• 21 •

2.9K 229 38
                                    

Third person's POV

Fai men-touch-up gincu yang mengoles bibirnya di cermin. Matanya memandang sekilas ke arah Nana dan Kikin yang ralit membaca buku.

"Hai, rajinnya you guys. Tak pernah-pernah korang baca buku tiba-tiba tunjuk rajin pula ni kenapa?" Dia kemudiannya menjeling mereka berdua sebelum kembali menatap dirinya di cermin.

"Tak apa lah tunjuk rajin, daripada tunjuk bodoh macam you, apa pun tak dapat." Kata Kikin perlahan disertai dengan gelak kecil daripada Nana.

"Ha, mengumpat I lah tu!" Fai menutup cermin make-upnya kasar dan memandang kedua-dua rakannya silih berganti.

"Eh, jangan perasan. Tahu you tu famous, tapi kitorang tak ada masa nak bercerita pasal you 24/7 lah."

"Eleh cakap je lah you guys dengki dengan I. Kan?"

Sebelum Nana berkata apa-apa, pintu dibuka dan kelihatan Wendy mengambil tempat di sebelah tingkap sebelum rokok dinyalakan. Dia hanya tersenyum sendiri.

"Yang you pula kenapa? Dah buang tebiat, nak mampus? Tiba-tiba senyum sorang-sorang ni."

"I did a good deed today." Asap dihembuskan ke luar tingkap menikmati aroma rokok yang bakal menjadi asbab penyakit kanser kepadanya 30 tahun akan datang.

Jika dipanjangkan usia.

"Did did did apa ni? You did a good deed?? That's so not you. Heh." Fai memeluk tubuhnya memandang Wendy.

Wendy buat baik? Hoax je semua ni. Sepanjang dia mengenali rakannya yang satu itu, dua benda saja yang dia selalu buat.

Memakai pakaian serba hitam dan melakukan kejahatan.

"Oi, aku tak adalah sejahat yang kau sangka." Wendy menegur Fai yang termenung jauh tentang dirinya.

Dia hanya menjelingkan mata dan meletakkan dagunya di birai tingkap.

•-•

Adriana's POV

"Rayyan, ni macam mana?" Aku menunjukkan soalan Matematik Tambahan di dalam buku kepadanya.

Rayyan hanya mengendahkan pertanyaan aku dan tetap fokus menelaah buku di hadapannya.

Aku memandang Edward yang berada di sebelah kananku dan menanyakan soalan yang sama kepadanya.

Edward mengambil buku dari tanganku dan menulis sesuatu.

Macam ni lah kawan sejati ya kawan-kawan? Bila kita tanya soalan yang tak faham dia terus buatkan jawapan tanpa kita faham apa sebenarnya yang dia buat.

Edward menyerahkan buku semula dan menyambung menyelesaikan soalan di dalam bukunya.

Dan dukacita dimaklumkan bahawa apa yang tercatat di dalamnya amatlah menghampakan.

'Tanya Nazri.'

Aku hanya mencebik dan memusingkan badan ke belakang.

"Nazri~" Panggilku mendayu-dayu.

Aku mempamerkan muka jelik selepas aku memanggilnya begitu.

Cringe.

Nazri hanya berdehem. Matanya tidak lekang daripada membaca buku rujukan Kimia setebal 799 muka surat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NERDS Where stories live. Discover now