a letter for you;

1.2K 158 8
                                    

Andai surat ini telah sampai ke pangkuan engkau, aku berdoa agar kita dapat bersemuka buat kali terakhir tanpa perasaan benci.

Aku bukanlah sesiapa untuk menyimpan dendam yang bernanah terhadap engkau, namun fitnah yang tersebar disebabkan engkau; masa depanku bertukar gelap bagaikan malam yang tiada bintang.

Nescaya Dia seorang sahaja yang maha mengetahui perasaan tersirat yang terbuku sepanjang aku menyandang gelaran kawan.

Wahai kawanku Talhah Sufian, aku maafkan engkau selagi aku bernafas di muka bumi ini keranaNya.

Maafkan aku kerana menjadi seorang kawan yang tanpa sengaja meninggalkan engkau sepanjang hayatmu walaupun aku berjanji setia untuk bersamamu hingga jannah.

inshallah kita bertemu nanti, U.Q

EngkauWhere stories live. Discover now