Bab 1

167K 1.7K 52
                                    

  🔫"Pistol&Peluru berpisah tiada, Begitulah juga aku dan kamu"💘

 

  Rutin kehidupan seorang pegawai polis sememangnya sibuk. Satu fail kertas siasatan di tangannya masih belum habis diteliti datang lagi berpuluh fail di meja kerjanya seolah-olah memanggil-manggil Tuan Inspektor Aneef Anaqi Bin Mohd Amar meminta perhatian.

  Ketukan di pintu pula berkumandang. Inspektor muda berkulit cerah itu mengangkat muka.

  " Masuk" tegas suaranya jelas kedengaran.

  " Selamat pagi Tuan! Amboi Tuan, garangnya hari ini. Muka jangan ketat sangat Tuan,nanti jodoh susah lekat!" seloroh teman sekerjanya Inspektor Dani Ilham yang baru mendirikan rumahtangga sebulan yang lalu.

  "Pagi! Eh,mana ada ketat? Aku tengah senyum ni kau tak nampak ke?"balasnya sambil tersenyum sumbing yang sengaja di buat-buat.

  "Kau dah sarapan ke? Aku tak sempat la tadi wehhh..lapar nii..."Inspektor Dani membuat muka manjanya sambil tangannya mengusap perut.

  " Belum. Kau tengok ni dengan fail bertimbun atas meja aku, kau rasa aku sempat ke nak sarapan?Yang kau tu dah ada bini pun tak sempat sarapan jugak ke? Tak kan asyik nak breakfast bed je sampai tak sempat turun dapur kot?" Inspektor Aneef menjeling seolah memerli temannya itu.

  "Uihhhh...breakfast bed tu wajib! Sebab breakfast bed la aku lewat masuk ofis ari ni kau tau tak?Ngee.....kau mana tau apa! Awek pun tak de! Orang suruh kawen jual mahal dah tu membujang la sampai tua!" Inspektor Dani juga tak mahu kalah bertingkah.

  " Aku bukan jual mahal. Cumanya jodoh tu belum sampai! Aku bukan memilih tapi kalau boleh aku nak cari perempuan bukan betina! Zaman sekarang ni susah nak jumpa perempuan. Yang banyaknya betina ada lahhh...Kalau dapat yang dara tu pergggghhhh!!! Tak makan satu hari pun tetap rasa kenyang kau tau!!!" sengaja dia menekankan perkataan dara kerana mahu mengingatkan temannya bahawa dia bukanlah memilih sembarangan. Inspektor Dani kelihatan sudah ternganga mendengar jawapan panjang lebarnya itu.

  "Wehhh...jomlah makan! Aku dah lapar ni! Aku belanja kau! Roti canai dua bijik sudah, jangan mengada nak mintak tambah!"Inspektor Dani mengangkat jari telunjuknya tanda mengingatkan. Sifat kedekutnya semua orang tahu. Isterinya pun tak mampu mengubahnya lagi setakat ini.

  "Ceh! Nak belanja tapi kedekut! Tak payahlah wehhh...simpan je duit kau tu! Aku boleh bayar sendiri. Setakat roti canai dua bijik mana nak kenyang. Aku tangki besar. Alang-alang nak belanja satu kedai mamak tu aku nak! Dah! Jom!Naik kereta aku! Lambat aku tinggal!"Inspektor Aneef bingkas bangun menuju ke pintu.

  "Kerek la kau! Poyo! Ish,aku tumbuk jugak mamat ni!" rungut Inspektor Dani dari belakang.

                         
                      🌷🔫🔫🔫🌷

  Baju seragam PDRM di tanggalkan  dan di sangkut di kerusi tempat duduk masing2. Sengaja mereka berbuat demikian untuk mengelakkan diri mereka di kenali dengan pangkat Inspektor yang di sandang. Cukuplah dengan seluar seragam biru gelap dan kasut hitam  berkilat yang di pakai melambangkan mereka adalah anggota polis. Yang lainnya biarlah menjadi rahsia.

  " Mau makan apa Tuan hemsem?" mamak kedai menyapa mesra sambil tersenyih.

  "Teh tarik satu, roti telur 2 bijik, kuah banjir taruh atas!"pesan Inspektor Dani sambil meniru percakapan mamak tadi.

  "Saya pun teh tarik satu,roti kosong dua kuah banjir,telur setengah masak dua biji,telur rebus pun dua biji. Tu je."Inspektor Aneef memandang mamak sekilas tanpa senyuman. Ternyata ketegasannya tidak boleh dipisahkan dari seorang Aneef Anaqi. Mamak berlalu pergi setelah selesai mengambil pesanan.

Miss U ❤ Abang InspektorWhere stories live. Discover now