1; Salah Siapa?

39 2 0
                                    

"Adah. Kau tak boleh sayangkan aku ke? Macam mana kau sayangkan arwah dulu?" Syed Ariff Razmi masih menanti jawapan Shuhada.

"Kau ni tak faham bahasa ke apa? Aku cakap aku cuma sayangkan dia seorang, jadi, aku takkan sayang siapa-siapa lagi." Shuhada pergi meninggalkan Ariff sendirian disitu.

'Adah. Kenapa susah sangat kau nak buka hati kau untuk mencintai orang lain? Arwah Aiman dah tak ada. Kau masih macam ni. Aku mampu jadi pengganti dia. Lagipun, aku suka kat kau dah lama. Lagi lama daripada Aiman suka dekat kau. Dalam hati kau cuma ada dia. Takde orang lain. Haih.' Keluh Ariff di dalam hati.

⚫⚪⚫

3 Tahun berlalu dengan sangat pantas. Kini, Nur Shuhada Laili sudah berjaya membuka restoran sendiri. Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Dia berjaya membuktikan kepada Ayahnya bahwa dia telah membuka restoran dengan usaha sendiri.

"Tahniah Lily. Ayah tak sangka Lily berjaya buka restoran ni. Yang pasti, Lily gunakan duit sendiri untuk buka restoran. Ayah rasa Lily pilih concept yang tepat. Restoran Lily pun ikut trend sekarang. Pasti ramai anak muda yang akan makan disini sebab mereka jarang masak di rumah. Lily kalau ada apa-apa dan perlukan bantuan ayah, telefon saja. Ayah sedia menolong." Ayah Shuhada memberikan komen positif tentang restoren dia.

"Terima kasih, ayah! Ayah nak makan apa? Hari ini Lily belanja." Shuhada tersenyum puas melihat ramai pelanggan pada hari itu. Dia yakin dia mampu untuk meyakinkan keluarganya yang dia juga boleh berjaya.

"Ayah datang untuk tengok progress je. Ayah taknak makan pun. Lily bila nak balik rumah?"

Soalan itu membuatkan Shuhada terdiam. Dia tahu dia sudah lama tidak pulang ke rumah ayahnya. Dia baru teringat bahawa rumah Ariff berdekatan dengan rumah ayah. Jika dia pulang, bermaksud, dia akan berhadapan dengan masalah. Ah, apa yang dia perlu buat kini? Dia tidak mahu menyakiti hati ayahnya. Tetapi, dia belum bersedia untuk berjumpa dengan Ariff. Dia buntu. Dia berfikir ayat yang agak sopan agar dia tidak menyakitkan hati ayah.

"Lily bukannya tak mahu balik. Cuma, Lily baru berjaya membuka restoran ini. Restoran Lily pun baru beroperasi. Tak sampai sebulan lagi. Takkan Lily nak tinggalkan pula. Lily janji, sabtu ni Lily balik ya." Shuhada beristighfar di dalam hati. Dia tersalah cakap! Nampaknya, memang dia akan berhadapan dengan masalah pada hari 'sabtu' itu.

"Baiklah. Jangan lupa ya. Hari sabtu ni kena balik rumah ayah. Mama pun memang dah lama nak jumpa Lily. No excuse! Faham tak, Nur Shuhada Laili?" Ayah Shuhada sengaja menyebut nama penuh dia. Dia mahu melihat sama ada Shuhada mendengar kata-katanya ataupun tidak.

"Faham ayah. Ye, no excuse. Lily wajib balik hari sabtu ni. Lily tahu." Shuhada hanya mengangguk tanda dia faham dengan kata-kata ayahnya.

"Okaylah Lily. Ayah need to go. Ayah balik dulu. Ingat apa yang ayah cakap tadi. No excuse. Assalamualaikum. Jaga diri Lily baik-baik. Jangan buat benda yang memalukan keluarga."

"Waalaikummussalam."

Shuhada menghantar ayah sehingga ke kereta. Ayahnya melambai sebelum kereta itu hilang daripada padangan Shuhada. Setelah kereta ayah hilang, Shuhada menyambung tugas yang tergendala.

⚪⚫⚪

"Adah! Finally! Balik pun kau. Rindu kau. Kau buat apa lama-lama dekat negara orang? Tak rindu aku ke? Kesian aku tunggu kau lama dekat sini! Kau bukannya nak call aku tanya khabar ke, belikan hadiah ke, carikan aku boyfriend mat saleh ke?! Hm. Dahlah aku duduk sorang-sorang kat rumah ni. Takde siapa teman. Nasib baiklah kau dah balik. So, aku tak payah lah duduk sorang-sorang kat rumah." Bebel Nabila sendirian. Bukannya si Shuhada dengar pun apa yang Nabila bebelkan.

"Kau bebel apa Bella? Aku bukannya dengar pun. Aku penatlah. Baru seminggu aku keluar. Tu pun aku tidur restoran. Restoran tu baru 3 minggu beroperasi. Tapi, penat dia lain macam. Tak faham lah macam mana orang yang ada banyak cawangan area Malaysia handle cawangan dorang. Aku ni baru handle satu restoran, tapi penat dia mengalahkan orang yang dah ada banyak cawangan. Haih. Bella, kau tak masak ke? Aku lapar lah. Tadi ayah aku suruh balik rumah. And kau tahu, aku tersalah cakap. Hm. Matilah aku."

