3 Minggu Kemudian....
"Apa?! Filzah kena kahwin? Dengan siapa pula, kak?"
Ternganga mulut Filzah dibuatnya. Ada ke patut orang tengah sedih-sedih nak disuruh kahwin? Gila ke apa?
"Ini wasiat abah, Izah. Wasiat arwah abah, Izah kena tunaikan"
"Iyalah, tapi dengan siapa? Orang tuh pun Izah tak kenal macam mana nak dibuat suami?"
"Lelaki tuh anak Tok Imam surau sebelah kampung kita. Izah kenal kan Tok Abu. Anak dialah"
Filzah cepat-cepat menggeleng. Laju jer dia geleng kepalanya. Dia tak nak kahwin dengan lelaki yang dia langsung tak cinta, malah tak kenal. Dia tak suka.
"Akak, ummi dan abah baru saja meninggal. Takkan Izah nak kahwin? Nanti apa kata orang kampung?'
"Ini wasiat, Izah. Lantaklah orang kampung nak kata apa. Wasiat nih tanggungjawab akak. Akak sebagai anak sulung wajib melaksanakannya. Abang Haikal pun suruh Izah kahwin"
Haikal mengangguk. Dia pun tahu hukum agama. Takkan dia nak mungkir janji.
"Baiklah, tapi dengan satu syarat"
Izah cakap dengan sekali lafaz. Nafas berat dia lepaskan. Siti dan Haikal saling berpandangan. Apa pula syarat yang patut mereka tunaikan.
"Bagi Izah masa untuk Izah kenal lelaki tuh. Kalau tak, Izah tak nak kahwin"
Siti memejam mata. Sabar jer lah dengan kerenah adiknya itu.
"Ya, baiklah. Akak bagi masa sebulan untuk Izah kenal dengan lelaki itu. Tapi, kahwin tetap kahwin. Faham?"
Filzah mengangguk. Haikal memeluk tubuh.
"Tapi dalam masa seminggu nih Izah kena sign wasiat kat mahkamah. Biar abang yang uruskan pasal nih. Nanti ikut abang ke mahkamah, ok?"
Filzah angguk lagi sekali. Lalu, dia bangun dari duduk dan bergerak ke tingkat atas. Dia masuk bilik dan kunci pintu. Stress. Muka dia sembamkan pada bantal. Berat betul ujian Allah ke atas Filzah.
TBC
![](https://img.wattpad.com/cover/142986435-288-k981914.jpg)
YOU ARE READING
[C] Encik Suami, Byun Baekhyun
Short Story⏩Baekhyun Muslim Ver. Part1 "Selagi saya ialah suami awak yang sah, selagi nafas saya masih terasa di sebelah awak, saya akan sayang awak sampai bila-bila. Saya tak akan sia-siakan awak selepas awak jadi isteri saya yang sah" - Byun Baekhyun ( Haziq...