Entri 1 - Mengapakah Isi Hati Disembunyikan

32 1 0
                                    

MENGAPAKAH ISI HATI DISEMBUNYIKAN?
ㅤ ㅤ ㅤ ㅤ
"Kalaulah aku dapat baca isi hati dia mesti seronok"
"Kalau aku tahu apa yang dia fikir, senang nak tackle dia"
"Dapat tahu isi hati dia pun bagus, boleh aku lawan dia"
ㅤ ㅤ ㅤ ㅤ
Inilah soalan yang kadangkala bermain di fikiran kita. Kadang ada seronok bila terbayang akan rasa dapat membaca isi hati kawan dan lawan kita. Namun begitu, pernahkah kita berfikir apakah hikmahnya Allah menyembunyikan isi hati seseorang manusia daripada manusia yang lain?
ㅤ ㅤ ㅤ ㅤ
Baik, ianya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana Allah ingin manusia hidup dalam keadaan dan suasana aman, tanpa sedikit pun timbul rasa syak wasangka dan takut pada setiap detik dan ketika. Cuba bayangkan setiap sudut jalan ada sahaja orang yang mampu membaca isi hati kita yang terdetik setiap saat. Sudah pasti kita tidak mampu melelapkan matanya jikalau setiap masa orang lain dapat membaca isi hati kita termasuklah rahsia kita yang top secret level CIA punya.
ㅤ ㅤ ㅤ ㅤ ㅤ
Ketahuilah bahawa ini bukan satu kelemahan, bahkan satu kenikmatan yang tidak terkira, anugerah daripada Allah kepada kita yang bergelar manusia yang mempunyai akal dan perasaan. Sekiranya isi hati bukan satu rahsia lagi, dunia ini mungkin huru-hara dan pertumpahan darah sesama sendiri takkan tamat sehingga hari kiamat.

Wallahua'lam.

1 Januari 2018 | Malaysia

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 01, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Coretan Harian PRISMAWhere stories live. Discover now