06 📖 RINTIHAN SEORANG PENULIS

813 141 4
                                    

Hati Rian sakit. Bagaimana dia ingin memberitahu Nadya bahawa lelaki tak guna itu telah mencampakkam manuskrip tersebut kedalam pendiang api.

Tanganya yang hitam kerana hangat api yang membaham diabaikan. Fikirannya lebih tertumpu pada kesungguhan anaknya.

"Masa Laluku, Masa Kiniku?"

"Sebuah kisah gadis kecil yang berusaha untuk menjadi dewasa untuk berjumpa dengan ibunya. Nama watak utama tersebut adalah Nadya!"

"Cuba ceritakan?"

"Nadya yang kematian ibunya sejak kecil. Rian pula si ayah tunggal yang sentiasa merindui isterinya. Nadya tahu ayahnya akan merindui isterinya.. Jadi Nadya anak gadis yang sentiasa pastikan ayahnya sihat, Nadya mahu umur ayahnya panjang. Supaya ayahnya mampu melihat rupa Nadya yang dewasa. Mirip dengan wajah ibunya. Dan Rian akan berkata.. masa laluku, aku melihat wajah seorang wanita. Masa kiniku juga aku mampu melihat wajah yang sama... walaupun mereka berbeza...mereka adalah dua insan yang aku sayang. Dengan itu, Nadya berjaya mengubati rindu ayahnya! Dan! Nadya akan pergi ke arah cermin untuk melihat ibunya! Tamat!"

Tidak akan Rian lupa saat-saat anak gadisnya berkobar-kobar memberitahu tentang ideanya itu. Kini semuanya hancur! Tak guna! Rian nekad untuk meletakkan jawatan. Sungguh terasa terhina. Lebih baik dia menumpukan perhatian pada pekerjaannya yang lain dan terus mengumpul wang perubatan untuk anaknya.

Rian selamat pulang kerumah. Tak apa. Nadya pasti akan memahami kekejaman lelaki bernama Gabhan itu. Rian ingin menulis semula cerita tersebut bersama Nadya dan akan hanya disimpan untuk bacaan bersama anaknya.

Pintu bilik anaknya itu dibuka.

"Nadya.."

Rian menuju ke katil anaknya. Nadya kelihatan lena tertidur.

"Nadya...."

Si ayah tunggal duduk pada birai katil. "Nadya? Kamu- p"

Belum sempat Rian bertanya tentang waktu makannya. Tiba-tiba matanya terbuntang luas.

Jantungnya berdegup kencang.

Tubuh Nadya terkaku.

Nadya tidak bernafas!

"NADYA?!"

Wajah anaknya dipegang.

"Nadya?! Tolong bangun!"

Tangan Rian terketar-ketar memengang pergelangan tangan anaknya. Denyutan nadinya tidak terasa.

"Nadya...jangan takutkan ayah."

Rian menepuk-nepuk perlahan wajah anaknya itu. Air matanya mula bergenang. Bibirnya mula terketar-ketar.

Tidak! Ini mustahil!

"Nadya! Jangan main-main! "

Rian cuba meninggikan suaranya namun ia tenggelam dengan esakkan. Dadanya berdegup kencang. Terlalu sebak sehingga membuatkan seluruh tubuhnya terketar-ketar.

Air matanya akhirnya mengalir deras. Wajahnya disembamkan pada dada anaknya.

"Nadya.."

Lelaki itu akhirnya meratapi pemergian anak kesayangannya itu bersendirian.

"Kenapa....tinggalkan ayah..."

Suasana kamar yang suram kini hanya didengari dengan bunyi tangisan dan esakkan seorang bapa.

Suasana kamar yang suram kini hanya didengari dengan bunyi tangisan dan esakkan seorang bapa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
BUKU YANG DISUMPAHWhere stories live. Discover now