Bab 30

57.2K 3.7K 801
                                    

"Hoi perempuan apa masalah kau?"

Aduh..masak..
Aku nampak Naura menerjah Qasha. Bahu Qasha ditolak kasar.

"Apa kau ni.."

"Eh ehh Naura, kenapa pulak ni..." Pakcik Sabri menyampuk.

"Aku tanya kau, apa masalah kau hah?" Naura soal lagi, suaranya sedikit meninggi.

Dan itu mengundang perhatian pelanggan yang lain.

"Masalah apa? Aku tak ada masalah dengan kau.." Qasha menepuk sedikit bahunya, kononnya jijik ditolak Naura tadi.

"Kau tuduh kawan aku perampas. Kau kata dia menggatal suami kau, amboi mulut kau tak ada insurans ke? Tak takut lidah kau tu terbakar sebab fitnah orang lain?"

Aku menahan gelak melihat wajah Qasha yang dah sedikit pucat itu.
Haa..kalau Naura masuk campur hal aku, memang masaklah kau, Qasha.

"Astaghfirullah Halaazim. Apa ni Naura? Aku tak fitnah sesiapa.." Suara Qasha dikawal. Kononnya acah baik. Hipokrit.

"Tak payah tunjuk muka tak malu kau tu laa. Tak cukup lagi ke kau tikam dia, orang dah tak ganggu kau, kau pulak buat fitnah! Kau kena sedar, yang perampas tu ka--"

"Heish apa ni kau berdua! Tak malu ke orang tengok?" Pakcik sabri sudah berdiri di antara Qasha dan Naura.

"Tak pakcik..sekarang ni, ada orang dah tabur fitnah suka suka mak nenek dia aje. Entah apa motif dia..oh! Takut laki dia kena rampas agaknya! Tapi maaflah ya pemfitnah, kalau setakat laki hang yang tak kenal erti setia tu, bagi free pun orang tak pandanglah. Busuk" ujar Naura sinis. Dia sudah berpeluk tubuh.

"Hei mulut kau jaga sikit!" Qasha menolak bahu Naura. Suara pun sudah meninggi.

"Apa ni..Pakcik tak faham apa masalah kamu dua orang. dan pakcik taknak faham pun! Janganlah bergaduh dekat sini. Ganggu ketenteraman awam. Tahu?" Pakcik Sabri cuba menenangkan keadaan.

Okey, nampaknya aku dah patut halang Naura. Kang mahu dia buat lagi ganas dekat minah ni, gugur pulak.

"Haa Bolehlah pakcik pesan dekat pemfitnah pakej sekali dengan perampas ni, jangan nak huru harakan hidup orang lain lagi. Tak cukup merampas, memfitnah pulak. Kau ingat laki kau tu kacak sangat ke? Acah kaya kononnya CEO! dasar penipu tak sedar pulak!"

"You better watch your mouth, Naura!" Teriak Qasha. Wajahnya dah merah padam.

"Astaghfirullah..sudahlah.." Pakcik Sabri menarik lengan Qasha yang berlapik baju itu, menjauhi Naura.

Aku pula..bertindak sama. Menarik tubuh Naura menjauhi Qasha.

"Kau tak tahu apa apa, diam saja! Jangan nak tuduh orang lain ikut suka hati kau! Nak kata aku apa? Perampas? Pemfitnah? Hello! Im not that shit type of girl! " Qasha menarik lengannya dari pegangan Pakcik Sabri. Kemudian wajahku ditenung dalam.

"You! Dhia! Mesti kau puncanya, kan?! Kau tuduh aku rampas Hazim, kan?! "

Woi..apa ni..

"Maaflah ya Cik Qasha. Saya tak hamak nak rasa bekas orang..lebih lagi dia tu dah jadi bekas orang dua kali." Aku membalas halus.

Aku dengar Naura tergelak kuat.

"Sedar diri kan? Kau dapat bekas orang je." Sengaja, Naura mengapi apikan Qasha.

Jahat jugak minah ni.

"Kau...'' Qasha mencerlung tajam. Tanpa disangka, Qasha menapak ke depan, kemudian tangannya pantas menolak tubuh Naura.

Tapi Naura pula mengelak, sehingga Qasha tertolak aku woi!

Hampir saja aku jatuh..sebelum aku rasa, yang ada seseorang menyambut.

Mr.Hoodie Pujaan Hati | TERBITWhere stories live. Discover now