Bab 43

22.9K 592 35
                                    

💘🔫"Pistol & peluru berpisah tiada, Begitulah juga aku & kamu"

Tengku Hakim Fahri

   "Hakim... Semenjak dua menjak ni kamu jarang sangat lekat dekat rumah kan? Pergi mana? "

  Soal Tengku Faridah kepada anak bujangnya itu. Hakim yang baru pulang dari rumah Aneef merebahkan dirinya di atas sofa di ruang tamu rumahnya.

  "Tak pergi mana pun ma... Baru balik kerja la ni.. "

  Bohongnya. Bukan niat mahu menipu mamanya itu tetapi kalau diberitahu nanti takut pula mamanya bising.

  "Hakim.. Waktu kerja kamu tamat pukul 5 tau! Ni pukul 9 malam baru terpacak kat rumah. Padahal tempat kerja kamu dengan rumah kita ni bukan jauh pun. Setengah jam pun tak sampai tau! Pergi rumah Aneef kan? "

  "Kalau mama dah tahu tanya buat apa lagi ma? Yelah... Adik memang pergi sana. Tolong Maira uruskan Aneef. Kan mama jugak kata kita kena bantu diorang.. "

  "Memanglah mama cakap macam tu.. Tapi tak manislah kalau hari-hari pergi. Kamu ni nak uruskan Aneef ke uruskan Maira? Jangan buat hal Hakim.. Maira tu isteri orang. Isteri kawan baik kamu pulak tu! Nanti jadi buah mulut orang tak elok! "

  "Ma... Maaf ye kalau adik terpaksa menjawab. Bukan niat adik nak melawan mama tapi apa yang mama fikir tu adik takkan buat. Adik dah besar ma.. Adik tahu apa yang betul apa yang salah. Jangan risaulah.. Adik takkan hancurkan rumahtangga kawan baik adik sendiri. Adik cuma nak bantu Aneef je. Kesian Maira tu. Mana dia boleh nak angkat Aneef uruskan ke sana sini dengan anak kecik lagi. Kesian dia ma... "

  Hakim terus bangun melangkah ke biliknya. Malas dia mahu menahan telinga dileteri mamanya lagi. Tak tolong salah, dah tolong macam-macam bunyi pulak.

  "Hakim nak pergi mana tu? Ha, tulah! Bila mama cakap tak nak dengar. Nanti esok orang cakap tak elok pasal kamu siapa nak malu? Mama jugak tau! "

  Hakim yang sedang memanjat anak tangga berhenti seketika. Dia menoleh ke arah Tengku Faridah.

  "Ma, orang yang selalu cakap pandai tu hanya tahu fitnah-fitnah orang lain,cari salah orang lain je! Bukan nak menolong meringankan beban pun. Adik tolong Aneef dengan Maira tu ikhlas tau! Tak ada niat lain pun! Adik ada maruah la ma! Takkan sebab cinta adik nak gadaikan maruah adik? Mama kata mama sayangkan Maira dan Aileen macam keluarga kita sendiri. Tapi apa yang mama cakap sekarang ni macam nak jauhkan Maira dan Aileen dari kita je. Apa salahnya kalau adik bantu diorang? Kenapa kena dengar cakap orang lain? Selama hari diorang ada hulurkan bantuan tak? Tak kan? Dahlah ma! Adik naik bilik dulu. Letih. Esok pagi adik ada meeting."

  Tengku Faridah terus terdiam. Betul juga apa yang dikatakan anak terunanya itu. Takkanlah sebab kawan-kawannya beritahu mereka nampak Maira dan Hakim naik satu kereta dan mesra bergelak ketawa terus dia nak kata Maira curang dan anaknya sendiri sanggup rampas isteri kawan baiknya? Sedangkan dia tak ada bukti langsung untuk menuduh mereka telah membuat maksiat bersama, salah cakap kan dah mengundang fitnah? Sesalnya dia dah salah menilai kebaikan anaknya sendiri.

  Mengucap panjang dia kerana telah bercakap benda yang tak sepatutnya dengan Hakim. Dia tahu anaknya baik dan takkan menyakitkan hati orang lain.

  Hakim yang baru lepas mandi merebahkan dirinya di atas katil. Gambar profile whatsapp Maira direnung di dalam telefon bimbitnya.

  "Maira...abang tahu abang takkan dapat memiliki Maira tapi abang nak Maira tahu yang abang akan sentiasa ada dengan Maira di waktu susah dan senang. Abang sedar siapa abang...  Abang tak layak untuk dapatkan Maira. Abang cuba untuk jauhkan diri dari Maira tapi abang tak sampai hati tengok Maira susah sendirian! Abang sanggup berkorban perasaan abang sebab abang nak tengok Maira dan Aileen bahagia! "

Miss U ❤ Abang InspektorWhere stories live. Discover now