RASUKAN

326 38 0
                                    

SEPANJANG perjalanan, Adra banyak membisu. Mama dan Papa turut berdiam diri dan tidak banyak mempersoalkan kejadian yang berlaku di hospital sebentar tadi. Namun dalam diam, Mama dan Papa masing-masing melayan kotak fikiran tersendiri. Mama sememangnya tertanya-tanya akan kemampuan dan pengetahuan Adra perihal pesakit wanita di wad sebentar tadi namun dipendamkan hasrat kerana masa yang agak kurang sesuai untuk dipersoalkan. Papa pula lebih memikirkan tentang bisnes, kadang-kadang terselit pemikiran 'perfectionism'nya yang menekankan tentang kesempurnaan dalam penghasilan kerja dan juga kepuasan hati ketuanya.


Sesampai mereka di rumah, Mama membantu Adra untuk turun dari perut kereta.

"Malam ni kau berehat ja, Adra. Bisuk tidak payah la pi sekolah dulu kalau kau masih rasa tidak berapa sihat. Nanti kami inform sama Pengetua Sekolah," ujar Mama.

"Saya okey sudah ni, Ma. Jangan risau," balas Adra, singkat.

Mereka segera masuk ke dalam rumah. Mama memimpin Adra masuk ke dalam bilik tidurnya sementara Papa segera memasuki ruang bilik pejabatnya.

"Sayang berehat la. Mama pi dapur dulu. Ada apa-apa yang kau teringin mau makan kah, Sayang?"

"Apa-apa saja la, Ma. Yang penting masakan Mama. Macam lama sudah bah saya rasa tidak termakan masakan Mama."

"Adididi... bukan baru makankah di hospital tadi tengahari?"

"Hehehe... mau lagi bah, Ma."

"Kau ni, memang anak manja. Bah, tidak apa. Malam ni Mama masak sup jagung sama ikan goreng masak kicap."

"Uiyoh, Ma. Sedap oh! Hahaha! Bah, thanks, Ma."

"Bah, yalah. Kau berehat dulu la, Sayang. Nanti makan malam sama-sama."

"Okey, Ma."

Mama keluar dari bilik Adra. Gadis itu bersandar di bahu katil sambil memeluk patung Mashimaro putihnya. Fikiran Adra menerawang memikirkan kejadian di wad hospital pagi tengahari tadi.

Adra melihat kedua belah tapak tangannya. Selama ini, dia tidak pernah menyangka bahawa dirinya berkemampuan untuk terlibat dalam dunia perubatan mistik. Gadis itu masih tidak percaya akan kelebihannya. Malah, dia sebenarnya masih ragu-ragu dengan kebolehan yang dimiliki olehnya itu.

"Macam mana saya boleh ada ini semua... kenapa saya? Untuk apa?" Adra berbisik sendirian.

Jam kini menunjukkan pukul 8.10 minit malam. Selesai menjamu selera, Adra kembali ke dalam biliknya. Gadis itu mulai merasakan terdapat perubahan kecil pada diri Papa. Kekerasan semakin jarang berlaku semenjak dia dimasukkan ke hospital.

TOK! TOK! TOK!

Pintu bilik Adra diketuk. Secara perlahan, daun pintu dikuak. Wajah Mama muncul dengan senyuman.

"Ma, bah. Masuk la," Adra tersenyum.

Adra sedang mengemaskan bilik tidurnya. Beberapa helai pakaian telah dilipat dan tersusun rapi. Adra sedang menyelongkar barangan peribadinya yang masih tersimpan semenjak dia masih kecil. Terdapat beberapa barangan usang yang tidak diperlukan telah berada di dalam tong sampah.

THE CHOSEN ONE (YANG TERPILIH)Where stories live. Discover now