Page 10

538 22 2
                                    

"Bukanlah! Saya bukan pandai bergolek tetapi saya pandai gelek. Bukan setakat itu sahaja, saya juga pandai menari. Encik mahu lihat tarian ciptaan saya? Namanya pocong-pocong." Popcong bingkas berdiri dan menggoyangkan pinggulnya. Para hantu yang lain mula bertepuk tangan apabila melihat Popchong menggoyangkan pinggul ke kiri dan kanan seperti penari dangdut.

"Sudah, cukup! Saya bukannya hantu kebudayaan. Mahu melihat tarian." Encik Baha ulu mula mengurut tekak. Loya melihat tarian tadi. Dia menelan air liur yang terasa payau. Silap haribulan boleh muntah hijau!

"Encik Baha ulu, Encik Baha ulu! Kami lagi hebat dari mereka berdua." Jerit Pontiana sambil mengangkat tangan. Pontiani pula yang duduk disebelah mengangguk setuju.

"Ya, pontianak. Ceritakan kehebatan kamu itu." Encik Baha ulu mengalihkan pandangannya ke arah dua ekor pontianak tersebut. Dia yakin kali ini dia telah bertemu dengan hantu yang ada aura menyeramkan. Siapa yang tidak kenal dengan pontianak. Hantu yang cukup ditakuti oleh manusia sejak dari zaman dahulu kala.

"Sekejap ya. Saya mahu pakai bedak." Pontiana segera mengeluarkan bedak wajah lalu meneyeh span ke wajah. Cis! Sempat lagi bersolek. Memang gedik sungguh! "Okey, wajah pun sudah nampak pucat. Maaf lambat, hehehe. Kehebatannya ialah, kami berdua boleh terbang dan melakukan pertunjukan di atas udara. Oleh itu, kami sedia menerima undangan untuk membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan atau sambutan hari jadi. Bila-bila masa dan di mana sahaja. Hanya dail 1-800-PONTI." Huh! Rupanya hantu itu mahu buat promosi. Buang masa sungguh!

Pontiani pula menyambung, "selain itu, kami juga hebat dalam..."

Tiba-tiba Boyol mencelah "Melanggar tiang lampu. Hahaha...!" Habis gamat satu kelas dengan gelak tawa para hantu.

Encik Baha ulu menggetap bibir. Dia mengurut dada yang sudah turun naik seperti pam. Hidungnya kembang kempis seperti mahu keluar api. Sabar sahajalah dengan hantu-hantu Seram Bangsar ini.

"Ah! Kau orang semua memang hantu tidak guna! Adakah itu dipanggil hebat? Encik Baha ulu, saya tahu apa yang encik mahukan. Encik mahu cari hantu yang ada potensi dan boleh membanggakan hantu-hantu di Malaysia bukan? Jangan bimbang. Hantu itu ada di sini. Sayalah hantu itu." Langsiwei yang tadi duduk bersidai di tepi tingkap, mula bersuara. Semua hantu terdiam kerana Langsiwei adalah hantu yang sangat terkenal dengan sikap garang mengalahkan memerang.

"Oh ya, hantu langsuir. Sememangnya kamu salah satu spesis hantu yang sangat terkenal. Apakah kehebatan kamu itu. Menggigit dan menghisap darah sehingga kembung perut?" Encik Baha ulu mengangkat ibu jari tanda bagus kerana Langsiwei telah memarahi hantu-hantu yang lain bagi pihaknya.

(Preview) Hantu Mahu Popular.Where stories live. Discover now