iktilat

1.7K 192 1
                                    

📍Ikhtilat📍

Apa itu ikhtilat?
.
📍Ramai di kalangan kita memahami bahawa ikhtilat adalah di antara pergaulan lelaki dan wanita. Apabila seseorang itu berkata "Jaga Ikhtilat sesama wanita dan lelaki", apakah maksud mereka?🤔. Definisi Ikhtilat: Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (bukan mahram) sama ada di tempat sunyi mahupun di tempat terbuka. Jadi sekarang kita dah memahami sedikit tentang apa itu ikhtilat. Ramai yang berada di dalam Group Usrah, Tazkirah ataupun Group Madrasah mesti akan menjaga ikhtilat mereka dgn yang bukan mahram. Tetapi juga tidak semua yang menjaga ikhtilat mereka. Kadang kala kita TERbebas bergaulan dgn seseorang yang bukan mahram kita. Jika kita ingin berbual dgn seseorang yang berlainan jantina, tidak salah cumanya elaklah diri itu daripada mengunakan emoji2 Mengorat, elaklah berpanjangan perbualan itu, elaklah dari berbual perkara yang tidak mendatangankan manfaat pada kedua-dua pihak. Jika bab pekerjaan boleh tetapi selepas itu habiskan sahaja perbualan itu disitu. .
📍Pasti ramai yang sudah mendengar surah ini disebutkan berkali-kali jika adanya ceramah bab ikhtilat, di mana Allah ﷻ berfirman di dalam Surah Al-Israa ayat 32: ‎وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا 📍Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
.
Juga di sebuah hadiths, Rasulullah ﷺ bersabda: 📍“*Tidaklah seorang laki-laki bersendirian dengan seorang seorang wanita (yang bukan mahramnya) melainkan syaithan yang ketiganya*.” (HR.Ahmad, Tirmidzi dan Hakim, dan Hakim menshahihkannya)
.
Ingatlah bahawa ikhtilat perlu dijaga. Jika ada kala kita betul-betul terlupa, istighfarlah dgn segera semoga dapat diampunkan segala kesalahan yang dilakukan dgn sengaja mahupun tidak sengaja.
.
Pesanan dari ana "*Janganlah kita sibuk memarahi seseorang kerana tidak menjaga ikhtilatnya sedangkan diri kita sendiri juga tidak menjaga ikhtilat kita*"
.
Semoga kita semua dapat beristiqomah dalam menjaga ikhtilat kita dan juga adab dalam perbualan dengan mereka yang bukan mahram

Wallahualam

Sekian, ‎

EXPENSIVE ?Where stories live. Discover now