🌷PART 06🔫

1.4K 81 0
                                    


DAH tiga hari sa kena kurung dibawah tanah yang gelap dan sejuk ini. Sa hanya tidur beralasan sehelai toto yang hampir koyak dan rusak, sempat sa berfikir kenapa Tuan Raymond mau kurung sa. Untuk apa dan kenapa? Arggh perut sa sakit pula tidak kena beri makan dua hari lalu, sa hanya dengar bunyi titisan air entah dari mana dan tiada sumber cahaya langsung.

Langsung sa tidak mengerti tindakan Tuan Raymond, dia nampak dingin dan menakutkan. Lagi menakutkan dari tinggal disini. Sa memeluk badan sa yang sudah mengigil akibat kesejukkan yang melampau.

Sejuk.

Lapar.

Haus.

Sa tahankan saja.

Sampai sungguh hati Tuan Raymond. Kenapa dia seolah terdesak maukan sangat pada sa? Apa yang sa ada? Sa tiada siapa pun. Sa tiada keluarga pun. Jadi apa beza dia sa akan di buru dan dibunuh kalau dah tadkir sa akan mati juga ditangan Tuan Raymond.

Kenapa nasib sa kejam sebgini? Kenapa tiada lelaki-lelaki yang melayan sa dengan baik? Kenapa tiada seorang pun yang bersimpati pada sa? Ah semua lelaki sama sahaja, binatang!

Airmata sa tidak pandai berhenti mengalir pabila sa terkenangkan apa yang telah berlaku sebelum ini. Kesan-kesan parut lecur pada hampir keseluruhan badan sa mengandungi cerita yang tak mampu sa kenang. Sa hanya ingat dia lelaki yang kejam lebih kejam daripada seekor beruang yang kelaparan!

Tapi kira dah bernasib baik sa berada disini. Sekurangnya sa boleh membuatkan mereka tercari sa ada dimana,untuk seketika sa rasa aman dan bersyukur pula. Syukur sebab sa diberikan peluang kedua walaupun bukan begini yang sa maukan.

Err...sejuknya. Rasa seram sejuk sudah badan sa sebab terkena angin yang masuk melalui lubang-lubang dinding batu itu. Biarlah kalau dah tadkir sa mati begini.

" Cik Ana? Cik? ". Hampir sa terlelap mendengar suara yang memanggil sa dari pintu yang tertutup rapat itu. Seperti suara Almond. Ya dialah tu. " ini sa,Almond.. ". Ujurnya separa berbisik kepada sa.

" Kenapa? ". Sahut sa lemah.

" Cik Ana makanlah,saya bawakan Cik roti saja, untuk alas perut saja. Ya? ". Satu foil aluminum yang bersegi empat terhulur daripada bawah pintu, hanya situ saja sa boleh nampak kiasan cahaya yang sedikit.

" Terima kasih Almond. ". Ucap sa lalu merangkak ke depan pintu dengan lemah. Begitulah Almond tidak pernah tidak bertanyakan berita sa yang terkurung didalam sangkar buruk ini,malah dia selalu titipkan sa makanan dengan sembunyi. Sa tau dia takut kalau Tuan mereka tahu nanti sebab itu dia hanya berikan sa apa yang dia mampu buat. Ada juga orang yang baik pada sa.

Kemudian sa terdengar seolah tombol pintu dibuka bila dua gigitan sa menjamu roti berintikan isi ayam salad itu, hidung sa tercium bau yang sangat sa kenal. Bau rokok serta bunyi siulan itu membangkitkan kembali perasaan takut sa !

Sa dah tau siapa!

Roti yang berada ditangan sa tadi terjatuh atas lantai kotor itu. Sebaik pintu dibuka luas dengan kesilauan yang cukup menyakitkan mata sa,sa boleh nampak seseorang masuk kedalam. Sa terserentak lalu sa mengesot ke belakang dengan perasaan takut kepada dia ! Tapi dia dah memotong haluan sa dengan berdiri depan sa.

" Ala sa ingatkan kau dah mati. Sa dah larang Almond jangan bagi kau makan atau minum, dia tetap bagi juga. ". ujarnya sinis depan sa sambil mencanggung depan sa dengan sengaja dia hembus kepulan rokok pada muka sa hingga sa terbatuk.

Lalu pipi sa dicengkamnya dengan kuat. " Degil kan? Dan kau pun sama degil mau mampus! Bukan kau mau matikah beberapa hari yang lalu? Kenapa sekarang tak mau mati? Takut eh? ". Ujarnya lagi lalu melepaskan cengkaman kuat pada pipi sa tadi.

WIFE OF ALKSEN [Only At Wattpad]Where stories live. Discover now