Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau
berikan masih lagi belum sahih.Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak
balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah
'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawakAku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses
pencaran dan perolakan.Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan
kita mengalami rintangan?Aku : Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.Kau : Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.Kau : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan
bertindak balas dengannya.Aku : Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.Kau : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?Aku : Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Kau : Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
kita harus mengalami pecutan yg seragam.Aku : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Kau : Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6x10'23.Kau : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.Aku : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Kau : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian.......
![](https://img.wattpad.com/cover/49108640-288-k792845.jpg)
YOU ARE READING
LAWAK GILA GILA 2
RandomHimpunan cerita yang maha lawak sambungan untuk LAWAK GILA GILA ver 1. Dan ini adalah sambungannya memandangkan LAWAK GILA GILA yg ver 1 dah maximum chap. So here you go! P/s: Semua cerita ni aku kongsikan je and not made by me.