02 Lovestruck

65 17 3
                                    

•••••

Baekhee pantas melangkah ke luar biliknya bersama telefon pintar ditangan. Skrin telefonnya masih bercahaya, memaparkan laman Instagram. "Baekhyun!" panggilnya sebaik sahaja selangkah dia melangkah mendekati bilik milik abangnya. "Byun Baekhyun, come out!" laungnya sambil mengangkat tangan untuk mengetuk pintu bilik abangnya.

Namun, baru sahaja dia ingin mengetuk, pintu itu sudah terlebih dahulu dikuak oleh abangnya dari dalam. Baekhee mengetap gigi melihat abangnya yang sedang menarik senyuman nipis. "You! What did you tell that 'pcy' guy? Did you talked ill behind my back?" Tanpa menunggu sesaat pun lagi, Baekhee sudah menyerang Baekhyun dengan anggapan-anggapan negatifnya.

Baekhyun yang mendengarnya cuma tergelak kecil. Dia kemudiannya berpeluk tubuh sebelum bersandar pada daun pintu. Entah kenapa, dia gemar melihat raut wajah adik perempuannya ketika dia sedang berasa jengkel atau marah. Membuatkan dia berasa seperti dia benar-benar mempunyai seorang adik yang masih kecil. Masih tidak matang dan perlu dilindungi. "Did you just laugh? This old man-"

"He is just someone that I know, okay?" potong Baekhyun sebelum Baekhee sempat mendaratkan tamparan pada lengannya. Baekhee berkerut lalu mula bercekak pinggang. "He is just someone that you know, and you already talked about me? What kind of ill brother am I having?" Pandangan mata Baekhee terhadap Baekhyun semakin lama semakin menajam.

Baekhyun menghela nafas perlahan lalu kembali berdiri tegak. "It's not like I've never do this before? Tell me, the real reason you are throwing tantrums right now is because that guy complimented you as handsome, isn't?" tanya Baekhyun sambil menjongket-jongketkan keningnya, sengaja ingin mencucuk-cucuk api kemarahan gadis itu.

Baekhee mengecilkan matanya memandang lelaki dihadapannya tika ini. Sungguh dia tidak berpuas hati. Tetapi untuk membalas semula kata-kata abangnya, dia tidak mampu. Kerana apa yang dikatakan lelaki itu tepat mengenai tunjang utama kemarahannya. Lagipula, dia tidak dapat memikirkan apa-apa balasan untuk menafikan apa yang Baekhyun katakan. Akhirnya dia cuma menghela nafas kasar sebelum menjeling abangnya tajam. Wajahnya dipalingkan ketepi sambil berpeluk tubuh.

"Now you know how it felt like to be misgendered by society's streotypes." kata Baekhyun sambil tersenyum manis. Matanya dikedip-kedipkan memandang Baekhee sebelum dia perlahan-perlahan masuk kedalam biliknya semula. Sesaat kemudian, pintu bilik kembali ditutup dengan sedikit kuat. Baekhee benar-benar kehilangan kata-kata.

Dia berdecit sekali sebelum menendang bahagian bawah pintu bilik abangnya sederhana kuat. "He is seriously getting on my nerves. I hate you!"

Baekhee's POV

Sejak kecil, aku sering beranggapan Baekhyun seorang abang yang tidak berperikemanusiaan. Tetapi, sepanjang kami membesar bersama, aku mula mempelajari bahawa kasih sayang itu tidak selalunya dizahirkan melalui perlakuan yang manis-manis. Kadangkala, mereka berkelakuan kasar hanya kerana mereka malu ingin menunjukkan rasa sayang mereka terhadap seseorang.

Aku boleh kata Baekhyun itu begitu orangnya. Aku tidak pasti sama ada dia malu ataupun dia memang sengaja bersikap kasar dengan aku tetapi jauh di sudut hati, aku seperti dapat merasakan kasih sayangnya terhadap aku. Dia mungkin sering membuatkan aku tidak berpuas hati, tetapi aku langsung tidak menyimpannya didalam hati.

Kerana aku tahu Baekhyun amat menghargai aku sebagai adik perempuannya. Lelaki itu malah sanggup berhenti dari pekerjaan tetapnya semata-mata tidak mahu aku berpisah dengan rakan aku disini. Lagipula kata Baekhyun, kami harus mula berjimat-cermat dalam berbelanja kerana duit simpanan yang ada itu tidak akan kekal selagi dia tidak mendapat pekerjaan semula.

Dan aku dapat melihat kesungguhannya dalam mencari kerja demi menyara kami berdua. Aku amat bersyukur untuk itu. Tanpa aku sedar, sebuah senyuman nipis terukir di bibir mengenangkan Baekhyun.

Love's FormalitiesWhere stories live. Discover now