PROLOGUE

10.1K 621 29
                                    

Aku menyisip air teh yang mama telah beri tadi dan meletakkannya di atas meja di hadapan kami. Aku duduk di atas sofa sambil memeluk lutut. Mataku memandang tepat ke arah mama dan aku memberi satu ekspresi tanda tanya pada mama.

Mama yang berada di sebelah memandangku sekilas sebelum kembali menatap televisyen bersama sebakul bertih jagung di atas ribanya.

"Mamaaaaaaaaaa!"

Berita yang mama sampaikan sewaktu makan malam tadi betul-betul mengganggu gugat segala jenis sistem dalam otak aku. Aku tak kisah sebenarnya tapi...

"Maaaaaaaaaaaa!" Rengekku lagi.

"Tapi kenapa mama? Kenapaaaaaaaaaaa??"

Mode drama queen activated.

Mama yang dari tadi sibuk mengunyah popcorn sambil mata tak lekang dari menonton sitkom Friends di TV akhirnya bersuara,

"Why? Because I said so. No more buts and whys. Period." Kata mama tanpa memandang aku yang tengah struggle buat muka kesian nak minta raih simpati macam anak kucing nak ikan lebih. Okay merepek.

"Mama boleh je tolak offer tu kan?" Ya guys, aku cuba untuk bernegotiasi dengan mama aku.

But you know moms.

Tak akan kalah.

Mama akhirnya meletakkan popcornnya di atas meja dan kini matanya memandang tepat ke arahku.

" Sayang mama dengar sini, it's a great opportunity and plus, mama dah terima dah pun tawaran bos mama tu. So right now, Nur Adriana Delisya Binti Ahmad Faisal, be a good daughter and pack your things. NOW!"

Penekanan pada ayat 'now' disertai dengan pembesaran mata pada faktor skala dua adalah amat menakutkan ya geng, terutamanya bila yang berbuat sedemikian itu para ibu.

Cuba untuk jadi anak yang solehah, aku pun tanpa berbasa basi terus masuk ke dalam bilik, mula mengemas seperti yang telah di arahkan cik puan mama tadi.

Oh ya,

perdebatan dan perbalahan ni berpunca daripada aku sendiri sebab aku taknak pindah sekolah.

Ya guys, cerita ni pasal protagonis yang masuk sekolah baru. Aku tahu, klise bukan? Tapi cerita baru nak mula so sila sambung baca.

Oh ya, sebelum aku terlupa, nama aku seperti yang mama seru tadi, Nur Adriana Delisya Binti Ahmad Faisal, memiliki wajah persis mamaku sebab hey, dia mama aku so layaklah kalau muka sama kan? Lol.

Aku dah capai umur 17 tahun. Memiliki sepasang mata dan alis yang mampu mencairkan hati kaum adam yang memandang.

Cewah.

Seorang muslimah yang biasa tetapi tetap up-to-date dengan fesyen terkini, kecuali fesyen tu melanggar hukum syarak.

Nasihat ringkas dari Adriana Delisya okay?

Buat sesuatu yang tidak diredhai Allah adalah sesuatu yang merugikan dan berdosa. Apa yang nak dibanggakan aset yang besar dan pinggang yang ramping? Seronok ke jadi tatapan kaum Adam yang memiliki sembilan akal dan satu nafsu tetapi sesetengah daripada mereka tak boleh nak menggunakan sembilan akal untuk melawan satu nafsu lepas tengok kalian-kalian yang sebegitu rupa?

Anda mungkin disanjung tinggi oleh sekalian manusia yang memandang, tetapi tidak di sisi Allah.

So guys, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul, okay?

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Anyways,

Aku kena pindah sekolah baru sebab mama dapat tawaran kenaikan pangkat. Peluang cerah siapa tak nak kan? Aku tumpang gembira untuk mama tapi masalahnya, syarat kenaikan pangkat ni ialah mama kena pindah ke salah satu cawangan syarikat yang ada kat Malaysia ni.

Bila mama kena pindah, secara tak langsung adalah satu kewajipan yang aku kena ikut sekali memandangkan adik perempuan aku tinggal dengan ayah kitorang sejak parents kitorang berpisah. Tapi kitorang boleh je berjumpa kalau nak and hubungan parents kitorang pun alhamdulillah baik macam tak pernah ada masalah.

Tapi kenapa berpisah?
Biarlah rahsia.

Okay, itu sedikit sebanyak sejarah keluarga aku. Tadi rasanya aku tengah ranting sebab taknak pindah sekolah baru kan?

Kenapa?

Umum mengetahui bahawasanya setiap kali pindah sekolah, semua kena baru; sekolah baru, kawan baru, persekitaran baru, cikgu baru, crush baru (eh?) dan mungkin musuh baru lol. Jadi, sebagai seorang introvert yang tinggal dalam perut bumi kerana ke-introvert-annya, menghasilkan sesuatu yang baru is a big no no for me.

Tak payah nak cakap introvert lah, korang yang tak introvert pun mesti payah nak buat kawan baru dekat tempat baru kan? Unless korang jenis yang pandai buat kawan dan senang bergaul dengan orang sekeliling.

Haih.

Tapi apakan daya, takdir memang nak aku keluar dari bawah tempurung kelapa ni dan bertemu dengan homosepiens yang baru dekat sekolah tu nanti.

Jadi di sini lah aku, tengah gigih mengeluarkan baju di dalam almari dan melipatnya dengan kemas sebelum dimasukkan ke dalam bagasi.

"Rian nak mama tolong?" Mama berdiri di depan pintu sambil tersenyum memandang aku yang dikelilingi baju yang berselerak di atas katil.

"Boleh juga lah ma. Heeee"

Mama duduk di sebelahku dan mula membantu. Kami bersembang sedikit sebelum mama meminta diri untuk tidur.

"Rian tak payah sedih sangat lah ye? Tempat baru, pengalaman baru, memori baru. Okay sayang?" Mama mencium pipiku sekilas.

"Okay mama. Good night."

"Good night sayang." Mama menuju ke pintu dan mematikan lampu bilik sebelum menutup pintu.

Ding!

Aku mengambil iPhone yang terletak di atas meja lampu dan membuka aplikasi Instagram.

Bukan sesiapa, cuma beberapa artis yang aku telah hidupkan notifikasi mereka je. Seronok tengok orang bahagia ni, tapi lagi seronok kalau kita sendiri yang bahagia macam diorang.

Aku menekan gambar dua kali yang bererti aku telah like gambar mereka. Insecure nya lahai tengok orang lawa-lawa ni. Hmm.

Take note ya guys, kita bukannya tak lawa, cuma tak berduit je.

Husnudzon.

Untuk tidak bersikap lebih insecure terhadap diri sendiri, aku pun meletakkan semula smartphone di atas meja lampu dan menyelubungi diri di dalam selimut.

Tempat baru, pengalaman baru, memori baru.

We'll see.

NERDS Where stories live. Discover now