Bab 20

36.6K 545 40
                                    

💘🔫 "Pistol & peluru berpisah tiada, Begitulah juga aku & kamu"

Kereta Toyota Caldina Aneef memasuki perkarangan rumah teres dua tingkatnya. Maira di sisi di pandang tajam. Masih menangis ketakutan.

"Tunggu apa lagi? Keluarlah!"

Aneef menengking Maira. Muka Aneef merah padam.

"Abang... Tolong lepaskan Maira abang.. Tolong jangan pukul Maira lagi.. Tolong abanggg.."

Merayu-rayu Maira meminta simpati suaminya itu.

Aneef keluar dari keretanya. Pintu Maira pula dibukanya. Tubuh kurus Maira dicempung keluar. Meronta-ronta Maira meminta dilepaskan.

"Aku suruh kau keluar elok-elok kau tak nak keluar. Kau jangan cabar aku sangat Maira!"

"Abang... Maira mengandung ni abang.. Kalau abang tak kesiankan Maira sekalipun tolonglah kesiankan anak kita ni.."

Maira merayu lagi. Aneef membaringkan Maira di sofa ruang tamu.

Maira dipandang penuh nafsu. Aneef dilihat seperti bukan dirinya. Macam dipengaruhi sesuatu. Maira yang tak henti-henti merayu tidak dipedulikan.

Sementara Dani pula kalut menghubungi kawan-kawannya untuk meminta bantuan. Risau Aneef bertindak di luar kawalan. Sangkanya Aneef sudah pulih sepenuhnya dari kesan pil XTC itu selepas 13jam kejadian itu berlaku namun ternyata ianya silap.

Tuan Razlan terpaksa diberitahu. Tidak mahu dia terkejut dengan penangkapan Aneef secara tiba-tiba nanti. Bukan penangkapan atas kesalahannya tapi lebih kepada proses untuk memulihkannya dari kesan pil itu yang mungkin bertindak balas dengan kuat mengikut keadaan tubuh dan darah seseorang.

"13 jam tak cukup untuk kita pulihkan dia Dani. Sekurang-kurangnya kuarantinkan dia sehingga 48jam dan pantau dia hingga kesan amphetamine dalam tubuh dia benar-benar hilang baru benarkan dia balik. Kenapa kamu tak halang dia tadi? Sepatutnya kamu jangan benarkan dia bawa isteri dia balik lagi. Bawah pengaruh dadah macam-macam dia boleh buat. Hantar bantuan cepat. Apa-apa nanti update saya semula."

Arah Tuan Razlan tegas. Dani menurut sahaja tanpa bantahan.Tuan Razlan memang mengambil berat soal kebajikan anggota-anggota dibawahnya.

"Baik Tuan. Maaf Tuan saya cuai terlepas pandang perubahan sikap Aneef. Terima kasih Tuan."

Talian telefon dimatikan. Lantas dia turut bergegas ke rumah Aneef.

Aneef sudah mula naik hantu. Baju t-shirt long sleeve Maira direntap dibahagian bahu. Maira sekuat hati menolak Aneef yang duduk di atasnya untuk membolehkan dia bangun.

Perut Maira terasa senak kerana kekuatan Aneef yang tidak mampu dilawannya. Aneef kembali mengganas dengan bibir Maira dilumati. Tersekat-sekat nafas Maira dibuatnya.

Maira memeluk leher Aneef kuat. Kedudukan Aneef kini meniarap di atas tubuhnya. Maira cuba melepaskan bibirnya dari bibir Aneef. Berjaya.

Bibir Maira menghampiri telinga kiri Aneef. Maira berselawat cuba menyedarkan Aneef.

"Abang... Maira sayang abang... Maira sayang abanggg..."

Suaranya sedikit sebak. Selepas apa yang sudah Aneef lakukan padanya,dia juga sudah tidak tahu masih adakah rasa sayang itu.

Aneef bangun dan menyandar di sofa. Kepalanya terasa sakit yang teramat. Pening dan mual. Bergegas dia berlari ke sinki dapur.

Aneef memuntahkan segala isi perutnya di situ. Tetapi kepalanya masih terasa sakit. Air di sinki ditutup. Dia cuba mengatur langkah perlahan-lahan ke ruang tamu semula.

Miss U ❤ Abang InspektorWhere stories live. Discover now