Ujian cinta

1K 137 3
                                    

Semuanya berkaitan dengan hati. Saat hidayah datang menyapa, lembaran pintu hijrah dibuka, saat itu perlahan lahan hati kita melangkah untuk dekat dengan Allah, ingat dakap erat2 dengan Allah, Ketika itulah baru kita rasa betapa manisnya ukhuwah, baru kita faham apa itu usrah, baru berjinak jinak nak hadir majlis ilmu,dekat dengan orang yang soleh. Pada ketika itu, hati kita, jiwa kita, betul2 dekat dengan Allah.
.
. 💐 Allah uji melalui cinta makhluk. 💓

Sampailah satu masa, Allah datang menguji. kehadiran cinta makhluk mengubah segala galanya. Habis roboh, runtuh, tiang hijrah seorang muslimah tatkala hati tertaut dengan cinta makhluk. 🗣🗣💬
Hijrah mudah ? Ya ! mudah pada pengawalannya, tapi penuh dengan liku2 ketika dalam perjalanan menuju redhanya.

Pernah rasa ? Bila dalam proses hijrah, hadir seorang lelaki yang luaranmya kelihatan alim2 belaka. Berbekalkan kopiah di kepala,
Cuma sarungkan jubah di badan sahaja,
Post2 islamik di media sosial,
Cukup dengan itu sahaja, hati pasti terdetik
"mesti dia ni alim kan"
"macam baik je dia ni"
Kita nilai mereka dari luaran semata.
Begitu rapuh hati kita hanya kerana keelokan luaran mereka.

Nak cari lelaki yang beserban, berjubah carilah di mana mana. Bersepah sepah. Terutamanya di media sosial. Tinggal klik sahaja. Berderet deret keluar. Tapi nak cari nilai soleh yang tiptop luaran & dalamannya, sangat sukar. Dan bukan caang calang orang yang memilikinya. 👗👔👖👕👚
Pakaian bukan ukuran iman seseorang.
Awak, pakaian mampu membutakan mata sesiapa sahaja yg melihatnya. Pakaian luaran baik belum tentu dalamannya juga baik. Ya. Tak semua. Cuma ada segelintir lelaki yang menjual agama hanya untuk memancing hati hati wanita. Sekadar main main. Tapi tak serius pun. Sekadar nak tunjuk diri ni alim, tapi hakikatnya zero 😕. .
.
💐 Macam mana cinta makhluk boleh merosakkan hijrah seorang muslimah ? 🤔 💕💑💕
Saat hati kita mula tertaut dengan cinta makhluk, percayalah.. Hijrah kita akan mula goyah. Cinta Allah mula hilang arah. Sebab hati yang dulunya kita isi hanya untuk Allah, sekarang kita masukkan sekali dengan cinta makhluk.

EXPENSIVE ?Kde žijí příběhy. Začni objevovat