan Danny atau mungkin muda daripada Danny tapi bukan batch aku.

"You bila lagi nak bawa I keluar?" Lembut gigi dari lidah percakapan perempuan tidak mahu malu itu.

"Nak bawa you pergi mana? Hari tu tak cukup ke?"

"Alaa, I rindu you lah."

"I pun rindu you." Kata Danny membalas.

Hatiku terasa sakit. Kenapa? Tidak sepatutnya aku membuka hati untuk lelaki bernama Danny. Bukankah sikap mafia memang sebegini, gila kuasa sehinggakan menyangka yang perempuan beratur ingin memikat mereka. Cis!

"Woi! Ni sekola bukannya kelab malam nak bergesel dengan jantan!" Sedas aku bagi.

"Diamlah!" Jawab perempuan tu. La, perempuan ni ke. Aduhai siapa nama dia, lupa pula. Maklumlah tak penting nak diingat. Buang karan sahaja. Yusmira Aqilah a.k.a Yusmira.

"Baik aku belah sebelum aku panggil pengawas." Ugut aku.

Danny hanya berdiam. Matanya tidak lepas memandang Intan yang macam gangster menjerit. Kepala je nampak, tubuh gadis comel itu hilang disebalik pokok hiasan disitu. Mafia pendek.

"You, tengok budak pendek tu. Suka sangat cari pasal dengan I." Yusmira mengadu kepada Danny.

Aku yang berada diatas meniru semula gaya gedik perempuan itu. "You... Tengok perempuan pendek tu... Suka sangat cari pasal dengan I. Bencilah. Eii, menyampah siot. Plastik sangat kau ni."

"Ish." Yusmira yang berang kerana lelaki idamannya tidak berkata apa-apa terus menghentak-hentak kaki dan berlalu pergi. Sebal.

"Woi! Kau ingat ni padang kawad ke hah? Hentak-hentak. Retak tiles tu ganti balik!"

"Seronok kenakan orang, Xavia Intan?"

"Erk. Seronok kenapa?"

"Dah turun." Danny mengangkat tubuh aku ke bawah. Mentanglah dia tinggi, pinggang aku dicekaknya begitu.

"Rindu aku dah ke?"

"Wey, aku nak minta tolong kau ajar ni?" Aku cuba menukar topik.

"Alasan. Waktu rehat dah habis. Jom masuk kelas dulu. Petang ni aku pergi rumah kau, ajar apa yang patut."

"Hek eleh, tadi berlagak nak hilanglah dari aku lah, apa lah."

Danny menarik lengan gadis itu. Pinggang gadis itu ditarik rapat kearah tubuhnya. "Stop talk or I stop your talk." Tubuh itu dilepaskan dan pantas dia mengetuai di depan.

Aku memegang dada. Terasa sesak nafasku. Jantung berdegup laju macam baru marathon lima kilometer. Kena double check dengan doktor Yen untuk elak simptom sakit jantung dari usia awal.

"I will make you fall in love me." Kata Danny bisik sendiri.

Aduhai kenapa rasa bergula sangat episod kali ni. Hahaha. Apa pula pandangan korang? Jangan lupa komen dan vote. Doakan sis test malam ni. Love you, guys.

Can I Kill Him ?Where stories live. Discover now