Dajjal'S Greatest Plan

379 4 0
                                    

Ramai juga yang masih bertanya… Mereka mungkin konpius… Apa benda sebenarnya rancangan2 yang dikatakan bahaya dan jahat itu?

Siapa sebenarnya tokey the Hidden Hand?

Camni jer la… berikut ialah penerangan ringkas… Ia sesuai juga sebagai “crash course” bagi sesiapa yang tak pernah langsung dengar tentang cerita ni. Walaupun ini penerangan ringkasnya, kalau kita tak paham dulu yang ini, memang susah la kot kita nak paham kelicikan geng2 jahat ni.

Sejak si Iblis Laknatullah dan Dajjal Laknatullah memeterai perjanjian bersama untuk memerangi umat manusia khasnya umat Islam, mereka telah berkerjasama dan berusaha dengan keras untuk mencapai matlamat mereka sesuai dengan peranan Iblis iaitu Ketua syaitan dari kalangan jin dan Dajjal, Ketua syaitan dari kalangan manusia.

Dajjal telah menubuhkan pelbagai pergerakan rahsia (Secret Society) di merata pelusuk dunia. Contoh yang paling terkenal adalah Illuminati dan Freemasonry. Kesemuanya ini adalah rancangan besar mereka beratus-ratus tahun untuk menjahanamkan umat manusia khasnya umat Islam yang paling dibenci mereka.

Pelbagai penulis, cendekiawan dan pemikir dari kalangan dunia Barat mahupun Islam itu sendiri, membicarakan masalah ini. Kali ini saya ingin mengajak pembaca menelusuri plan besar Iblis/Dajjal ini melalui pandangan dan pemerhatian seorang pengikut Dajjal itu sendiri. Sama2 la kita cuba renungkan yer.

Doc Marquis, di dalam bukunya, “Secrets of the Illuminati“, telah melukiskan “Great Seal of the New World Order” (Logo TataBaru Dunia) ,menggambarkan pelbagai pengaruh dan organisasi yang secara aktifnya terlibat dalam apa yang dipanggil “New World Order” atau TataBaru Dunia. Logo ini bukanlah secara rasminya, walaupun begitu merupakan gambaran Marquis berkenaan sesuatu yang bersifat ghaib dan misteri dalam sistem baru ini.

.

Perhatikan grafik ini betul-betul. Kita mulakan penerangannya dari bahagian atas dulu:

*The All-Seeing Eye, terletak di atas logo, mewakili kuasa melihat semua aktiviti yang dimiliki oleh Iblis, digambarkan selalu dengan lambang mata juga dikenali sebagai sebagai Eye of Horus (Mata Horus). Horus adalah salah satu Dewa orang Mesir Purba.

*Perkataan “I” menggambarkan sikap keangkuhan, sikap takbur atau KEAKUAN yang tinggi yang mendakwa memiliki kebijaksanaan di mana mereka bekerja bagi pihak Iblis untuk mencapai sistem ini.

*”Witch” adalah yang teramat penting, kerana New World Order hanya tercapai di atas asas-asas kesihiran, diamalkan dalam banyak bentuk-bentuk yang berbeza dan oleh berjuta-juta orang pada dua abad yang lepas. Ilmu Sihir atau Kesihiran tidak lebih atau kurang dari terma Penyembahan Kepada Iblis.

*Pada huruf-huruf “ITC” pada perkataan “Witch” seolah-olah mengalir darah merah; merupakan gambaran Marquis tentang darah manusia yang telah tumpah dan mengalir dan yang akan dirancang untuk mengalir, untuk memastikan sistem ini berjalan lancar. Perlu diperhatikan bahawa darah ini mengalir di atas dan mengelilingi “The Illuminati“.

Ketiga-tiga aliran darah ini bercampur di atas mazbah (altar) Iblis dan menutupi logo ini.Orang-orang Kristian tidak seharusnya terkejut kerana kebanyakan ramalan Injil berkata tentang penderitaan dan pembunuhan besar ketika Great Tribulation (Kesengsaraan Besar).

RAHSIA & KONSPIRASIWhere stories live. Discover now