Prolog

1.3K 49 0
                                    

"Mana pergi semua yang kau janji! Mana hilangnya kau selepas apa yang aku dah buat untuk kau? Semudah itu je kau tinggalkan aku dekat tempat bodoh ni? Dengan manusia-manusia ni! Shit! Sepatutnya aku fikirkan dulu untuk percayakan kau. Dan akhirnya aku sendiri di neraka ni" Rian hanya membiarkan mutiara-mutiara jernih membasahi mukanya, kemana hilangnya gadis yang dia puja sekian lama menjadi persoalan yang tidak terungkap.

"Nah, ni makanan kau, jangan cuba untuk lari, kalau kau taknak nasib kau seperti semalam. Faham!", nada tegas yang dilontarkan oleh lelaki berbadan sasa berbaju hitam dengan tulisan stressss telah membuatkan amarah Rian tercabar.

Rian meluru kearah lelaki itu, lalu cuba untuk mencapai pistol yang terselit kemas di pinggang lelaki tersebut. Namun nasib tidak menyebelahinya apabila dalam sekelip mata dia telah rebah ke bumi. Penglihatannya semakin kabur kemudiannya menjadi gelap.

"Buang masa cakap elok-elok dengan orang macam ni, aku dah kata bagi je makanan macam orang lain, kau degil, nak bagi secara baik, kau lihatlah, nasib tak terlepas dia ni, kalau tak habis kita". Seorang lelaki berbadan sasa dan tingginya 180 cm telah membantu lelaki berbaju hitam untuk mengangkat Rian dan meletakkan Rian ditempat kurungan yang telah disediakan untuknya.

IdentitiWhere stories live. Discover now