Bab 12 Hampir penghujungnya

271 19 0
                                    

" Saya yakin ini bukan keje secara individu, cuba tuan lihat pada rakaman ini, saya yakin ini bukanlah bayang seorang individu sahaja, saya yakin pembunuh sengaja meninggalkan jejak dalam rakaman ini " kata Nadiah.

Harraz hanya mengiayakan kata-kata wanita tersebut, sebentar tadi Nadiah kelihatan muram, malam ini bersama squad mereka, Nadiah kelihatan tegas dan penuh semangat, obses kepada kes teesebut, kegilaanya untuk menumpaskan sang pembunuh yang semakin lama bermaharajalela dibumi Rabbul Izzati.

"Kalau kita perhatikan pada duration 07:48 ada nampak satu cahaya yang berkelip pada kawasan tu, dan saya dapatkan gambar di kawasan kejadian, kalau tuan boleh lihat, cermin pejabat yang menghadap ke banggunan tersebut hanya menggunakan cermin transparent, jadi dengan kata lain imej diluar dan didalam ruangan tersebut dapat dilihat"
Nasiah terus mengedarkan gambar kepada ahli pasukannya, tekadnya hanya satu, pembunub tersebut perlu diheret ke kandang pengadilan, biarkan undang-undang menentukannya.

"Jadi kamu nak kata, yang imej didalam bilik tu kemungkinan dirakam oleh camera yang terdapat di bangguna tu ? Dan kamu nak saya luluskan kebenaran kamu untuk dapatkan pita rakaman dari syarikat tu? Dan kamu tahu syarikat itu adalah anak syarikat Tan Sri Khalid, kamu tahukan susah untuk berunding dengan beliau?"
Harraz sengaja memancing sejauh mana tekad pegawainya itu, sudah pasti dia sudah mendapatkannya daripada Tan Sri Khalid, sahabat bermain golfnya.

Flashback.....

Cahaya daripada tingkap?
CCTV. Pantas Harraz mendail nombor seseorang
"Hello Khalid, aku ni"
"Haa, Harraz, kau nak apa, main golf?"
"Eh tak, sebenarnya... Aku malas nak bawak kes ni sampai pihak media, jadi aku nak dapatkan rakaman cctv daripada anak syarikat kau yang terletak dekat dengan kes pembunuhan hadiah tu"
"Urm, Ok, so nanti aku suruh anak buah aku hantar pada kau, pejabat kau ?"
"Takperlu kita jumpa di cafe tempat biasa"

Harraz terus naik ke biliknya, dia menjenguk Nadiah yang sedanv bertukus lumus meneliti segala laporan, wanita dihadapannya terkandung beribu rahsia, senyumannya menyembunyikan derita, redup panahan matanya seolah-olah menyembunyikan pelbagai rasa, namun dia tabah dan cekal.

"Nadiah, saya nak keluar, kalau awak nak bersihkan badan... Awak guna lha bilik berhadapan dengan bilik saya, maaflah, baju-baju tshirt short sleeve adalah, kalau awak nak jaket saya ada dalam bilik tu, pakailah, buatlah macam rumah awak, jangan masuk bilik saya sudah" seloroh Harraz, dia tidak mahu Nadiah berasa tertekan.

Senyuman diukir lalu Nadiah mengangguk.
"Boleh belikan saya coffee?"

"Baik, urm, malam ni squad kita akan berkumpul di rumah saya, kita akan kaji pasal kes ni"

Harraz terus menekan pedal untuk ke cafe yang tidak jauh dari rumahnya, dua terlihat kelibat Adrian tetapi mengapa dia dalam keadaan begitu, Harraz cuba mendekatinya, tetapi renungan daripada lelaki tersebut membuatkan Harraz memberhentikan niatnya untuk mendapatkan Adrian.

"Tidak tuan, saya tidak perlu perlepasan daripada tuan, saya sendiri akan mendapatkannya, lagi satu tuan,lebih baik perbincangan kita diadakan dirumah saya, lokasi rumah saya tidak diketahui oleh mana-mana pihak media, dan semasa perjalanan kesanan kita akan menggunakan helaha agar pergerakan kita tidak dikenal pasti."

Harraz terdiam, dalam masa beberapa jam Nadiah boleh berubah sikapnya, adakah dia mengalami PTSD ? Tidak mungkin, dia kelihatan normal.

"Tuan?" semua mata merenung kearah Harraz.

"Baiklah, saya ingin kamu aturkannya" tegas nada Harraz.

"Ok macam ni, kita akan bergerak dalam tiga kereta, tuan dan 3 pegawai kita akan naik kereta tuan, kopral dan 3 pegawai lagi akan naik kereta saya, saya akan pandu kereta yang saya sewa, kita akan bergerak ke kawasan yang terpencil sedikit, jadi akan ada sebuah tempat kereta sewa asepanjang perjalan tersebut, saya dah booking kereta untuk kita bertiga, tapi kali ini berbeza, saya akan bawa 3 pegawai kita, koperal akan bawa tuan dan tiga pegawai lain, manakala kereta lagi satu akan saya aktifkan dengan peranti untuk auto drive. Get it?"

IdentitiWhere stories live. Discover now