Pelan Induk Illuminati Since 2013

353 3 0
                                    

Artikel ini ditulis pada tahun 2009.

Beberapa orang pembaca telah pun menghantar e-mel kepada saya supaya memberikan penjelasan lanjut mengenai ramalan Salib Asli (True Cross). Sebenarnya perkara ini telah pun dibincangkan secara ringkas dalam balasan kepada artik Novus Ordos Seclorum & The All Seeing Eyes articles.

Akan tetapi untuk memudahkan para pembaca dan berikutan cadangan daripada pemerhati Illuminati lain dari timur tengah, kini saya akan menghuraikan lebih lanjut lagi mengenai ramalan ini yang kini hampir lengkap sepenuhnya.

Tujuan pendedahan maklumat ini kepada anda bukanlah semata-mata untuk menakutkan anda (sekurang-kurangnya bukan sengaja). Selepas membaca artikel ini, anda akan menyedari bahawa kita mempunyai prospek yang lebih baik untuk meniti usia tua berbanding saudara Muslim kita di Syria. Mungkin ada antara kita yang menganggap ia sebagai berita baik, orang lain mungkin mempunyai anggapan yang berbeza.

(Peringatan: Sebahagian kandungan artikel ini adalah berdasarkan pada Mitologi Kristian)

Perkataan “Salib Asli” merujuk kepada Palang Kayu yang diyakini digunakan untuk menyalib Nabi Isa sebelum baginda ditombak oleh Askar Rumawi yang bernama Longinus dan berdarah sehingga mati. Dalam mitologi Kristian, tiga item yang terlibat sewaktu penyaliban telah menjadi relik suci iaitu Palang Kayu yang kemudian dinamakan sebagai “Salib Asli” (True Cross), sebatang Lembing yang digunakan turut mendapat nama “Lembing Takdir” (Spear Of Destiny), (Injil John 19:31–37) dan Cawan yang digunakan untuk menapai darah Nabi Isa yang menitis yang amat dikenali sebagai “Cangkir Suci” (Holy Grail). Kemudian, dipercayai pula bahawa ketiga-tiga relik suci ini boleh memberikan kuasa mutlak kepada sesiapa yang memilikinya terutamanya jika ia digabungkan bersama-sama.

Kini, terdapat dua pandangan berbeza dalam Kumpulan Watcher yang diambil oleh umat Islam dan Kristian berdasarkan fahaman agama masing-masing.

Di sebelah Kristian, mereka percaya bahawa orang yang disalib itu adalah Isa, oleh itu semua peninggalan yang pernah berlumuran darah baginda adalah SUCI dan kuasa relik ini bersumberkan sesuatu yang kudus.

Tanpa sebarang niat untuk menyinggung mana-mana pembaca Kristian dan rakan-rakan saya di luar sana, kami umat Islam di dalam kumpulan Watcher berpegang teguh pada versi Quran (An-Nisa 157) bahawa orang yang disalib itu bukanlah Isa Al-Masih. Siapa pun yang orang disalib (Judas Eskariot?) pada Salib itu adalah seorang yang murtad daripada Allah kerana menjadi kepercayaan kita bahawa Allah tidak akan sesekali membenarkan orang yang tidak berdosa untuk disalib dengan cara yang sebegitu hina.

Oleh itu, relik itu sendiri walaupun mempunyai kuasa, amat dibimbangkan kuasa itu sebenarnya bersumberkan kejahatan kerana darah yang telah menitis ke atasnya itu adalah darah tercemar daripada Judas si pembidaah yang menyeleweng.

.

KISAH LEMBING TAKDIR (SPEAR OF DESTINY)

Kisah penyaliban Nabi Isa dikatakan berlaku di Calvary, yang juga dipanggil sebagai Golgota, di luar dinding purba Jerusalem pada awal abad Pertama. Relik itu telah disimpan oleh para pengikutnya di Jerusalem sehingga ia dipindahkan selepas Perang Salib.

RAHSIA & KONSPIRASIWhere stories live. Discover now