tiga puluh-tiga

1.1K 112 14
                                    

Lenganku direntap sebaik sahaja aku keluar daripada stadium mini sekolah. Aidan dengan nafas tercungapnya mengheretku ke hujung deretan loker. Tubuhku ditolak pada dinding.

Aidan bercekak pinggang dan memandang aku dengan wajah berangnya. Sejak pagi tadi aku elak dari bertemu dengannya. Sekarang aku dah tertangkap.

"Kenapa kau lari?" soalnya mendatar. Mulutku separa terlopong.

"Baru kau nak tanya?" sinisku. "Kenapa kau tak terus keluar dengan Elisa? Tak payah nak sibuk cari aku!"

Aku menolak dada Aidan tetapi dia tidak menginjak.

"Look, aku dengan Elisa satu pack. Kitorang ada benda perlu selesaikan pagi tu. That's why aku rush pergi."

Entah penipuan atau kebenaran yang Aidan beritahu. Aku masih ragu-ragu.

"Oh, perlu ke suruh dia datang rumah?"

"Yes, aku minta dia drive. Sebab aku tak stabil lagi."

"Tak stabil sebab apa?" Langkahku mara ke hadapan membuatkan Aidan terundur selangkah ke belakang. Matanya masih memandangku.

"Kalau kau fikir yang aku ambil drugs, aku tak buat semua tu."

Dahiku semakin berkerut. Aku tak terdettik langsung yang Aidan ambil bahan terlarang. Dia baik sahaja malam tu dan berubah pagi hari itu juga.

Selepas aku mempersoalkan perbuatannya.

"No, of course not!" Kepalaku digelengkan. Matanya yang penuh kerisauan itu aku tatap. Aidan diam.

"Aku lagi risau fasal kesihatan mental kau. Ada something yang kacau fikiran kau, kan?"

"Tak, sumpa-"

Aku tarik lengan kirinya dan menyinsing lengan hoodie yang dipakainya.

"Habis tu, apa ni, Aidan? Kau tipu aku yang kau okay padahal kau tak!" tengkingku. Aidan tarik cepat-cepat semula tangannya dan menutup lengannya yang terdedah tadi.

Aidan mendengus kasar. "Benda bodoh aje. Kau tak perlu ambil tahu."

Apa fungsi aku sebagai Lunanya kalau aku tidak mengetahui rahsia gelapnya? Apa aku masih tidak layak menjadi tempat dia mengadu segala masalahnya?

"Aku nak tolong kau, Aidan. Tapi, kau sendiri pilih cara ni."

"Kau takkan boleh tolong aku, Mia. Bukan dalam perkara ni. Ni hal family aku."

Iyalah, aku ni bukan keluarga dia pun. Sampai bila-bila pun aku hanya cuma tempat dia menagih kasih apabila keluarganya hancur!

Sumpah, aku dah penat.

"Suka hati kaulah, Aidan. Cakap dengan aku bila kau betul-betul perlu. Aku memang dah biasa digunakan untuk puaskan hati orang!" Bahu Aidan aku tolak kasar dan mengangkat kaki keluar dari bangunan sekolah.

Aku benci Aidan!

×××

Sengaja aku datang ke kabin Zafril pada petang Khamis. Aku nak mandi sungai sekali. Jadi, aku mengajak Cairiel untuk ke sana bersama-sama. Maya juga ada di sana sebaik sahaja aku dan Cairiel tiba.

Kami tak janji pun nak lepak bersama-sama. Itu yang aku terkejut Maya muncul.

"Zaf, saya pergi kutip kayu api jap!" jeritt satu suara perempuan yang keluar daripada kabin pertama.

Zafril bawa awek dia sekali?

Aku fikir tiada orang asing. Niatku ingin menenangkan fikiran bersama orang yang rapat. Jikalau Syasya ada di sini, aku perlu berperangai senonoh. Nanti apa pula dikatakannya, kan?

Bad Beta ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant