Bab 2

2.6K 45 9
                                    

Pagi itu Umar tersedar bila ada tangan menggocang perlahan tubuhnya.

"Umar! Wake up!! I need my dress."

"Mmm.." Umar menarik naik selimut hingga menutupi separuh badannya, sejuk. 

"Umar!!" Lengan Umar pula digoncang.

"Hah? What?" Umar menggosok kelopak matanya. Kantuk masih bersisa tetapi lenanya sudah diganggu dengan suara gemersik Umairah.

"My dress! You tidur atas dress I!" Tekan Umairah. 

Habis ditawafnya satu kondo Umar dari tadi mencari dress yang dipakainya semalam. Masuk semula ke bilik dia terpandangkan Umar yang tertidur pulas dan dressnya berada di bawah badan Umar. Hendak ditarik, takut terkoyak. Akhirnya dia terpaksa mengejutkan Umar.

Terus kelopak mata Umar terbuka luas mendengar suara Umairah yang tinggi oktafnya dari biasa. Direnung batang tubuh Umairah yang berdiri tegak di depannya dengan hanya bertuala putih, singkat dan mendedahkan sebahagian kulit putih mulusnya. 

Lantas Umar bangkit dari perbaringan dan duduk berdepan dengan Umairah yang santai berpeluk tubuh. Bibir mengoyak senyum nipis. Pantas lengan Umairah ditarik kuat sehingga Umairah terduduk di atas ribanya.

"What are you trying to do?" Soal Umairah kalut. Dia sudah terlambat. Nanti mesti Mummy Ruby kenakan caj tambahan kalau dia balik lewat dari masa yang sudah ditetapkan.

"I just want my breakfast right now."

"Janganlah Umar. I dah lambat ni. Nanti Mummy Ruby.."

"Alah, I tutup je mulut dia dengan duit. Confirm dia diam terus." Cantas Umar sebelum Umairah sempat habiskan bicaranya. Janggut sejemputnya digesel-geselkan ke leher Umairah.

"Stop it Umar! Gelilah." Mengekek Umairah ketawa, menahan geli. Sebelah tangan menolak muka Umar yang dekat dengan mukanya manakala sebelah lagi tangan menahan simpulan tuala dari terlorot jatuh.

Umar tayang sengih. Tangannya menggengam tangan Umairah yang melekap kemas pada simpulan tuala.

"No, Umar.." Umairah menggeleng.

Tetapi makin lebar pula senyuman Umar. Belum sempat Umar menarik tuala yang membaluti tubuh montok Umairah, mereka terdengar derap tapak kaki makin menghampiri.

"You dengar tak?" Soal Umar separa berbisik.

Umairah mengangguk.

Krekkk.. 

Pintu bilik sudah terbuka dari luar.

"Astargfirullah Al Azim..! Umar.!! Apa Umar buat ni?" Sergah Datuk Sufiyyah pada anak lelakinya.

"Umi..! Umar.. errr.. Umar.." tergagap-gagap suara Umar mahu menjawab. Inilah yang ditakutinya selama ini. Takut jika ter 'kantoi' dengan uminya.

"Umar.. Umar.. Betullah apa yang kawan-kawan umi cakapkan selama ni." Datuk Sufiyyah menggelengkan kepalanya, kesal dengan telatah anak bujangnya.

"Siapa ni?" Bola mata dialih pula pada Umairah yang masih berdiam diri.

"Err.. ni.. ni.." Umar masih tergagap.

"Siapa???" Jerkah Datuk Sufiyyah. Matanya merenung tajam tubuh Umairah yang separa bogel di atas riba anaknya.

"Umairah, Datuk." Jawab Umairah pantas. Punggung diangkat dari riba Umar. Tuala yang hampir terlondeh dibetulkan bersahaja. Bukan dia tidak gentar dengan renungan Datuk Sufiyyah tetapi dia cuba berlagak selamba.

"Umairah..." Kepala terangguk-angguk.

 "Kenapa datang sini? Ada hubungan apa dengan Umar?" Soal Datuk Sufiyyah memandang sekilas Umairah yang menundukkan wajahnya.

"Saya.. err.. saya.." Giliran Umairah pula tergagap-gagap.

"Bila buat salah macam tu lah kan. Tersangkut-sangkut. Nak cakap lancar pun dah lupa agaknya." Perli Datuk Sufiyyah. Patutlah semasa on the way tadi, hatinya rasa tak sedap. Rupanya Tuhan nak tunjukkan perbuatan terkutuk anaknya.

"Umar..! Ikut umi. And you, young lady.!" Jari telunjuk lurus dihala pada Umairah.

"Please dress properly and keluar kat ruang tamu. Kita perlu berbincang." Pesan Datuk Sufiyyah.

Kelam kabut Umar bangkit dan mencapai short pantsnya. Disarung cepat sebelum melangkah keluar membuntuti langkah uminya sebentar tadi.

Daun pintu ditutup Umar selepas dia melangkah keluar. Sempat dikerling Umairah yang masih kaku berdiri di tempat yang sama.

Umairah mengusap dadanya sebaik daun pintu sudah tertutup rapat. Nafas lega dihembus. Sesak nafasnya tadi. Seram bila anak mata Datuk Sufiyyah menikam anak matanya.

Tombol pintu ditekan, kunci. 

"Aduh..! Apa aku nak pakai ni..." kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Takkan aku nak pakai dress merah semalam. Mahu melolot mata orang tua tu." Dress merah yang dipakainya tadi diangkat tinggi sebelum dilempar semula ke atas katil.

Matanya meliar mencari baju yang sesuai untuk dipakai. Lantas badan menghampiri almari baju Umar. Diselongkar baju Umar yang sesuai untuk dipakai.

"Ni ke?" Dibelek-belek pajamas milik Umar. Berpetak-petak, berwarna merah gelap. Di acu ke badannya, memang agak besar.

"Bolehlah dari tak ada." Terus disarung pajamas ke badannya. Lengan baju yang labuh dilipat hingga ke siku. Seluar yang labuh turut dilipat hingga buku lali. Rambut disikat. Cermin dipandang lagi sekali.

"Okay, perfect." Ujar Umairah Nazuha.

Dengan langkah teratur, Umairah melangkah keluar. Ketar kepala lututnya bila matanya bersabung dengan mata Datuk Sufiyyah. Umar juga sudah merenungnya semacam.

"Dah tak ada baju lain ke? Sampaikan baju tidur Umar pun you rembat?" Sinis soalan Datuk Sufiyyah.

"Maaf, Datuk. Memang dah tak ada baju lain. Baju saya tadi dah kotor." Jawab Umairah perlahan. Wajah menunduk, menekur ke lantai. Jari kaki dikuis-kuis. Gelabah. Gelisah. Semua rasa bercampur baur.

"So, young lady. Dah berapa lama you kenal Umar?" Soal Datuk Sufiyyah.

"Hurmm.. dah masuk dua tahun, Datuk." Jawab Umairah.

"Dah lama lah buat kerja terkutuk ni?" Soal Datuk Sufiyyah lagi.

"Umi..!" Kuat suara Umar. Tidak suka bila uminya sibuk dalam hal peribadinya dengan Umairah sedangkan selama ini, berbulan-bulan dia tak balik ke rumah tak pernah pula uminya ambil tahu.

"Apa?? Tak betul umi cakap?" Balas Datuk Sufiyyah laju.

"Umar.. apa plan Umar sekarang?" Matanya dialih pula pada anak lelakinya yang duduk bertentangan dengannya.

"Plan? Maksud umi?" Berkerut kening Umar. Kaki kiri naik bersilang atas kaki kanan. Sudah tidak senang duduk.

'Janganlah umi suruh aku kahwin dengan GRO ni. Masak.. Masak..' Rungut Umar di dalam hati. Rambutnya diraup kasar.

"Takkan Umar nak buat maksiat sampai ke tua? Tak pernah terfikir nak berumahtangga? Nak bina keluarga?" Soal Datuk Sufiyyah bertubi-tubi.

"Umi sendiri tak tahu di mana silap umi dalam mendidik Umar. Kenapalah Umar boleh jauh terpesong sampai macam ni." Datuk Sufiyyah menarik nafas dalam.

Umar hanya diam tanpa menjawab. Uminya memang pantang jika menjawab main aci redah saja. Jadi diam adalah jalan terbaik.

"And you, Umairah right?" Pandangan dihala semula pada Umairah. 

Umairah dan Umar sekarang seperti berada di kandang pesalah dan Datuk Sufiyyah sebagai hakim yang akan menghukum mereka bila-bila masa. 

Umairah mengangguk.

"You tak ada maruah? Tak ada harga diri? Berapa Umar bayar you for one night?"

Umairah terdiam. Wajah Umar yang bersahaja dipandang sekilas. Memang maruah dan harga dirinya sudah lama hilang. Sudah lama hancur.



Aku perempuan hina (sudah terbit) Where stories live. Discover now