"Aku masak lah. Sebab aku tahu kau nak balik lah aku masak. Kalau tak, jangan harap lah aku nak masak. Ha, tadi kau cakap ayah kau suruh balik kan? And then kau tersalah cakap. Kau cakap apa kat dia?" Nabila pun melabuhkan punggung di sofa. Dia duduk bersebelahan dengan Shuhada.

"Kau kenal Syed Ariff Razmi? Kau kawan dengan dia dah lama kan? Tak payah cakap kau tak kenal dia. Berani kau cakap kau tak kenal dia, mati kau aku kerjakan!"

"Yelah, aku kenal dia. Tapi, kenapa dengan dia? Kau nak kahwin dengan dia ke? Ayah kau pinang Ariff untuk kau? Family kau dengan Ariff kenal antara satu sama lain? Takkanlah kau nak cakap kau nak kahwin dengan Ariff?! Gila! Kalau betul, aku doakan kau bahagia dengan Ariff. Amin." Nabila melihat muka rakannya itu. Nampak sangat dia meluat apabila nama Ariff disebut.

"Kau merepek apa ni?! Aku dengan Ariff? Euw. Please lah Bella. Aku pun ada taste, okay. Takkan lah aku nak kahwin dengan dia. Oh, memang tak lah. Aku nak cakap yang rumah ayah aku dekat gila dengan Ariff. Sebab tu lah aku sentiasa mengelak daripada balik sana. Aku nak mengelak daripada berjumpa dengan mamat tu. Rumah mamat tu berhadapan dengan rumah ayah aku. Kau tahu kan dia obses dekat aku macam mana kan?" Shuhada menerangkan dengan panjang lebar kepada Nabila.

"Oh. Patutlah kau tak nak balik rumah ayah kau selama ni. Rupanya, kau mengelak daripada benda lain. Aku baru faham. Tapi, Ariff kan baik dengan kau? Kenapa kau perlu mengelak daripada jumpa dengan dia? Dia tak pernah pun sakitkan kau." Nabila cuba untuk melembutkan hati Shuhada supaya Shuhada berbaik dengan Ariff. Tetapi, belum tentu Shuhada akan berkawan mahupun berbaik dengan Ariff.

"Ye Bella. Memang dia tak sakitkan aku. Mungkin belum masanya. Kau tunggu ajelah nanti. Aku takkan berbaik dengan dia. Muktamad." Shuhada pun meletakkan kepala dibahu Nabila. Dia rasa tenang begitu.

"Kau marahkan dia sebab arwah Aiman tak terselamat kan? Tapi dia terselamat? Adah, bukannya salah dia kalau dia terselamat daripada kejadian 5 tahun lepas. Its totally not his fault. Mungkin masa Ariff belum tiba, jadi dia terselamat. Kau kena belajar terima takdir. Mungkin kau bukan ditakdirkan untuk Aiman. Mungkin jodoh Aiman di syurga. Kau tak boleh terus salahkan Ariff. For me, Ariff cuma tempat untuk kau lepaskan marah. Marah. Marah kau sebab kau tak boleh terima hakikat. Hakikat yang Aiman telah pergi tinggalkan kau. Betul? Berhentilah Adah. Berhenti benci dia. Dia tak salah. Kau tak boleh benci dia untuk selama-lamanya. Aiman pun kalau ada lagi sekarang ni, dia mesti tak suka kalau kau benci Ariff." Nabila melihat wajah Shuhada yang masam mencuka. Serik dengan perangai Shuhada yang satu ini, dia pun berdiam diri. Malas mahu menasihati Shuhada. Bukannya si Shuhada dengar pun.

"Easy for you to say. Bagi aku, Ariff tetap salah. Aiman tak reti berenang kot. Kenapa dia tak tolong Aiman? Aiman abang dia! Aku ulang, AIMAN ABANG DIA! Ariff boleh berenang tapi dia tak selamatkan abang dia. Masatu dia dengan Aiman bercuti dua orang. Takde orang lain yang teman dorang. Aku memang tak sedap hati, aku tak benarkan Aiman pergi. Tapi, Aiman berdegil. Dia pergi juga. Ariff sendiri yang buat aku benci dia. Aku benci dia! Sebab dialah, Aiman MATI! Bella, kau takkan faham apa yang aku rasa sehingga benda tu terjadi pada diri kau. Takde siapa yang faham. Apa pun yang terjadi, aku benci dia. So, kau jangan berani sebut nama dia depan aku! Faham?" Soal Shuhada dengan suara yang agak kasar. Dia tiada selera mahu makan. Dia hanya mahu berehat daripada hari yang memenatkan itu.

'Aku faham Adah. Kau sayangkan Aiman. Tapi, Aiman dah tiada. Kau kena redha. Kau kena ikhlas lepaskan dia. Aku tahu kau kuat Adah. Aku doakan kau semoga kau kuat hadapi segala ujiannya.'

⚫⚪⚫

1290 words.

Kata AkhirmuWhere stories live. Discover now