UYS-9

5.4K 377 32
                                    

UNTUK YANG SATU

___________________

AAIRA SALSABILA

           '' TOLONG jangan ceraikan saya ''

Perlahan dan bersama bunyi nyaring phone Erman membuatkan tumpuannya terus beralih.

'' kejap ye Aaira,saya angkat call dulu. ''  dan langkah Erman aku pandang sepi sehingga beberapa minit dia masuk semula dan duduk seperti tadi.

'' awak cakap apa tadi? ''

Nyata aku hanya gelengkan kepala tanda tak ada apa-apa yang aku katakan pada dia daripada mengulang kembali apa yang aku bicarakan tadi.

'' just bagitahu saya kalau awak nak apa-apa, ''

'' tak ada. '' sepantas itu aku membalasnya. Tak ada apa yang aku nak selain dia bersama aku tapi aku tahu itu tak akan mungkin.

'' siapa call tadi? ''

Dia mengawankan dulu phone di tangan sebelum menjawab. '' Shilla, ''

'' ouh.. '' seterusnya sepi menemani sehingga dia sendiri meminta diri untuk keluar.

'' apa lagi yang kau harapkan dari dia Aaira, ''

PAGINYA aku menerima tetamu yang aku tak sangka langsung akan bertemu dengannya sekali lagi di hospital. Tapi tak nak membuat andaian yang pelbagai aku menganggap pertemuan ini,pertemuan profesional antara doktor dan keluarga pesakit.

'' duduk lah, ''

Dia hanya menurut,tapi wajah itu sama seperti dulu bahkan sama seperti sepuluh tahun yang dulu.

Rindu?

Itu dah lama aku kuburkan.

'' ada apa awak nak jumpa saya ye? Syahirah okay? ''

Semalam adiknya yang terjah aku,hari ni abangnya pula. Tak faham aku dua beradik ni.

'' she's fine and obviously I came here because of her. My sister. ''

Manalah aku tahu sebab apa dia datang sini.

Aku cuba bertenang berdepan dengan dia seperti mana dia bersahaja dengan aku seolah tiada apa yang pernah berlaku dulu.

Tapi hanya seketika aku hanya mampu memandangnya bila mata dia tajam memandang aku.

'' well saya cuma nak minta maaf sebab Syahirah semalam. She's just shouldn't do that. ''

Aku pandang dia sekilas. '' saya tak kisah pun. Dia risaukan awak. ''

Hudrish pandang seperti tak puas hati dengan jawapan aku. Tapi memang begini sajalah dia pandang aku dari dulu lagipun.

'' tak kisah yang mana? ''

Aku pula terpinga dengan soalannya. Belum sempat aku membalas dia menyambung semula.

'' awak kena kisah Aaira,awak kena kisah yang awak dah kahwin. Jangan bagi adik saya harapan,saya tak nak tengok dia kecewa. ''

Ucapannya tepat ke dalam buat aku terdiam sendiri. Betul kata dia aku tak boleh bagi harapan pada Syahirah,tapi yang sedihnya aku sendiri tak punya harapan apa-apa pada perkhawinan ni. Harapan yang perkahwinan aku ini akan kekal,terlalu jauh. Sedih kan?

Tak sempat aku nak berkata apa-apa dia dah berdiri dan aku masih dalam keadaan tak tersangka.

'' takpa lah saya balik dulu,saya cuma nak bagitahu itu saja. '' dia sendiri melangkah ke pintu tanpa apa-apa kata.

UNTUK YANG SATUWhere stories live. Discover now