Bab 16

57.8K 4.8K 516
                                    

Ketika semua orang sibuk bergambar, sibuk makan dan sibuk buat kerja, aku duduk di anjung rumah sahaja. Masih memikirkan tentang kata kata Farhan tadi. Ish! Macam mana dia boleh tahu pasal Hazim? Pasal Qasha? Takkanlah sebab dia tu detective, dia tahu semua benda?

Biasanya dia akan ambil tahu benda yang dia kena siasat. Takkanlah kes aku pun nak siasat, aku ada buat kesalahan undang undang di bawah akta kanun keseksaan ke?

Aku nak bertanya lebih lanjut, tapi dia dah blah. Sebab ada kerjalah. Tak pernah nampak ke selalunya kalau kenduri, mesti jejaka jejaka acah handsome ni tolong buat tu laa ni laa angkat pingganlah and whatsoever.

Dan sekarang, dari anjung rumah ni, aku dah boleh nampak mata mata perempuan yang hadir kenduri ni asyik melirik je dekat Farhan tu.

Haih, dalam ramai ramai jejaka--Irdan, Arief, Firzan dan orang lain--kenapalah Farhan jadi tarikan?
Sudahlah dia tak pakai hoodie, er yelah. Takkan nak pakai hoodie pula tengah tengah kenduri ni, kan?

Aku sambung merenung Farhan yang sedang mengangkat banyak pinggan. Hmm muka selamba je angkat pinggan belambak tu, kalau aku, dah patah rasanya tangan ni.

Farhan sedikit meraup rambutnya ke belakang. Okey, sumpah, nampak macho. Tambah lagi rambut yang sedikit basah akibat peluh, lengan baju melayu dilipat hingga ke siku dan semestinya lebih perfect dengan mata hazel bersinar dia tu.

Mungkin sedar aku merenungnya, Farhan terus berkalih memandang aku. Aku sedikit tersentak. Tak tahu nak cover macam mana bila dah terkantoi ni.

Aku hanya tersengih janggal. Harapnya dia balas senyuman tu. Tapi hampeh, dia buat apa je? Siap jeling aku lagi!

"Dhia..cepat! Pengantin lelaki dah sampai!"

Tanpa apa apa amaran, tanganku ditarik Fatin, untuk ke ruang hadapan--menyambut kedatangan mereka.

Oh, bagusnya. Kekasih menyambut kedatangan kekasih yang kahwin dengan sepupu rapat sendiri.

Aku pun pelik dengan diri aku ni. Sepatutnya aku tak payah tunjuk muka kat sini lagi.

Sedar tak sedar, aku dah pun beratur bersama sama sepupu yang lain. Tak lupa juga Naura.

"Dhia..psst! Tu, hazim!" Naura berbisik. Aku pekakkan telinga sahaja. Hati aku sedikit membara apabila melihat pengantin lelaki yang segak berbaju pengantin sky blue, tersenyum manis.

Bunyi kompang dipalu. Ah bingit pula telinga ni. Huaa aku rasa nak nangis.
Aku dapat rasakan yang tangan Naura menggenggam erat tanganku. Menyalurkan kekuatan. Apatah lagi apabila Qasha memeluk erat lengan Hazim. Ah! Gila! Tangan dia tu sepatutnya aku yang pegang bila dah kahwin nanti.

Segalanya berjalan dengan lancar. Ya Alhamdulillah aku tak buat kerja gila serang pasangan mempelai ni.

Sepanjang perarakan, Hazim langsung tak pandang aku! Qasha apatah lagi. Ohh..buat ignore ya?

Apabila pasangan itu hendak menuju ke pelamin, aku perasan yang kaki Naura sedikit dihulurkan apabila Qasha berjalan di hadapannya.

Hampir saja Qasha tersembam, mujurlah Hazim sempat memegang bahunya.

"Sayang, you okey?" Soal hazim prihatin.

Muka Qasha sedikit merah. " I'm okey"

Dan apabila para tetamu lain sudah mula ber'uuuu' aku jadi lagi bengang. Erghh cemburunya!

Apabila pasangan itu sudah selamat berada di atas pelamin, urgh! Pelamin tu pun aku yang hias! Menyesalnya hias tema Ice Princess tu, elok aku buat tema halloween, sesuai dengan diorang, perangai syaitan.

Mr.Hoodie Pujaan Hati | TERBITWhere stories live. Discover now