13

1.3K 143 8
                                    


Jimin

"Kau pahal tibatiba buang tabiat nak datang rumah aku semata mata main game ni?", Yoongi akhirnya bersuara .

Ya aku memang gunakan 'nak main game' sebagai alasan sebab ada hal yang aku nak luahkan dekat Yoongi .

"Cakap je lah kenapa kau tiba tiba nak datang sini . Dah pukul 11 ni , esok nak sekolah", Yoongi mula merungut .

Aku meletakkan controller game di atas lantai dan duduk di atas katil berdepan dengan Yoongi .

"Aku ada benda nak cakap", aku menggaru garu kepala. "Ha apa dia? Cakap lah", Yoongi berkata sambil memasukkan buku buku latihan dalam beg sekolahnya .

"Aku sebenarnya , tak percaya pun yang Yunseo buat semua tu"

Yoongi perlahan lahan mengangkat kepalanya dan memandang aku . Aku menelan air liur.

"Maybe perasaan marah menyelubungi diri aku ni, sebab tu lah aku main lepas cakap je dekat dia . Aku sebenarnya tak maksudkan pun semua yang aku dah cakap tu", aku terangkan kepada Yoongi tapi Yoongi tiba tiba tergelak.

Apahal do dia ni?

"Aku dah agak dah", Yoongi bersuara . Ha? Dah agak? Dah agak apa?

"Kau suka dia kan sebenarnya?"

Aku terus memandang Yoongi . Aduh , apa aku nak jawab ni . Memang lah ada perasaan tu tapi aku nak buang perasaan tu sebab aku rasa yang Yunseo memang tak suka aku .

"Eh-eh a-apa kau cakap ni?", aku tergamam. Yoongi tergelak kecil.

"Nasihat aku, pergi lah minta maaf dekat dia . Kesian dia tu , nampak je kuat tapi banyak dia pendam", Yoongi memegang bahu aku . Aku hanya terdiam .

"Okay lah bye Yoongs!", aku cepat cepat keluar dari bilik dia dan menuju ke pintu . Yoongi hanya terpinga pinga duduk di atas katil .

Aku keluar . Aku berlari secepat yang mungkin . Sekarang dah pukul 11:12 . Yunseo tidur lagi ke tak eh? Aduhai , tolonglah jangan tidur lagi Yunseo.

Aku terus berlari sekuat hati ke arah rumahnya . Niat tadi nak tekan loceng rumah dia tapi tiba tiba ternampak satu susuk tubuh sedang berjalan di hadapan aku . Jarak antara aku dengan orang tu dalam 30 langkah .

Lama kelamaan aku berjalan dengan perlahan sambil mengecilkan mata untuk focus kepada orang yang sedang berjalan tu .

Yunseo.

Aku berlari dengan laju ke arahnya , sampai sahaja di depan Yunseo , aku memegang bahu dia .

Ekspresi muka dia memang terkejut , dahi dia berkerut , kening tu macam boleh bercantum dah .

"Eh apahal kau ni? Lepas lah", dia cuba untuk mengelak daripada aku . Marah ke kak?

"Ish , dengar lah aku nak cakap ni", aku cuba untuk pegang dia juga tapi dia tetap meronta ronta untuk menyuruh aku lepaskan dia .

"Aku tak percaya yang kau buat!", aku menjerit . Tiba tiba , Yunseo yang meronta ronta tadi berhenti dan tergamam . Dia menjauhi diri daripada aku dalam 3 langkah . Aku merenung tajam muka dia .

Dia tergagap gagap nak cakap sambil memeluk tubuhnya . "K-kau cakap apa ni?", Yunseo masih tak bertenang.  "Aku cakap , aku-sebenarnya-tak-percaya-yang-kau-buat-semua-tu", aku cuba menjelaskan satu demi satu dan memecahkan perkataan perkataan tu.

"Habis?! Kenapa kau main cakap je dekat aku macam tu hah? Hah?!!!! Budak ni memang nak kena ni!", Yunseo marah dan mula tendang aku dan juga pukul aku dengan penumbuknya tu . Haish dia ni perempuan ke lelaki?

"Dah laa ish ish dah!!!", aku merayu kesakitan . Akhirnya dalam seminit macam tu , Yunseo berhenti. "Sakit tahu tak", aku mencebik dan memeluk diri aku . "Tahu pun! Tapi sakit tu tak sesakit hati aku ni bila kau tak percaya aku hari tu!", dia terus menumbuk aku lagi .

"Sorry please . Aku memang ada rasa sangsi . Maybe perasaan marah tu dah kawal diri aku"

"Dan juga mulut", Yunseo sambung ayat aku dan menjeling .

Aku hanya terdiam dan tunduk ke bawah . Aku faham kalau dia tak nak maafkan aku sebab apa yang aku buat tu memang salah.

"Kenapa tak cakap awal awal? Kenapa nak kena marah aku sampai macam tu?", Yunseo bersuara . "Sorry", perlahan aku jawab .

"Okay fine , dah la , thankyou sebab percaya", Yunseo menguis nguis bahu aku . Aku perlahan lahan memandang ke arah dia . Aik? Senang betul dia maafkan aku? Aku dah ready dah nak kena tumbuk lagi tadi , tapi sekarang dia cakap thankyou pulak?

"Kau dah tak marah la ni?", aku bertanya seakan akan tak percaya dengan apa yang Yunseo cakap . "Marah tu ada lah sikit tapi sebab Jiwoo dah dapatkan bukti, so aku okay", Yunseo berkata . "Bukti? Bukti pasal tu ke?", aku terpinga pinga tak faham . Apa benda pulak ni?

"Bukti pasal aku tak mencuri . Apa apa jumpa esok lah . Segala bukti akan terbongkar", Yunseo tersenyum dan melajukan langkahnya ke rumah dia . Dia mengunci pagar sambil memandang aku dengan senyuman manis dia tu ehek.

Sweet kejap .

"Alaaa bagi lah tahu sekarang pelish", aku berusaha buat reaksi comel supaya Yunseo melting dan terus jelaskan dekat aku. "Ah takde takde , balik ah", dia langsung taknak pandang aku .

Aku mula berjalan . Tapi tiba tiba Yunseo pula yang jerit cakap sesuatu.

"Kalau betul aku tak buat dan bukti sampai kat tangan guru disiplin esok , jangan lupa yang aku akan tunaikan janji aku dengan menampar pipi kau yang comel tu!"

Alamak.
Dia nak tampar aku? Aduhai mati lah.

Eh jap tapi dia cakap yang pipi aku comel . Auch, terharu pulak . Aku mengelamun sambil memegang kedua dua belah pipi aku .

 Aku mengelamun sambil memegang kedua dua belah pipi aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

°°°

huehue hello .
Entah lah yang ni pendek ke panjang tapi words ni dah 800 lebih . Sorry kalau tak panjang sangat hueh.
dan sila lah ringankan tangan tu untuk tekan bintang tu kasi vote sikit (ok ely batak lagiiii)

Also, taktahu lah nak kasi yunseo suka jimin ke taehyung haha dalam dilemma ni huhu

it goes wrong | p.j.m [malay][√]Where stories live. Discover now