18

1.1K 70 3
                                    


Yunseo

"Kenapa Taehyung bagi roti tu kat kau eh?", Aeri bertanya.
"Dan kenapa kau tak makan roti tu?", giliran Jiwoo pula bertanya sambil mengusap usap dagunya tanda berfikir.
"Ha! Kau reject Taehyung eh!", Aeri bertanya , kalau boleh suara dia tu satu sekolah boleh dengar. "Ish apa benda kau merepek ni? Dia tak suka aku dan aku tak reject dia pun", aku jawab. "Eleh macam mana kau tahu dia tak suka kau? Bukti?", Jiwoo bertanya. "Dan macam mana kau boleh pasti sangat yang dia suka aku? Bukti kau pula mana?", aku menjawab. Jiwoo hanya menggeleng kepalanya.

Kami bergegas pergi ke kelas kerana waktu rehat sudah pun berlalu. Sampai sahaja di kelas, cikgu tak masuk lagi, nasib baik.

Satu kertas warna kuning ditampal pada laci meja aku. Aku mengerut dahi. Siapa lah pula ni nak kononnya bagi surat tak nak tunjuk muka? Malu malu kucing ke malu malu anjing?

Aku baca apa yang tertulis atas kertas tu.

-jauhkan diri dari dia.

Ni siapa pula nak hantar? Jiyeon version kedua ke apa? Ada lagi rupanya manusia macam ni dalam hidup aku. Dengan muka selamba aku, aku pun buang je lah kertas tu dalam tong sampah. Buat apa nak simpan? Lagi sakit hati ada lah.

+++

Loceng pun dah berbunyi, macam biasa aku orang paling last sekali balik. Disebabkan aku student yang last, cikgu pun minta tolong aku letakkan barang barang dia atas meja sebab dia nak pergi tempat lain sekejap.

Sesudah je aku letak barangan cikgu atas meja dia, aku pun berjalan keluar.
Tapi ada pula satu manusia langgar aku dari depan.
Kuat juga dia langgar sampai aku rasa aku nak terlentang kebelakang.
Nasib baik, ada orang sambut aku dari belakang.

"Eh sorry sorry" , student yang langgar aku tadi minta maaf. Aku tak boleh nak nampak muka dia sangat sebab rambut dia tutup muka dia. Aku hanya senyum je lah kat dia tanda aku okay dan tak marah . Tiba tiba orang yang sambut aku tadi kutip buku buku teks aku yang habis bertaburan di atas lantai.

"Eh takpe lah takpe, takpayah nak kutip, aku boleh buat sendi--"

Dia selak rambut dia.

Ohh, taeh o ais rupanya.

Dia tersengih. Menampakkan senyuman kotak dia tu.

"Nah", dia menghulurkan semua buku teks aku . "Apahal lah kau ni bawa buku teks dengan tangan, beg kan ada" , dia membebel. Kami berdua pun berjalan untuk turun . "Berat lah banyak sangat dalam beg. Dah la tak payah nak membebel" , aku jawab.

"Ha yelah yelah, okay bye sayang"

Sayang? Apahal dia ni?

"Sayang?!", mata aku terbeliak .

"Kenapa? Tak boleh ke?" , dia berlalu pergi dan mengenyit mata pada aku.

Dia ni gila ke apa?

Aku pun buat tak tahu jelah hal tadi. Mungkin dia melawak je tu. Tengah berjalan keluar , ada pula lah orang panggil aku.

Jimin rupanya. Dia berjalan ke arah aku sambil tersenyum.
Gugur iman kalau macam ni huaaaaaaa.

"Balik sama sama jom?" , Jimin memaut leher aku sambil berjalan.

"Iyelah boleh je"

"Ni kau bawa buku teks dengan tangan apa kena? Kau ni memang malas je kan dari dulu", Jimin berceloteh. "Eii kau ni kan", aku menayangkan penumbuk tangan aku di hadapan muka dia. Dia pun berlari anak. Aku pun apa lagi , kejar lah.

"Park Jimin jahat!", aku jerit.

Jimin menjelir lidah dia dan terus berlari ke hadapan.

"Budak jahat budak jahat!"

+++

unknown

"Park Jimin jahat!"

Jimin tergelak gelak berlari dari Yunseo. Yunseo mengejar Jimin sambil menehan gelaknya.

Benci betul tengok diaorang ni.

Menyampah lah. Nak muntah aku tengok.

+++

ui ui another updateeee

ui ui another updateeee

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
it goes wrong | p.j.m [malay][√]Where stories live. Discover now