Kejadian yg berlaku di FanMeeting

351 37 11
                                    

Ini kebenaran yang berlaku di Fanmeeting.. Jadi jgn salah menyalahi org lain..



real story daripada PEMINAT WANNAONE yg BELI TICKET *ROCKZONE*

- Aku terfikir nak tulis semua ni lepas apa yang berlaku malam tadi dan aku pun salah satu mangsa yang betul ii berada dekat dalam stadium tu malam tadi, dengan kawasan rock zone yang melebihi kapasiti yang sepatutnya, dan menyebabkan 20 orang sesak nafas dan ada yang pengsan. *AKU ADA DEKAT TEMPAT KEJADIAN JADI TOLONG ANGGAP BENDA NI SERIUS*. Semuanya berlaku sebaik sahaja konsert mula dan Wanna One tengah perform (sampai aku pun terlupa dorang perform lagu apa). Untuk 20 minit yang pertama, *APA YANG AKU INGAT ADALAH AKU KENA TOLAK KEDEPAN DAN PEREMPUAN-PEREMPUAN DEKAT SEKITAR AKU*—

*PEREMPUAN-PEREMPUAN DEPAN AKU SEMUANYA DAH START KENA TOLAK DAN SEMUANYA MENJERIT MINTAK TOLONG* (dorang semua kecik sangat sampai sampai aku terasa yang mesti dorang fikir ini saat terakhir dorang akan hidup). kalaulah aku boleh tunjukkan muka dorang macamana, *SEMUANYA PUCAT*.Jadi lepas Wanna One dah habis nyanyikan lagu pembukaan, MC  pun naik dan mula bersemangat tanpa sedar apa kejadian sebenar yang berlaku. *ORANG PERTAMA YANG SEDAR KEJADIAN INI ADALAH MEMBER-MEMBER WANNA ONE SENDIRI*. Sekumpulan orang *DEKAT DEPAN AKU TERJATUH KUAT SANGAT* dan kitorang susah payah cuba untuk tak jatuh atas lantai kalau tak, semua orang akan kena penyek.

Memandangkan tubuh badan aku ni agak besar daripada yang lain, aku berharap sangat dalam hati yang aku tak terjatuh atas sesiapa. Sumpah, akan jadi masalah besar kalau ianya berlaku dan *IA MUNGKIN AKAN MEMBUNUH ORANG SECARA TAK SENGAJA*. Kitorang semua jerit mintak pertolongan dan *Daehwi baru sedar tentang situasi tu* dan cuba untuk cakap, tapi MC tu tak berhenti-henti bercakap. Pastu, *Ong tengok betul-betul dekat arah kitorang* dan kitorang semua menjerit mintak tolong dekat dia dan dia tunjuk tangan dia dekat kitorang. *WAKTU ITULAH BARU PENGANJUR TERSEDAR APA SITUASI YANG TERJADI!* Memang teruk gila. Aku ingatkan dunia  tunggang terbalik malam tadi 😭 aku ingatkan malam tadi akan jadi malam terakhir aku hidup, sama jugak macm orang lain. Acara tu—

—Acara tu terpaksa ditangguhkan untuk lebih dari satu jam dan situasi tu tak menjadi lebih baik pun. *PENGANJUR TU DATANG DEKAT KITORANG LEPASTU MARAH II KITORANG MACAM KITORANG YANG SALAH!* 3 hari yang lepas, IME ada buka *satu lagi ticket slot untuk area Rock Zone* yang merupakan salah satu punca utama apa yang berlaku malam tadi! *APA YANG BERLAKU MALAM TADI MERUPAKAN ACARA YANG PALING TAK TERORGANISASI YANG PERNAH AKU PERGI SEUMUR HIDUP AKU*. Tak ada pun fanwars ke apa, tapi hanya disebabkan pentas terlalu kecil (taknak luaskan sikit pun) jadi fans dari belakang cuba untuk tengok Wanna One dengan jelas. Penganjur tu gagal untuk tunaikan apa keperluan fans tapi masih—

—tapi masih berdegil untuk bawak masuk sebanyak fans yang boleh dan ada yang cakap sebanyak *3000  orang dalam satu area rock zone [rock zone area ada 2] yang bermakna, ada hampir 6000 orang, kalau digabungkan jumlah orang dalam kedua-dua area rock zone tu*. Seluruh arena tu boleh tampung *hanya 10,000 fans sahaja* tapi akhbar/media online bagitahu yang *ada hampir LEBIH 10,000 orang* dalam tu.  *TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT 🌚 DEKAT IME SEBAB  DAH MERISIKOKAN NYAWA DAN KESELAMATAN KITORANG DAN UNTUK MENJADIKAN CONCERT NI CONCERT YANG PALING TAKBOLEH DILUPAKAN YANG AKU PERNAH PERGI*. Sumpah aku menggeletar gila sepanjang konsert tu dan aku hampir-hampir berada dalam situasi panik dan aku cuba sedaya upaya untuk jadi kekal waras demi orang-orang yang berada dekat sekeliling aku waktu tu.

Kitorang semua pegang tangan sama-sama untuk berikan ruang dekat team penganjur supaya dorang dapat bawak keluar fans lain. Aku pun terserempak *sekurang-kurangnya 10 orang fans yang dah nampak terlalu lemah dan perlukan air*. Semua orang memang berkongsi air dan berkongsi minyak angin antara satu sama lain. *AKU BOLEH JAMIN KORANG YANG MEMANG TAK ADA LANGSUNG FANWAR YANG BERLAKU. SIKAP PENGANJUR YANG PENTINGKAN DIRI UNTUK MENAMBAH LAGI TICKED DEKAT AREA ROCK ZONE YANG DAH MENYEBABKAN KITORANG SEMUA SAKIT*. Sumpah, aku tak enjoy langsung setiap saat dekat fanmeeting tu dan apa yang aku harap sangat-ii dekat ialah untuk konsert tu habis cepat dan aku nak balik rumah.

—adalah untuk konsert habis dan aku nak balik rumah. Aku dah tunggu berapa lama dah untuk jumpa dorang, tapi apa yang aku dapat cuma  satu kekecewaan daripada penganjur. Semuanya memang rasa tak betul sejak hari jual ticket onsite tu. *IME IS CANCELLED! AKU MASIH LAGI BERADA DALAM TRAUMA DAN UNTUK MASA SEKARANG, AKU TAK RASA AKU BOLEH BERDIRI SORANG-SORANG DEKAT TEMPAT YANG PADAT DENGAN ORANG*.

Ikhlas dari,
CultDanik
seorang peminat yang dah menyokong Wanna One sejak mulanya Produce 101 Season 2.

👆

Ayat dia.. Aku pun sokong wanna one sama Produce 101.. Aku pun suka daniel sejak episod pertama Produce 101.. 😒

Jadi.. Jgn gaduh2 dgn negara jiran.. Kosong2 okay. 👌

[BOOK 1] Always with Produce 101 BoysWhere stories live. Discover now