"Cinta bukan pilihan, Ia keperluan kepada setiap manusia." "Aku nak kahwin dengan kau! Tapi, itu pun kalau kau setuju. Aku takkan desak kau. Aku taknak orang kahwin dengan aku sebab terpaksa. Aku sanggup tunggu kau sampai bila-bila sebab aku dah taktahu macam mana nak tunjuk dekat kau yang aku sangat sayangkan kau." - Syed Ariff Razmi "Memang lah sekarang ni kau cakap kau tak paksa. Aku tahu hati manusia lain-lain. Aku taknak sakitkan hati siapa-siapa. Kau patut cari orang lain. Aku bukan tercipta untuk diri kau. Maaf." - Nur Shuhada Laili Remuk. Hancur berderai hati dia. Telah lama Ariff menunggu Shuhada untuk mencintai dirinya. Bertahun-tahun dia menunggu Shuhada. Pintu hati Shuhada tidak pernah terbuka untuk menerima dirinya. Dia tidak tahu lagi bagaimana mahu membuktikan yang dia benar-benar mencintai Shuhada. Shuhada tetap dengan keputusan dia, dia memilih untuk menolak Ariff. "Syed Ariff Razmi, listen to me. I'm swear, I really love you. I sayangkan you. I boleh jaga you. I takkan buat benda yang you tak suka. Please. Bagi I peluang tu. Takkan you masih nak tunggu dia yang tak pernah appreciate kewujudan you? I faham you sayangkan Adah tapi dia tak sayangkan you macam mana I sayangkan you. Tolonglah move on, Ariff. She already forget about you. I boleh jadi pengganti Adah, itu pun kalau you dah bersedia." - Nurul Adeena Syarmin Adakah Ariff akan berubah hati setelah hadirnya diri Adeena? Benarkah Shuhadah tidak menyayangi Ariff sebagaimana Ariff sayang terhadap dirinya? Mampukah Adeena merubah perasaan Ariff atau dia sendiri yang akan terluka?
3 parts