Bab 22

6.8K 203 3
                                    

"Apa yang Kak Hani tahu pasal abang? Means, his past.?"

Aku hanya mendiamkan diri saat pertanyaan itu keluar dari mulut Raisha. Hati mulai sebak kerana teringatkan kejadian aku ke rumah Inn tempoh hari.

Aku cuba untuk menahan supaya tidak jatuh air mata saat ini. Aku menyandarkan kepala ke sofa kerana kepala mulai sakit semula.

"Kak Hani, please la. Tolong cerita dekat adik. Sebenarnya dah lama kami cuba pujuk abang untuk dia cerita about his past kat Kakak. Tapi u know la kan macam mana perangai abang tu. Dia berkeras untuk tak cakap dekat akak." Raisha sudah mula menyiasat.

"Sebenarnya adik, Kak Hani pergi rumah abang hari tu. Dah lama akak nak pergi sebab hati akak ni asyik nak pergi je sana. Akak dapat rasa yang abang Inn tu ada sorokkan something dengan akak. Bilik stor bawah tangga." Aku mengeluh perlahan semasa mulut mengucapkan kata. Sungguh hati ini jadi sebak. Aku tidak dapat mengenang saat-saat aku masuk ke bilik itu.

"Kak Hani dah tahu rahsia bilik stor tu." Raisha sudah mula cemas. Nada suaranya ada sedikit getar.

Aku mengangguk mengiyakan.

"Raisha tolong, tolong ceritakan kat Kak Hani siapa yang dalam gambar tu dan siapa pemilik barang-barang dalam bilik tu." Air mata sudah jatuh ke pipi sambil tanganku memegang kedua-dua belah tangan Raisha. Aku sudah merayu kepada Raisha supaya dia menceritakannya. Raisha juga sudah jatuh air matanya mungkin kerana dia kasihankan aku yang merayu di hadapannya.

"Kak, Raisha bukan tak nak bagitau tapi, better biar abang yang cerita. Raisha takut nanti kalau kak Hani dengar dari mulut orang lain, hati kak Hani akan lagi sakit. Raisha tak da hak nak ceritakan benda ni kak. Tapi, Raisha janji kak, Raisha akan suruh abang Inn datang sini untuk ceritakan semuanya kat akak." Raisha sudah rasa bersalah. Dia mengalihkan pandangan mata ke arah pintu. Tidak sanggup dia melihat kakak iparnya yang sedang menangis dihadapan sekarang ini. Dalam hati dia sedang memaki hamun abangnya.

Sanggup abangnya memperlakukan sebegitu rupa kepada isterinya.
"Abang memang jahat!" Jerit hati Raisha sekuat-kuatnya.

Dia memeluk erat tubuh aku yang masih dalam esakan. Saat ini aku hanya perlukan seseorang untuk berada di sisi. Kehadiran Raisha di rumah dianggapkan boleh meleraikan segala tanda tanya. Namun, gadis itu tetap tidak menceritakan hal yang sebenar.

Aku faham perasaan gadis itu. Dia cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan kami supaya tidak berantakan. Namun, perbuatan abangnya itu telah melenyapkan segala kepercayaan aku.

Mengapa begitu susah untuk berterus terang? Siapakah aku disisinya? Bermacam persoalan kembali bermain dalam fikiran.

Hari sudah menganjakkan kepada waktu senja. Aku sudah bertekad aku tidak lagi mahu menangis. Raisha juga sudah pulang petang tadi. Aku bercadang untuk mengambil cuti selama dua bulan. Cuti tanpa gaji. Aku sudah tidak peduli. Saat ini aku hanya perlu untuk menenangkan diri.

Aku naik ke bilik untuk mengemas semua pakaian selama dua bulan. Dalam tempoh itu, aku akan pergi jauh dari semua masalah yang melanda.

Selepas semuanya selesai aku memasukkan bagasi ke dalam kereta. Aku akan bertolak ke tempat yang ingin aku tuju selepas isyak nanti.

Sebelum bertolak, aku ke rumah Sherry. Aku hanya ingin memberitahu tentang keberangkatanku ke suatu tempat. Tetapi aku tidak memberitahu kemana tempat yang aku akan pergi itu.

"Hani, kau ok tak ni? Muka sembab je. Menangis ke?" Sherry seperti biasa. Faham sahaja apa yang aku lalui.

"Sherry, aku nak pergi tenangkan fikiran about 2 months. Kau boleh tolong tengok-tengokkan rumah aku tak?"

"Ok aku akan tolong tengokkan. Tapi, kenapa kau buat keputusan macam ni? Kau nak pergi mana? Sherry mula menyoal. Kawannya yang dulunya ceria, kini tidak lagi. Kini, wajah kawannya itu penuh dengan masalah. Sherry dapat merasakan perubahan itu.

"One more thing, kalau ada orang cari aku, kau cakap je tak tahu. I will be fine." Aku memeluk erat tubuh Sherry.

Sherry yang sepertinya tahu akan masalah yang aku hadapi ini hanya membiarkan aku memeluknya erat. Dia kemudiannya membalas pelukkan dengan membelai lembut belakang tubuhku.

"Hani, pergilah cari ketenangan. Aku akan pegang janji ni." Sherry mulai sebak. Dia tidak sanggup melihat wajah aku saat ini.

Aku meninggalkan kuala lumpur dengan hati yang berat. Tetapi, aku cuba untuk menceriakan hati. Aku memandu laju memasuki lebuh raya.

Niat di hati aku akan sampai ke destinasi sebelum subuh menjelma.

Setelah hampir lima jam memandu, aku tiba di destinasi. Rasa lega hatiku melihat rumah yang ada di hadapan mataku saat ini. Aku sungguh rindukan suasana kampung ini. Aku membuka kunci dan kemudiannya masuk ke dalam rumah itu. Aku cuba untuk merebahkan badan ke atas katil yang sudah lama tidak dihuni itu. Sungguh aku rindukan segala-gala yang ada di rumah ini. Ya, inilah rumah kampung ku. Dan rumah inilah juga tempat yang sering aku datang jika punya masalah.




Please vote uolls...
Hani dah bawak diri.
Padan muka Inn.

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora