🌸 14 🌸

150 23 3
                                    

+ ha sungwoon's pov

" kau dating dengan siapa ha? Ni dengan sungwoon ke?" soal jisung.

Jisoo terdiam dan tak mampu berkata apa-apa. Takkanlah adik nak dating pun tak boleh wahai jisung?

" haah, hi abang iparku" aku tersengih.

Jisoo menumbuk bahu aku kuat. Malulah tu. Eleh buat apa nak malu. Dah official pun kita jadi pasangan kekasih.

" tak gitu, abang iparku?" haa sudah pehal aku pergi tanya jisung.

" apa kau merepek ni?" soal jisung.

Aku hanya menggeleng laju. Ish kenapalah kau boleh terlepas cakap depan dia. Sepatutnya kau cakap dalam hati aje tadi.

" kau boyfriend jisoo? Pft sepadan siot, dua-dua pendek"

Ada yang makan kasut nanti. Kau tunggu jisung. Aku ni baik sebab aku bakal adik ipar kau aja. Kalau tidak memang ku sumbat-sumbat kasut ni dalam mulut kau.

" ada apa-apa lago nak cakap? Tak ada kan? Bye"

Jisoo menarik tangan aku dan melarikan diri daripada jisung.

" ish orang tua tu memekak je. Ada ke cakap aku sama pendek dengan kau eh eh. Aku ni lagi tinggi 1cm daripada kau tau" bebel jisoo.

Ah lantaklah dia nak bebel dan kutuk aku sekaligus. Yang penting aku sayangkan dia selamanya.

" apa kata esok kita malukan taehyung dan heojin?" soal aku.

" nak malukan macam mana?" jisoo memandang ke arah aku lama.

Skip

+ yoon jisoo's pov

perhimpunan kelas dah pun bermula. Seperti biasa, pelajar akan menonton pengetua membebel di kaca televisyen.

Pada satu saat, siaran tergendala dan satu suara kedengaran.

" no, berhenti hantar apa-apa pada aku. Aku malu dengan kawan-kawan aku bila semua bercerita tentang kau. Jadi aku nak kita putus"

" apa ni heojin. Kenapa tiba-tiba berubah macam ni? Sebelum ni heojin tak kisah pun orang cakap macam-macam tentang sungwoon"

" aku memang dah banyak berubah. Maaflah aku tak boleh teruskan hubungan ni"

Aku tersengih. Tak sia-sia jisung pinjamkan pen recorder dia haritu. Tak sangka pula aku boleh tertekan dan terakam perbualan ni.

" pst ni bukan suara heojin ke? Alaa yang kecoh-kecoh dekat kantin haritu"

" haahlah weh. Dahlah tuduh jisoo rampas sungwoon, huh dasar tak tahu malu. Dia yang putuskan hubungan tu"

Jahat siot aku sebab malukan heojin. Tapi puas juga hati aku. Lagipun semua ni dapat bersihkan nama aku yang dah tercemar.

Aku memandang ke arah sungwoon dan tersengih.

Waktu rehat

" mana jisoo?" aku terdengar bunyi pekikan dari sebelah kanan kantin.

Heojin dan taehyung mendekati meja aku.

" kenapa cari aku? Oh nak rehat sama-sama ke? Maaflah meja full harini" kata aku.

Maaflah harini meja penuh. Semua pelajar berebut-rebut nak minta maaf pada aku. Tinggal pasangan sewel ni je yang belum minta maaf pada aku.

" kau yang buat semua tu kan?" soal heojin.

"buat apa?"

Sengaja aku menayangkan wajah innocent pada heojin. Padahal aku tahu apa yang dia katakan tadi.

"kau yang sebarkan perbualan aku dan sungwoon. Betul kan?" soal heojin.

" kalau ya pun kenapa? Memang jelas kau yang bersalah dalam hal ni" kata sungwoon.

" eh pendek kau diam" taehyung mencelah.

Aku berdiri dan menepuk meja. Uish aku tak puas hati dengan si taehyung ni. Aku seorang je boleh panggil sungwoon pendek.

" kau siapa nak panggil sungwoon pendek ha!" aku menyepak taehyung.

" minta maaf pada jisoo! Minta maaf pada jisoo!"

Terharu aku apabila satu dewan kantin bersorak meminta kemaafan untuk aku. Aku memandang ke arah mereka berdua.

" baik korang berdua minta maaf sebelum aku laporkan pada pihak atasan" ugut seorang pelajar.

" yelah, aku minta maaf. Dah jom pergi taehyung" heojin menarik lengan taehyung.

Aku tersenyum dan gembira bila tahu ada ramai lagi pelajar yang lebih menghargai aku berbanding dua ketul tu.

" pst saranghae " bisik sungwoon.

" nado nado" bisik aku padanya.

Tamat

°°|honeyshun™|°°
<¿>

[✔️] ♡♡heart beat♡♡ H.S.WWhere stories live. Discover now