🌸 2 🌸

204 29 2
                                    

+ ha sungwoon's pov

Aku pandang buku sekolah yang sudah bertaburan jatuh di atas lantai. Semuanya gara-gara jisoo langgar aku.

" weh sorry, sumpah tak sengaja langgar kau " jisoo mula terkepit-kepit.

Eh dia ni dah kenapa?

" sorry weh. Aku tak boleh nak tolong kau kutip buku ni sebab aku nakㅡTANDAS"

Jisoo terus berlari meninggalkan aku di situ. Tch nak membuang rupanya. Patutlah terkepit-kepit dari tadi.

Segera aku mengutip buku aku yang bertaburan atas lantai.

" hei nerd "

Aku mendongak dan memandang ke arah suara itu. Ceh hoseok rupanya. Budak paling nakal di sekolah ni.

" nak apa?" soal aku.

" kau dah siapkan homework aku?" laju kepala aku digelengkan.

Homework dia aku dah kitarkan dalam tong sampah kitar semula rasanya. Tak ada masa aku nak tolong buatkan kerja dia.

Dah tu kau datang sekolah nak buli orang ajr ke syaitan?

" bila nak siap? Lama dah aku tunggu " kata hoseok.

" kalau nak cepat tu buatlah sendiri " gumam aku perlahan.

" hah ? "

" tak ada apa-apalah. jumaat nanti datang kelas aku ambil buku kau "

Segera aku beredar dan masuk ke dalam kelas. Buku aku disimpan semula di dalam meja. Ish tak pasal-pasal balik nanti aku kena cari semula buku hoseok dalam tong kitar semula.

Tch. Menyusahkan betullah.

Kalau budak jisoo tu tak terlanggar aku mesti semua ni takkan terjadi. Buku aku takkan berterabur dan aku tak perlu kutip semuanya serta terserempak dengan hoseok.

Malang betul nasib aku kalau dekat dengan budak jisoo tu.

+ yoon jisoo's pov

aku melepaskan nafas lega. Akhirnya hilang pun sakit perut aku ni lepas membuang tadi. Pergh lega sia.

" jisoo! "

Baru saja kaki aku nak melangkah laju menjauhi suara tu, segera kaki berpijak semula di atas lantai. Itu bukannya suara hoseok jadi buat apa aku nak lari?

" apa? Aku dah minta maafkan tadi " kata aku sebaik saja melihat wajahnya.

Ha sungwoon rupanya. Nak apa lagi? Tak cukup ke aku minta maaf tadi?

" jauhkan diri kau dari aku. Aku tak nak nasib malang aku berterusan"

" tch. Kau tu memang bernasib malanglah. Bukannya sebab aku" aku menjeling sungwoon dan terus beredar.

Tak padan dengan pendek. Suka hati dia aje nak label aku ni pembawa malang. Wah wah mulut tu nak aje aku cili-cili bagi bibir tu lagi bengkak.

Perangai macam siot aje.

TBC..

°°|honeyshun™|°°
<¿>

[✔️] ♡♡heart beat♡♡ H.S.WWhere stories live. Discover now