Bab 23

643 87 3
                                    

"Maafkan saya Mira."

            Aku diam membatu.  Air mata yang tadinya turun laju di bahu Kak Safiyah sudah berhenti.

            "Saya ..." Imran masih lagi berdiri di depan aku.  Aku berpaling memandang ke kanan.  Menyeka sisa air mata yang ada.  Malu bila Imran nampak aku menangis di bahu Kak Safiyah.  Aku tak tahu pun yang Imran masih ada berdekatan.  Aku ingatkan dia sudah pulang. Mesti dia dah dengar semuanya.  Tentang masalah keluarga aku, tentang Amar ...

            "Maafkan saya, Mira." Sekali lagi,  dia bersuara.

           "Ya, saya maafkan. Salah faham sahaja."

            "Tak ..." Dan suara Imran tersekat. Berbaur kesedihan.

           "Saya pun salah juga.  Memang bila saya tertekan dan dipujuk oleh abang, saya lupa saya berada di mana.  Kalau saya jadi orang lain yang memandang perlakuan sedemikian, saya juga akan berprasangka." 

Aku cuba menjernihkan suasana.  Aku silap.  Memang aku silap.  Sepatutnya aku lebih banyak bersabar dan tidak terlalu mengikut perasaan.  Habis semua orang terpalit berdosa sebab mengata dan menyebar fitnah tentang aku.

Fitnah yang sepatutnya boleh dielak jika aku lebih sabar.  Jika aku lebih sedar akan ketentuan Allah pada aku dan Amar.  Aku biarkan emosi menguasai fikiran.  Ya.  Aku salah.

"Imran, saya dah maafkan awak dan semua orang ..." Suara aku semakin kendur.  Cuba memujuk Imran agar melenyapkan rasa bersalah.

"Tak ..."

Apa yang 'tak'? Aku tak faham.

"Selalunya tak macam ni ..."

"Imran ..." Aku pandang Imran dengan wajah berkerut dan aku menggeleng. Kemudian, aku halakan pandangan pada Kak Safiyah yang berada di sebelah.

"Kak ..." Aku cuba minta Kak Safiyah untuk jelaskan.  Apa yang Imran maksudkan dengan 'selalunya tak macam ni'.

"Im ... Amira tak akan faham kalau Im tak berterus terang." Kak Safiyah memujuk lembut.

"Saya tak mampu kak ..." Imran bersuara.  Kepalanya masih menekur memandang padang rumput yang basah.

"Amira ..."

Aku pandang kak Safiyah.

            "Selalunya Imran tak pernah berprasangka.  Dia selalu positif dengan apa yang didengar dan dilihatnya. Tetapi ..." kata-kata kak Safiyah terhenti.  Dia memandang Imran.  "Kes Amira lain ..."

            "Apa yang lain kak?"

            "Im ..." Kak Safiyah kelihatan serba-salah.  Dia ingin Imran sendiri yang menjelaskan.

            Imran mendongak menentang mata aku. Lama dia diam sebelum ...

"Saya suka awak, Amira. Saya ... suka awak lebih daripada seorang kawan. Saya tak boleh percaya, dan tak boleh terima dengan semua berita yang begitu hina tentang awak. Saya sakit.  Sakit bila ia melibatkan awak. Saya sakit bila nampak awak bermesra dengan lelaki lain.  Emosi saya terganggu. Saya jadi benci.  Dan, saya sakit, bila saya benci awak, Mira. Saya ... jatuh pada awak Amira."

            Aku... terkelu.  Itu menjelaskan apa yang berlaku.  Patutlah ... Aku menghela nafas. Aku pandang Imran. Tiada seorang perempuan pun yang akan menolak cinta Imran. Lelaki ikon kampus yang terkenal dengan keindahan muka, budi bahasa, senyuman mesra, top scorer student di fakulti undang-undang, wakil silat inter-varsiti yang telah mengharumkan nama universiti hampir pada setiap kejohanan, lelaki yang mampu membaca ayat-ayat al-Quran dengan kemerduan dan kelunakan suara yang bisa mencairkan hati dan menggoncang jiwa wanita ...

Amar AmiraWhere stories live. Discover now